Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 8


Bahagian 8

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Oliver Cowdery, di Harmony, Pennsylvania, April 1829. Semasa penterjemahan Kitab Mormon, Oliver, yang menyambung untuk melayani sebagai jurutulis, menulis menurut imlakkan Nabi, berhasrat untuk dianugerahkan dengan kurnia penterjemahan. Tuhan menjawab rayuannya dengan memberikan wahyu ini.

1–5, Wahyu datang melalui kuasa Roh Kudus; 6–12, Pengetahuan tentang misteri-misteri Tuhan dan kuasa menterjemahkan catatan-catatan kuno datang melalui iman.

1 aOliver Cowdery, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa seperti Tuhan hidup, yang merupakan Tuhan dan Penebusmu, demikian juga pastinya kamu akan menerima suatu bpengetahuan tentang hal apa pun yang akan kamu cminta dalam iman, dengan hati yang jujur, percaya bahawa kamu akan menerima suatu pengetahuan berkaitan ukiran dcatatan-catatan lama, yang kuno, yang mengandungi bahagian-bahagian dari tulisan suci-Ku yang telah difirmankan oleh epernyataan Roh-Ku.

2 Ya, lihatlah, Aku akan amemberitahu kamu dalam fikiranmu dan dalam bhatimu, melalui cRoh Kudus, yang akan datang ke atas dirimu dan yang akan berdiam di dalam hatimu.

3 Sekarang, lihatlah, inilah roh wahyu; lihatlah, inilah roh yang melaluinya Musa membawa anak-anak Israel melalui aLaut Merah di atas tanah kering.

4 Oleh kerana itu inilah kurniamu; terapkanlah ia, dan diberkatilah engkau, kerana ia akan membebaskanmu daripada tangan musuh-musuhmu, sementara, jika tidak demikian, mereka akan membunuhmu dan membawa jiwamu pada kehancuran.

5 Ah, ingatlah afirman ini, dan taatilah perintah-perintah-Ku. Ingatlah, inilah kurniamu.

6 Sekarang, ini bukanlah semua kurniaanmu; kerana kamu memiliki kurnia lain, iaitu kurnia Harun; lihatlah, ia telah memberitahu kamu banyak hal;

7 Lihatlah, tidak ada kuasa lain, kecuali kuasa Tuhan, yang dapat menyebabkan kurnia Harun ini ada bersamamu.

8 Oleh kerana itu, janganlah ragu-ragu, kerana ia adalah kurnia Tuhan; dan kamu akan memegangnya dalam tanganmu, dan melakukan pekerjaan yang menakjubkan; dan tidak ada kuasa yang akan dapat mengambilnya daripada tanganmu, kerana ia adalah pekerjaan Tuhan.

9 Dan, oleh kerana itu, apa pun yang akan kamu minta daripada-Ku untuk memberitahu kamu dengan sarana itu, Aku akan berikan kepadamu, dan kamu akan memperoleh pengetahuan tentangnya.

10 Ingatlah bahawa tanpa aiman kamu tidak dapat melakukan apa pun; oleh kerana itu mintalah dalam iman. Janganlah mempermainkan hal-hal ini; janganlah bmeminta yang tidak seharusnya kamu minta.

11 Mintalah agar kamu boleh mengetahui misteri-misteri Tuhan, dan agar kamu boleh amenterjemah dan menerima pengetahuan dari semua catatan kuno itu yang telah disembunyikan, yang kudus; dan menurut imanmu ia akan terjadi kepadamu.

12 Lihatlah, Akulah yang telah memfirmankannya; dan Akulah orang yang sama yang berfirman kepadamu sejak dari awal. Amin.