Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 7


Bahagian 7

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith dan Oliver Cowdery, di Harmony, Pennsylvania, April 1829, ketika mereka bertanya melalui Urim dan Tumim berkaitan dengan sama ada Yohanes, murid yang dikasihi itu, tinggal dalam keadaan daging atau telah mati. Wahyu ini adalah sebuah versi terjemahan dari catatan yang dibuat di atas kertas kulit oleh Yohanes dan disembunyikan olehnya sendiri.

1–3, Yohanes yang Dikasihi akan hidup sehingga Tuhan datang; 4–8, Petrus, Yakobus, dan Yohanes memegang kunci-kunci Injil.

1 Dan Tuhan berfirman kepadaku: aYohanes, yang Aku kasihi, apakah yang engkau bhasratkan? Kerana jika kamu akan meminta apa yang kamu kehendaki, ia akan diberikan kepadamu.

2 Dan aku berkata kepada-Nya: Tuhan, berilah kepadaku kuasa mengatasi akematian, agar aku boleh hidup dan membawa jiwa-jiwa kepada-Mu.

3 Dan Tuhan berfirman kepadaku: Sesungguh-sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, kerana engkau menghasratkan ini engkau akan atinggal sehingga Aku datang dalam bkemuliaan-Ku, dan akan cbernubuat di hadapan bangsa, kaum, bahasa dan bangsa.

4 Dan kerana tujuan ini Tuhan berfirman kepada Petrus: Jika Aku menghendaki bahawa dia tinggal sehingga Aku datang, apakah kaitannya denganmu? Kerana dia menghasratkan daripada-Ku agar dia boleh membawa jiwa-jiwa kepada-Ku, tetapi engkau berhasrat agar engkau boleh secepatnya datang kepada-Ku di dalam akerajaan-Ku.

5 Aku berfirman kepadamu, Petrus, ini adalah suatu hasrat yang baik; tetapi yang Aku kasihi telah berhasrat agar dia boleh melakukan lebih, atau suatu pekerjaan yang lebih besar kelak di kalangan manusia daripada apa yang telah dia lakukan sebelumnya.

6 Ya, dia telah memikul suatu pekerjaan yang lebih besar; oleh kerana itu Aku akan membuatnya bagaikan api yang menyala-nyala dan malaikat yang amelayani; dia akan melayani bagi mereka yang akan menjadi bwaris keselamatan yang tinggal di atas cbumi.

7 Dan Aku akan menjadikan engkau untuk melayaninya dan saudaramu Yakobus; dan kepada kamu bertiga Aku akan memberikan kuasa ini dan akunci-kunci pelayanan ini sehingga Aku datang.

8 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, kamu berdua akan memperolehnya menurut hasratmu, kerana kamu berdua abersukacita dalam apa yang telah kamu hasratkan.