Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 78


Bahagian 78

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 1 Mac 1832. Pada hari itu, Nabi dan pemimpin lain telah berhimpun untuk mempertimbangkan hal-hal Gereja. Wahyu ini asalnya, mengarahkan Nabi, Sidney Rigdon, dan Newel K. Whitney melakukan perjalanan ke Missouri dan mendirikan kedai barangan Gereja dan usaha penerbitan dengan membentuk sebuah “syarikat” yang akan menyelia usaha tersebut, memberi dana-dana bagi penubuhan Sion dan kemanfaatan bagi yang miskin. Syarikat ini, telah diorganisasikan pada April 1832 dan dibubarkan pada 1834 (lihat bahagian 82). Selepas pembubaran itu, dibawah arahan Joseph Smith, frasa “pentadbiran gudang penyimpanan bagi yang miskin” digantikan “kedai barangan Gereja dan usaha penerbitan” dalam wahyu, dan perkataan “golongan” digantikan perkataan “syarikat.”

1–4, Para Orang Suci haruslah mengorganisasikan dan mendirikan sebuah gudang penyimpanan; 5–12, Penggunaan harta-harta milik mereka dengan bijak akan menuntun pada keselamatan; 13–14, Gereja haruslah tidak bergantung pada kuasa duniawi; 15–16, Mikhael (Adam) melayani di bawah arahan Yang Kudus (Kristus); 17–22, Diberkatilah yang setia, kerana mereka akan mewarisi segalanya.

1 Tuhan berfirman kepada Joseph Smith Jr. memfirmankan: Dengarkanlah Aku, firman Tuhan Rajamu, yang telah ditahbiskan pada aimamat tinggi gereja-Ku, yang telah berhimpun bersama;

2 Dan dengarkanlah anasihat dari Dia yang telah bmenahbiskanmu dari syurga, yang akan berfirman ke dalam telingamu firman kebijaksanaan, agar keselamatan boleh terjadi kepadamu dalam hal itu yang telah kamu persembahkan di hadapan-Ku, firman Tuhan Raja.

3 Kerana sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, waktunya telah datang, dan sekarang sudah di depan mata; dan lihatlah, dan tengoklah, mestilah perlu bahawa ada sebuah aorganisasi umat-Ku, dalam mengatur dan menegakkan urusan bgudang penyimpanan bagi umat-Ku yang cmiskin, baik di tempat ini mahupun di negeri dSion

4 Sebagai suatu pertubuhan dan aturan yang tetap dan abadi bagi gereja-Ku, untuk memajukan tujuannya, yang telah kamu sertai, bagi keselamatan manusia, dan bagi kemuliaan Bapamu yang berada di dalam syurga;

5 Agar kamu asama rata dalam ikatan hal-hal syurgawi, ya, dan hal-hal duniawi juga, untuk mendapatkan hal-hal syurgawi.

6 Kerana jika kamu tidak sama rata dalam hal-hal duniawi kamu tidak dapat sama rata dalam mendapatkan hal-hal syurgawi;

7 Kerana jika kamu menginginkan agar Aku memberi kepadamu sebuah tempat di dunia aselestial, kamu mesti bmenyediakan dirimu dengan cmelakukan apa yang telah Aku perintahkan kepadamu dan perlukan daripadamu.

8 Dan sekarang, sesungguhnya demikianlah firman Tuhan, adalah perlu bahawa semua hal dilakukan bagi akemuliaan-Ku, oleh kamu yang digabungkan bersama dalam bgolongan ini;

9 Atau, dengan perkataan lain, biarlah hamba-Ku Newel K. Whitney dan hamba-Ku Joseph Smith Jr. dan hamba-Ku Sidney Rigdon duduk di dalam majlis bersama para orang suci yang berada di Sion;

10 Jika tidak aSetan berusaha untuk memalingkan hati mereka dari kebenaran, sehingga mereka menjadi buta dan tidak memahami apa yang telah disediakan untuk mereka.

11 Kerana itu, sebuah perintah Aku berikan kepadamu, untuk menyediakan dan mengatur dirimu melalui sebuah ikatan atau aperjanjian kekal yang tidak boleh dilanggar.

12 Dan dia yang melanggarnya akan kehilangan jawatan dan kedudukannya di dalam gereja, dan akan diserahkan pada aseksaan Setan sehingga hari penebusan.

13 Lihatlah, inilah persediaan yang dengannya Aku persiapkan kamu, dan landasan, dan contoh yang Aku berikan kepadamu, supaya kamu boleh melaksanakan perintah-perintah yang diberikan kepadamu;

14 Agar melalui pemeliharaan-Ku, walau bagaimanapun akesukaran yang akan menimpa ke atas dirimu, agar gereja boleh berdiri sendiri melebihi dari semuaa makhluk lain di bawah dunia selestial;

15 Agar kamu boleh naik pada amahkota yang disediakan bagimu, dan dijadikan bpara pemerintah ke atas banyak kerajaan, firman Tuhan Raja, Yang Kudus dari Sion, yang telah menegakkan landasan cAdam-ondi-Ahman;

16 Yang telah menetapkan aMikhael puteramu, dan menegakkan dirinya, dan menempatkannya di kedudukan yang tinggi, dan memberi kepadanya kunci-kunci keselamatan di bawah nasihat dan arahan dari Yang Kudus, yang adalah tanpa permulaan hari atau penghujung kehidupan.

17 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, kamu adalah anak-anak kecil, dan kamu masih belum memahami setakat ini betapa besar berkat-berkat yang Bapa miliki dalam tangan-Nya sendiri dan sediakan bagimu;

18 Dan kamu tidak dapat amenanggung segala hal sekarang; walaupun demikian, cerialah, kerana Aku akan bmenuntunmu. Kerajaan adalah milikmu dan berkat-berkat darinya adalah milikmu, dan kekayaan ckeabadian adalah milikmu.

19 Dan dia yang menerima segala hal dengan arasa terima kasih akan dijadikan mulia; dan hal-hal dari bumi ini akan ditambahkan kepadanya, bahkan bseratus kali ganda, ya, lebih.

20 Kerana itu, lakukanlah hal-hal yang telah Aku perintahkan kepadamu, firman Penebusmu, bahkan Putera aAhman, yang menyediakan segala hal sebelum Dia bmengambilmu;

21 Kerana kamu adalah agereja Putera Sulung, dan Dia akan bmengambilmu ke dalam awan, dan menetapkan kepada setiap orang bahagiannya.

22 Dan dia yang merupakan apengawas yang setia dan bbijak akan mewarisi csegalanya. Amin.