Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 84


Bahagian 84

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, 22 dan 23 September 1832. Semasa bulan September, para penatua telah mula kembali dari misi mereka di negeri-negeri sebelah timur dan membuat laporan tentang pekerjaan mereka. Ianya adalah semasa mereka berada bersama dalam masa yang gembira ini komunikasi yang berikutnya telah diterima. Nabi telah menggelarkannya sebagai sebuah wahyu tentang imamat.

1–5, Yerusalem Baru dan bait suci akan dibangunkan di Missouri; 6–17, Jalinan keimamatan dari Musa ke Adam diberikan; 18–25, Imamat yang lebih tinggi memegang kunci pengetahuan Tuhan; 26–32, Imamat yang lebih rendah memegang kunci pelayanan para malaikat dan persediaan Injil; 33–44, Manusia memperoleh kehidupan kekal melalui sumpah dan perjanjian imamat; 45–53, Roh Kristus menerangi manusia, dan dunia berada dalam dosa; 54–61, Para Orang Suci mesti bersaksi tentang hal-hal yang telah mereka terima; 62–76, Mereka mesti mengkhutbahkan Injil, dan tanda-tanda akan menyusuli; 77–91, Para penatua pergi tanpa dompet atau tas, dan Tuhan akan menguruskan keperluan mereka; 92–97, Wabak dan kutukan menunggu mereka yang menolak Injil; 98–102, Lagu baru penebusan Sion diberikan; 103–110, Biarlah setiap orang berdiri pada jawatannya sendiri dan bekerja pada pemanggilannya sendiri; 111–120, Para hamba Tuhan harus memaklumkan kekejian pemusnahan di zaman akhir.

1 Sebuah wahyu Yesus Kristus kepada hamba-Nya Joseph Smith Jr. dan enam orang penatua, ketika mereka menyatukan hati mereka dan amengangkat suara mereka ke syurga.

2 Ya, firman Tuhan mengenai gereja-Nya, ditubuhkan pada zaman akhir untuk apemulihan umat-Nya, sebagaimana Dia telah firmankan melalui mulut bpara nabi-Nya, dan untuk pengumpulan cpara orang suci-Nya untuk berdiri di atas dGunung Sion, yang akan menjadi kota eYerusalem Baru.

3 Yang mana kota itu akan dibina, bermula di bidang tanah abait suci, yang ditetapkan oleh jari Tuhan, di sempadan sebelah barat Negeri Missouri, dan didedikasikan oleh tangan Joseph Smith Jr. dan yang lain-lain iaitu mereka yang Tuhan sangat berkenan.

4 Sesungguhnya inilah firman Tuhan, agar Kota aYerusalem Baru harus dibina melalui pengumpulan para orang suci, bermula di tempat ini, bahkan di tempat bbait suci, yang mana bait suci itu akan dibina dalam generasi ini.

5 Kerana sesungguhnya generasi ini tidak akan berlalu semuanya sehinggalah sebuah rumah akan dibina bagi Tuhan, dan segumpal awan akan tinggal di atasnya, yang mana awan itu akan menjadi bahkan akemuliaan Tuhan, yang akan memenuhi rumah itu.

6 Dan anak-anak lelaki Musa, menurut Imamat Kudus yang dia terima dari atangan ayah mertuanya, bYitro;

7 Dan Yitro menerimanya dari tangan Kaleb;

8 Dan Kaleb menerimanya dari tangan Elihu;

9 Dan Elihu dari tangan Yeremias;

10 Dan Yeremias dari tangan Gad;

11 Dan Gad di dari tangan Esayas;

12 Dan Esayas menerimanya dari tangan Tuhan.

13 Esayas juga hidup pada masa Abraham, dan diberkati oleh dia—

14 Yang mana aAbraham itu telah menerima imamat dari bMelkisedek, yang telah menerimanya melalui garis keturunan nenek moyangnya, bahkan sehingga cNuh;

15 Dan dari Nuh sehingga aHenokh, melalui garis keturunan nenek moyang mereka;

16 Dan dari Henokh sehinggalah aHabel, yang telah dibunuh melalui bpakatan jahat abangnya, yang cmenerima imamat melalui perintah-perintah Tuhan, melalui tangan bapanya, dAdam, yang merupakan manusia pertama—

17 Yang mana aimamat itu diteruskan di dalam gereja Tuhan dalam semua generasi, dan adalah tanpa permulaan hari ataupun penghujung tahun.

