Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 77


Bahagian 77

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith, di Hiram, Ohio, kira-kira Mac 1832. Sejarah Joseph Smith menyatakan, “Sehubungan dengan penterjemahan Tulisan Suci, saya telah menerima penjelasan yang berikutnya tentang Wahyu Yohanes.”

1–4, Binatang mempunyai roh dan akan tinggal di dalam kegembiraan abadi; 5–7, Bumi ini mempunyai kewujudan duniawi selama 7,000 tahun; 8–10, Pelbagai malaikat memulihkan Injil dan melayani di atas bumi; 11, Pemeteraian 144,000 orang; 12–14, Kristus akan datang pada permulaan tahun ketujuh ribu; 15, Dua orang nabi akan dibangkitkan bagi bangsa Yahudi.

1 Soalan (S). Apakah alaut kaca yang dikatakan oleh Yohanes, bab ke-4, dan ayat ke-6 dari Wahyu?Jawapan (J). Itu adalah bbumi, dalam keadaannya yang dikuduskan, baqa, dan cabadi.

2 S. Apakah yang harus kita fahami tentang empat ekor binatang, yang telah dikatakan dalam ayat yang sama?J. Itu adalah alambang, yang digunakan oleh Yohanes Pewahyu, dalam menggambarkan bsyurga, cfirdaus Tuhan, dkebahagiaan manusia, dan binatang, dan hidupan yang merayap, dan burung-burung di udara; yang merupakan mahkluk rohani dalam keserupaan dengan apa pun yang duniawi; dan apa pun yang duniawi adalah dalam keserupaan dengan apa pun yang rohani; eroh manusia dalam keserupaan dengan dirinya seperti juga roh fbinatang, dan setiap makhluk lain yang telah Tuhan ciptakan.

3 S. Adakah empat binatang itu terhad pada seekor binatang, atau adakah mereka mewakili kelas atau golongan?J. Mereka terhad pada empat binatang yang tersendiri, yang telah diperlihatkan kepada Yohanes, untuk mewakili kemuliaan kelas-kelas makhluk di dalam urutan atau aalam penciptaannya yang telah ditetapkan, dalam bnikmat kegembiraan abadinya.

4 S. Apakah yang kita fahami tentang mata dan sayap, yang dimiliki binatang-binatang itu?J. Matanya adalah lambang cahaya dan apengetahuan, yaitu, mereka penuh dengan pengetahuan; dan sayap-sayapnya adalah lambang bagi bkuasa, untuk bergerak, untuk bertindak, dsb.

5 S. Apakah yang kita fahami tentang dua puluh empat apenatua, yang dikatakan oleh Yohanes?J. Kita harus memahami bahawa para penatua ini yang telah dilihat oleh Yohanes, merupakan para penatua yang telah bsetia dalam pekerjaan pelayanan dan mati; yang masuk dalam ctujuh gereja itu, dan pada waktu itu berada di dalam firdaus Tuhan.

6 S. Apakah yang kita fahami tentang kitab yang dilihat oleh Yohanes, yang telah adimeteraikan pada bahagian belakang dengan tujuh meterai?J. Kita harus memahami bahawa ianya mengandungi kehendak, bmisteri-misteri, dan pekerjaan Tuhan yang diwahyukan; hal-hal pengurusan-Nya yang tersembunyi mengenai cbumi ini semasa tujuh ribu tahun keadaannya, atau kewujudan duniawinya.

7 S. Apakah yang kita harus fahami tentang tujuh meterai yang dengannya ia telah dimeteraikan?J. Kita harus memahami bahawa meterai pertama mengandungi hal-hal tentang aseribu tahun yang pertama, dan yang kedua juga tentang seribu tahun yang kedua, dan seterusnya sehingga yang ketujuh.

8 S. Apakah yang kita harus fahami tentang empat malaikat, yang diperkatakan dalam bab ke-7 dan ayat ke-1 dari Wahyu?J. Kita harus memahami bahawa mereka adalah empat malaikat yang diutus daripada Tuhan, kepada mereka telah diberikan kuasa ke atas empat bahagian bumi, untuk menyelamatkan kehidupan dan untuk menghancurkan; inilah mereka yang memiliki aInjil abadi untuk diamanahkan kepada setiap bangsa, kaum, bahasa dan bangsa; memiliki kuasa untuk menutup langit, untuk memeteraikan pada kehidupan, atau untuk mencampakkan ke btempat-tempat kegelapan.