18 Dan Tuhan menetapkan aimamat juga kepada bHarun dan benih keturunannya, sepanjang seluruh generasi mereka, yang mana imamat itu juga berterusan dan ctinggal selamanya bersama imamat yang adalah menurut tarekat Tuhan yang paling kudus.

19 Dan imamat yang lebih tinggi ini melaksanakan Injil dan memegang kunci amisteri-misteri kerajaan, bahkan kunci bpengetahuan Tuhan.

20 Oleh kerana itu, di dalam atatacara-tatacaranya, kuasa ketuhanan dinyatakan.

21 Dan tanpa tatacara-tatacaranya, dan awewenang imamat, kuasa ketuhanan tidak dinyatakan kepada manusia dalam keadaan daging;

22 Kerana tanpanya tiada aseorang pun dapat melihat muka Tuhan, bahkan Bapa, dan hidup.

23 Sekarang, ini aMusa dengan jelasnya mengajarkan kepada anak-anak Israel di padang belantara, dan berusaha dengan tekun untuk bmenguduskan umatnya agar mereka boleh cmelihat muka Tuhan;

24 Tetapi mereka amengeraskan hati mereka dan tidak dapat bertahan di dalam hadirat-Nya; oleh kerana itu, Tuhan dalam bkemurkaan-Nya, kerana kemarahan-Nya menyala terhadap mereka, bersumpah bahawa mereka tidak akan cmasuk ke dalam peristirahatan-Nya semasa di padang belantara, yang mana peristirahatan itu adalah kegenapan kemuliaan-Nya.

25 Oleh kerana itu, Dia mengambil aMusa dari tengah-tengah mereka, dan juga bImamat Kudus;

26 Dan aimamat yang lebih rendah diteruskan, yang mana imamat itu memegang bkunci cpelayanan para malaikat dan persediaan Injil;

27 Yang mana Injil itu adalah Injil apertaubatan dan bpembaptisan, dan cpengampunan dosa-dosa, dan dhukum perintah-perintah ebadaniah, yang mana Tuhan dalam kemurkaan-Nya menyebabkannya untuk diteruskan bersama bani Harun di kalangan anak-anak Israel sehingga fYohanes, yang Tuhan datangkan, gdipenuhi dengan Roh Kudus dari rahim ibunya.

28 Kerana dia telah dibaptiskan semasa dia masih di dalam zaman kanak-kanaknya, dan telah ditahbiskan oleh malaikat Tuhan pada waktu dia berumur lapan hari pada kuasa ini, untuk menumbangkan kerajaan bangsa Yahudi, dan untuk ameluruskan jalan Tuhan di hadapan umat-Nya, untuk menyediakan mereka untuk kedatangan Tuhan, yang di dalam tangan-Nya diberikan bsegala kuasa.

29 Dan lagi, jawatan penatua dan uskup adalah atambahan yang perlu yang termasuk dalam imamat tinggi.

30 Dan lagi, jabatan pengajar dan diaken adalah tambahan yang perlu yang termasuk dalam imamat yang lebih rendah, yang mana imamat itu dtetapkan kepada Harun dan anak-anak lelakinya.

31 Oleh kerana itu, seperti yang Aku firmankan mengenai anak-anak lelaki Musa—kerana anak-anak lelaki Musa dan juga anak-anak lelaki Harun akan mempersembahkan suatu apersembahan dan korban yang dapat diterima di dalam rumah Tuhan, yang mana rumah itu akan dibina bagi Tuhan dalam generasi ini, di atas bbidang tanah yang telah dibaktikan seperti yang telah Aku tetapkan—

32 Dan anak-anak lelaki Musa dan Harun akan dipenuhi dengan akemuliaan Tuhan, di atas bGunung Sion di dalam rumah Tuhan, kamulah anak-anak lelaki mereka; dan juga banyak yang telah Aku panggil dan utuskan untuk membangunkan cgereja-Ku.

33 Kerana barang siapa yang asetia untuk menerima dua bimamat ini yang telah Aku firmankan tentangnya, dan meningkatkan pemanggilan mereka, cdikuduskan oleh Roh bagi memperbaharui tubuh mereka.

34 Mereka menjadi anak-anak lelaki Musa dan Harun dan benih aketurunan bAbraham, dan gereja dan kerajaan, dan cumat pilihan Tuhan.

35 Dan juga mereka semua yang menerima imamat ini menerima-Ku, firman Tuhan;

36 Kerana dia yang menerima para hamba-Ku amenerima-Ku;

37 Dan dia yang amenerima-Ku menerima Bapa-Ku;

38 Dan dia yang menerima Bapa-Ku menerima kerajaan Bapa-Ku; oleh kerana itu asegala yang Bapa-Ku miliki akan diberikan kepadanya.

39 Dan ini adalah menurut asumpah dan perjanjian yang termasuk dalam imamat itu.

40 Oleh kerana itu, mereka semua yang menerima imamat, menerima sumpah dan perjanjian Bapa-Ku ini, yang tidak boleh dia langgari, tidak juga ianya boleh dipindahkan.

41 Tetapi barang siapa amelanggar perjanjian ini setelah dia menerimanya, dan berpaling sepenuhnya daripadanya, btidak akan memperoleh pengampunan dosa di dunia ini dan juga di dunia yang akan datang.

42 Dan celakalah mereka semua yang tidak datang pada imamat ini yang telah kamu terima, yang Aku sekarang tetapkan ke atas dirimu yang hadir pada hari ini, melalui suara-Ku sendiri dari syurga; dan bahkan telah Aku berikan bala tentera syurgawi dan para amalaikat-Ku untuk bertanggungjawab terhadap kamu.

43 Dan Aku sekarang memberi kepadamu sebuah perintah untuk berhati-hati tentang dirimu sendiri, untuk tekun amengendahkan firman tentang kehidupan kekal.

44 Kerana kamu harus ahidup dengan setiap firman yang keluar dari mulut Tuhan.

45 Kerana afirman Tuhan adalah kebenaran, dan apa pun yang merupakan bkebenaran adalah cahaya, dan apa pun yang terang adalah Roh, bahkan Roh Yesus Kristus.

46 Dan Roh memberikan acahaya kepada bsetiap orang yang datang ke dunia; dan Roh menerangi setiap orang di seluruh dunia, yang mendengar suara Roh.

47 Dan setiap orang yang mendengar suara Roh datang kepada Tuhan, bahkan Bapa.

48 Dan Bapa amengajarnya tentang bperjanjian yang telah Dia perbaharui dan tetapkan ke atas dirimu, yang ditetapkan ke atas dirimu untuk kepentinganmu, dan bukan untuk kepentinganmu saja, tetapi untuk seluruh dunia.

49 Dan seluruh adunia berada dalam dosa, dan merintih di dalam bkegelapan dan di dalam belenggu dosa.

50 Dan dengan ini kamu boleh mengetahui mereka berada di dalam abelenggu bdosa, kerana mereka tidak datang kepada-Ku.

51 Kerana barang siapa tidak datang kepada-Ku berada di dalam belenggu dosa.

52 Dan barang siapa tidak menerima suara-Ku tidak mengenali asuara-Ku, dan bukanlah daripada-Ku.

53 Dan dengan ini kamu boleh mengetahui yang soleh dari yang jahat, dan bahawa seluruh adunia bmerintih di dalam cdosa dan kegelapan bahkan sekarang.