9 S. Apakah yang harus kita fahami tentang malaikat yang naik dari timur, Wahyu Bab ke-7 dan ayat ke-2?J. Kita harus memahami bahawa malaikat yang naik dari timur adalah dia yang kepadanya telah diberikan meterai Tuhan yang hidup ke atas dua belas suku aIsrael; kerana itu, dia berseru kepada empat malaikat yang memiliki Injil kekal, mengatakan: Janganlah menyakiti bumi, dan juga laut, dan juga pokok-pokok, sehingga kita telah memeteraikan para hamba Tuhan kita pada bdahi mereka. Dan, jika kamu akan menerimanya, inilah cElias yang akan datang untuk mengumpulkan bersama suku-suku Israel dan dmemulihkan segala hal.

10 S. Bilakah hal-hal yang telah difirmankan di dalam Bab ini akan digenapi?J. Ia akan digenapi pada aseribu tahun yang keenam, atau pembukaan meterai keenam.

11 S. Apakah yang harus kita fahami tentang pemeteraian aseratus empat puluh empat ribu, dari semua suku Israel—dua belas ribu dari setiap suku?J. Kita harus memahami bahawa mereka yang dimeteraikan adalah bpara imam tinggi, ditahbiskan pada tarekat kudus Tuhan, untuk melayani Injil kekal; kerana mereka adalah orang yang ditahbiskan dari setiap bangsa, kaum, bahasa, dan bangsa, oleh para malaikat yang kepada mereka telah diberikan kuasa ke atas bangsa-bangsa di bumi, untuk membawa sebanyak mana yang mahu datang pada gereja cPutera Sulung.

12 S. Apakah yang harus kita fahami tentang bunyi asangkakala, yang disebutkan di dalam Bab ke-8 dari Wahyu?J. Kita harus memahami bahawa sebagaimana Tuhan telah menjadikan dunia ini dalam enam hari, dan pada hari ketujuh Dia menyelesaikan pekerjaan-Nya, dan bmenguduskannya, dan juga membentuk manusia dari cdebu bumi, demikian juga, pada permulaan seribu tahun yang ketujuh Tuhan Raja akan dmenguduskan bumi, dan melengkapkan keselamatan manusia, dan emenghakimi segala hal, dan akan fmenebus segala hal, kecuali hal-hal yang belum Dia letakkan ke dalam kuasa-Nya, apabila Dia telah memeteraikan segala hal, sehingga pada penghujung segala hal; dan bunyi sangkakala dari tujuh malaikat adalah persediaan dan penyelesaian pekerjaan-Nya, pada permulaan seribu tahun yang ketujuh—persediaan jalan sebelum waktu kedatangan-Nya.

13 S. Bilakah hal-hal ini akan digenapi, yang telah dituliskan dalam Bab ke-9 dari Wahyu?J. Ia akan digenapi selepas pembukaan meterai ketujuh, sebelum kedatangan Kristus.

14 S. Apakah yang harus kita fahami tentang kitab kecil yang adimakan oleh Yohanes, seperti yang disebutkan dalam Bab ke-10 dari Wahyu?J. Kita harus memahami bahawa itu adalah sebuah misi, dan sebuah tatacara, bagi dia untuk bmengumpulkan suku-suku Israel; lihatlah, inilah Elias, yang, seperti yang tertulis, mesti datang dan cmemulihkan segala hal.

15 S. Apakah yang harus difahami tentang dua aorang saksi, dalam bab kesebelas dari Wahyu?J. Mereka adalah dua orang nabi yang akan dibangkitkan bagi bbangsa Yahudi pada czaman akhir, pada masa dpemulihan, dan untuk bernubuat kepada bangsa Yahudi setelah mereka dikumpulkan dan telah membangunkan Kota Yerusalem di enegeri nenek moyang mereka.