54 Dan fikiranmu pada waktu-waktu yang lalu telah digelapkan disebabkan aketidakpercayaan, dan kerana kamu telah memandang remeh hal-hal yang telah kamu terima—

55 Yang mana akesombongan dan ketidakpercayaan telah membawa seluruh gereja ke dalam penghukuman.

56 Dan penghukuman ini berada di atas anak-anak Sion, bahkan kesemuanya.

57 Dan mereka akan tetap berada di dalam penghukuman ini sehingga mereka bertaubat dan mengingati aperjanjian yang baru, bahkan bKitab Mormon dan perintah-perintah cterdahulu yang telah Aku berikan kepada mereka, bukan hanya untuk mengatakannya, tetapi untuk dmelakukannya menurut apa yang telah Aku tuliskan—

58 Agar mereka boleh menghasilkan buah yang layak untuk kerajaan Bapa mereka; jika tidak akan tetap ada pencambukan dan penghakiman untuk dicurahkan ke atas anak-anak Sion.

59 Kerana adakah anak-anak kerajaan akan mencemari tanah kudus-Ku? Sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, Tidak.

60 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu yang sekarang mendengar afirman-Ku, yang merupakan suara-Ku, diberkatilah kamu sejauh kamu menerima hal-hal ini;

61 Kerana Aku akan amengampunimu dari dosa-dosamu dengan perintah ini—agar kamu tetap tabah dalam fikiranmu dalam bkekhusyukan dan roh doa, dalam memberikan kesaksian kepada seluruh dunia tentang hal-hal itu yang telah disampaikan kepadamu.

62 Oleh kerana itu, apergilah kamu ke seluruh dunia; dan ke mana pun tempat yang kamu tidak dapat pergi kamu haruslah ke sana, agar kesaksian itu boleh pergi daripada dirimu ke seluruh dunia kepada setiap makhluk.

63 Dan seperti yang Aku firmankan kepada apara rasul-Ku, demikian juga Aku berfirman kepadamu, kerana kamu adalah para rasul-Ku, bahkan imam tinggi Tuhan; kamu adalah mereka yang telah Bapa-Ku bberikan kepada-Ku; kamu adalah cteman-teman-Ku;

64 Oleh kerana itu, seperti yang Aku firmankan kepada para rasul-Ku Aku berfirman kepadamu lagi, bahawa setiap ajiwa yang bpercaya pada perkataanmu, dan dibaptiskan dengan air untuk cpengampunan dosa-dosa, akan menerima dRoh Kudus.

65 Dan atanda-tanda ini akan mengikuti mereka yang percaya—

66 Dalam nama-Ku mereka akan melakukan banyak pekerjaan yang amenakjubkan;

67 Dalam anama-Ku mereka akan mengusir iblis;

68 Dalam nama-Ku mereka akan amenyembuhkan yang sakit;

69 Dalam nama-Ku mereka akan membuka mata orang yang buta, dan menyembuhkan telinga orang yang tuli;

70 Dan lidah orang yang bisu akan berbicara;

71 Dan jika sesiapa pun yang akan memberikan aracun kepada mereka ia tidak akan menyakiti mereka;

72 Dan racun seekor ular tidak akan memiliki kuasa untuk membahayakan mereka.

73 Tetapi sebuah perintah Aku berikan kepada mereka, agar mereka tidak akan abermegah akan diri mereka tentang hal-hal ini, tidak juga membicarakannya di hadapan dunia; kerana hal-hal ini diberikan kepadamu untuk keuntunganmu dan untuk keselamatan.

74 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, mereka yang tidak percaya pada perkataanmu, dan tidak adibaptiskan di dalam air dalam nama-Ku, untuk pengampunan dosa-dosa mereka, agar mereka boleh menerima Roh Kudus, akan bdilaknati, dan tidak akan datang ke dalam kerajaan Bapa-Ku di mana Bapa-Ku dan Aku berada.

75 Dan wahyu ini kepadamu, dan perintah, berkuatkuasa tepat dari waktu ini ke atas seluruh dunia, dan Injil adalah bagi semua yang belum menerimanya.

76 Tetapi, sesungguhnya Aku berfirman kepada mereka semua kepada mereka kerajaan telah diberikan—daripada kamu ianya mesti dikhutbahkan kepada mereka, agar mereka akan bertaubat dari pekerjaan jahat mereka yang terdahulu; kerana mereka mesti ditegur kerana hati ketidakpercayaan mereka yang jahat, dan saudara-saudaramu di Sion kerana pemberontakan mereka terhadapmu pada waktu Aku mengutusmu.

77 Dan lagi Aku berfirman kepadamu, teman-teman-Ku, kerana sejak dari sekarang Aku akan memanggilmu teman, adalah perlu bahawa Aku memberi kepadamu perintah ini, agar kamu menjadi bahkan seperti teman-Ku pada masa ketika Aku bersama mereka, melakukan perjalanan untuk mengkhutbahkan Injil dalam kuasa-Ku;

78 Kerana Aku tidak membiarkan mereka untuk memiliki adompet atau tas, tidak juga dua helai baju.

79 Lihatlah, Aku mengutusmu keluar untuk menguji dunia, dan pekerja layak menerima aupahnya.

80 Dan sesiapa pun yang akan pergi dan amengkhutbahkan bInjil kerajaan ini, dan tidak gagal untuk terus setia dalam segala hal, tidak akan letih dalam fikiran, tidak juga digelapkan, tidak juga dalam tubuh, tulang sendi; dan sehelai crambut kepalanya tidak akan jatuh ke tanah tanpa diketahui. Dan mereka tidak akan lapar, tidak juga dahaga.

81 Oleh kerana itu, janganlah kamu amemikirkan tentang keesokan hari, tentang apa yang akan kamu makan, atau apa yang akan kamu minum, atau dengan apa kamu akan berpakaian.

82 Kerana, perhatikanlah bunga teratai di ladang, bagaimana ia tumbuh, tidak membanting tulang, tidak juga menenun; dan kerajaan-kerajaan dunia, dalam segala kemuliaannya, tidak seindah seperti salah satunya ini.

83 Kerana aBapamu, yang berada di dalam syurga, bmengetahui bahawa kamu memerlukan hal-hal ini.

84 Oleh kerana itu, biarlah hari esok amemikirkan tentang halnya sendiri.

85 Jangan juga kamu memikirkan aapa yang harus kamu katakan sebelumnya; tetapi bsimpanlah baik-baik dalam fikiranmu secara berterusan firman kehidupan, dan akan cdiberikan kepadamu pada jam yang tepat bahagian itu yang akan dibagikan kepada setiap orang.

86 Oleh kerana itu, janganlah biarkan seorang pun di antara kamu, kerana perintah ini adalah bagi semua yang asetia yang dipanggil oleh Tuhan di dalam gereja pada pelayanan, dari saat ini mengambil dompet atau tas, yang pergi untuk memaklumkan Injil kerajaan ini.

87 Lihatlah, Aku amengutusmu keluar untuk menegur dunia tentang semua perbuatan mereka yang tidak soleh, dan untuk mengajarkan mereka tentang penghakiman yang akan datang.

88 Dan barang siapa amenerimamu, di sana Aku akan berada juga, kerana Aku akan pergi di hadapan mukamu. Aku akan berada di kanan dan kirimu, dan Roh-Ku akan berada dalam hatimu, dan bpara malaikat-Ku di sekelilingmu, untuk menyokongmu.

89 Barang siapa menerimamu menerima-Ku; dan orang yang sama akan memberimu makan, dan mengenakan pakaian kepadamu, dan memberimu wang.

90 Dan dia yang memberimu makan, atau mengenakan pakaian kepadamu, atau memberimu wang, walau bagaimanapun tidak akan akehilangan ganjarannya.

91 Dan dia yang tidak melakukan hal-hal ini bukanlah pengikut-Ku; dengan ini kamu boleh mengenali apara pengikut-Ku.

92 Dia yang tidak menerimamu, pergilah daripadanya seorang diri saja, dan abersihkanlah kakimu bahkan dengan air, air yang murni, sama ada di dalam panas atau sejuk, dan berikanlah kesaksian terhadapnya kepada Bapamu yang berada di dalam syurga, dan janganlah kembali lagi kepada orang itu.

93 Dan di desa atau kota mana pun yang kamu masuki, lakukanlah sedemikian juga.

94 Walaupun demikian, carilah dengan tekun dan janganlah menahan diri; dan celakalah rumah itu, atau desa atau kota itu yang menolakmu, atau perkataanmu, atau kesaksianmu mengenai Aku.

95 Celakalah, Aku berfirman lagi, pada rumah itu, atau desa atau kota itu yang menolakmu, atau perkataanmu, atau kesaksianmu mengenai Aku;

96 Kerana Aku, Yang aMaha Kuasa, telah meletakkan tangan-Ku ke atas bangsa-bangsa, untuk bmencambuk mereka kerana ckejahatan mereka.

97 Dan wabak akan menular, dan tidak akan diambil dari bumi sehingga Aku telah menyelesaikan pekerjaan-Ku, yang akan adisingkatkan dalam kebenaran—

98 Sehingga semua akan mengenali-Ku, yang tetap tinggal, bahkan dari yang terkecil sehinggalah yang terbesar, dan akan dipenuhi dengan pengetahuan tentang Tuhan, dan akan amelihat dengan mata kepala sendiri, dan akan mengangkat suara mereka, dan dengan suara bersama bmenyanyikan lagu baru ini, mengatakan:

99 Tuhan telah membawa Sion kembali;Tuhan telah amenebus umat-Nya, bIsrael,Menurut cpemilihan drahmat,Yang telah dilaksanakan dengan imanDan eperjanjian nenek moyang mereka.

100 Tuhan telah menebus umat-Nya;Dan Setan adiikat dan waktunya tidak ada lagi.Tuhan telah mengumpulkan segala hal menjadi bsatu.Tuhan telah membawa cSion turun dari atas.Tuhan telah dmembawa Sion naik dari bawah.

101 aBumi telah melahirkan dan menunjukkan kekuatannya;Dan kebenaran ditegakkan dalam sanubarinya;Dan syurga tersenyum kepadanya;Dan dia dikenakan bkemuliaan Tuhannya;Kerana Dia berdiri di tengah-tengah umat-Nya.

102 Kemuliaan, dan kehormatan, dan kuasa, dan daya,Diberikan kepada Tuhan kita; kerana Dia penuh dengan abelas kasihan,Keadilan, kerahmatan dan kebenaran, dan bkedamaian,Selama-lamanya, Amin.

103 Dan lagi, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, adalah perlu bahawa setiap orang yang pergi untuk memaklumkan Injil kekal-Ku, bahawa sejauh mereka memiliki keluarga, dan menerima wang sebagai pemberian, bahawa mereka haruslah mengirimkannya kepada mereka atau menggunakannya demi manfaat mereka, sebagaimana Tuhan akan arahkan mereka, kerana demikianlah kelihatannya baik bagi-Ku.

104 Dan biarlah mereka semua yang tidak memiliki keluarga, yang menerima awang, mengirimkannya kepada uskup di Sion, atau kepada uskup di Ohio, agar boleh dibaktikan untuk membawakan wahyu-wahyu dan pencetakannya, dan untuk menegakkan Sion.

105 Dan jika sesiapa pun akan memberikan kepada sesiapa pun daripadamu sehelai jubah, atau sehelai baju, ambillah yang lama dan berikanlah ia kepada yang amiskin, dan pergilah dengan bersukacita.

106 Dan jika sesiapa pun di antara kamu kuat di dalam Roh, biarlah dia amengambil bersamanya dia yang lemah, agar dia boleh diteguhkan dalam segala bkelembutan hati, agar dia boleh menjadi kuat juga.

107 Oleh kerana itu, ambillah bersamamu mereka yang ditahbiskan pada aimamat yang lebih rendah, dan utuslah mereka sebelum kamu untuk membuat temu janji, dan untuk menyediakan jalan, dan untuk memenuhi janji yang kamu sendiri tidak mampu penuhi.

108 Lihatlah, inilah cara bagaimana para rasul-Ku, pada zaman dahulu, membangunkan gereja-Ku bagi-Ku.

109 Oleh kerana itu, biarlah setiap orang berdiri pada jawatannya sendiri, dan bekerja pada pemanggilannya sendiri; dan janganlah biarkan kepala berkata kepada kaki bahawa ia tidak memerlukan kaki; kerana tanpa kaki bagaimana tubuh akan mampu berdiri?

110 Juga tubuh memerlukan setiap aanggota, agar semuanya boleh diteguhkan bersama, agar sistemnya boleh dikekalkan sempurna.

111 Dan lihatlah, aimam tinggi harus melakukan perjalanan, dan juga para penatua, dan juga bimam yang lebih rendah; tetapi cdiaken dan dpengajar haruslah ditetapkan untuk emengawasi gereja, untuk menjadi pelayan rohani yang tetap bagi gereja.

112 Dan uskup, Newel K. Whitney, juga harus melakukan perjalanan ke sekitarnya dan ke kalangan semua jemaah gereja, mencari yang miskin untuk amelayani keinginan mereka dengan bmerendahkan hati yang kaya dan yang sombong.

113 Dia juga harus menggaji seorang awakil untuk bertanggungjawab dan melakukan urusan duniawinya sebagaimana yang dia akan arahkan.

114 Walaupun demikian, biarlah uskup pergi ke Kota New York, juga ke Kota Albany, dan juga ke Kota Boston, dan memperingatkan orang-orang di kota-kota itu dengan suara Injil, dengan suara kuat, tentang akemusnahan dan penghapusan menyeluruh yang menunggu mereka jika mereka menolak hal-hal ini.

115 Kerana jika mereka menolak hal-hal ini masa penghakiman mereka sudah dekat, dan rumah mereka akan ditinggalkan amusnah terlantar.

116 Biarlah dia apercaya kepada-Ku dan dia tidak bdikelirukan; dan sehelai crambut dari kepalanya tidak akan jatuh ke tanah tanpa diketahui.

117 Dan sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, dari para hamba-Ku yang selebihnya, pergilah kamu sebagaimana keadaanmu mengizinkan, dalam beberapa pemanggilanmu, ke kota-kota dan desa-desa yang besar dan terkenal, menegur dunia dalam kesolehan tentang segala perbuatan mereka yang tidak soleh dan fasiq, menyatakan dengan jelas dan dengan pengertian pemusnahan kekejian pada zaman akhir.

118 Kerana, bersamamu firman Tuhan Yang Maha Kuasa, Aku akan amengoyakkan kerajaan-kerajaan mereka; Aku bukan sahaja akan bmenggoncangkan tanah, tetapi langit yang berbintang akan bergetar.

119 Kerana Aku, Tuhan, telah menghulurkan tangan-Ku untuk mengerahkan kuasa syurga; kamu tidak dapat melihatnya sekarang, tetapi tidak lama lagi dan kamu akan melihatnya, dan mengetahui bahawa Aku ada, dan bahawa Aku akan adatang dan bmemerintah bersama umat-Ku.

120 Aku adalah aAlfa dan Omega, yang awal dan yang akhir. Amin.