Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 66


Bahagian 66

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Hiram, Ohio, 25 Oktober 1831. William E. McLellin telah mengemukakan kepada Tuhan secara rahsia untuk memberitahukan melalui Nabi jawapan untuk lima pertanyaan, yang tidak diketahui Joseph Smith. Di atas permintaan, Nabi bertanya kepada Tuhan, dan telah menerima yang berikut.

1–4, Perjanjian yang kekal adalah kegenapan Injil; 5–8, Para penatua mesti berkhutbah, bersaksi, dan berbincang dengan semua orang; 9–13, Pelayanan rohani yang setia memastikan kehidupan kekal diwarisi.

1 Lihatlah, demikianlah firman Tuhan kepada hamba-Ku William E. McLellin—Diberkatilah kamu, sejauh kamu telah berpaling dari kederhakaanmu, dan telah menerima kebenaran-kebenaran-Ku, firman Tuhan Penebusmu, Juruselamat dunia, bahkan bagi sebanyak mana yang apercaya pada nama-Ku.

2 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, diberkatilah kamu kerana menerima aperjanjian-Ku yang kekal, bahkan kegenapan Injil-Ku, yang diutuskan kepada anak-anak manusia, agar mereka boleh memperoleh bkehidupan dan dijadikan para pengambil bahagian kemuliaan yang akan diungkapkan pada zaman akhir, seperti yang ditulis oleh para nabi dan rasul pada zaman dahulu.

3 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, hamba-Ku William, bahawa kamu bersih, tetapi tidak keseluruhannnya; bertaubatlah, oleh kerana itu, dari perkara-perkara yang tidak menyenangkan dalam pandangan-Ku, firman Tuhan, kerana Tuhan akan amemperlihatkannya kepadamu.

4 Dan sekarang, sesungguhnya, Aku, Tuhan, akan memperlihatkan kepadamu apa yang Aku kehendaki mengenaimu, atau apakah kehendak-Ku terhadapmu.

5 Lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa adalah menjadi kehendak-Ku bahawa kamu harus amemaklumkan Injil-Ku dari negeri ke negeri, dan dari kota ke kota, ya, di wilayah-wilayah sekitarnya di mana ia belum dimaklumkan.

6 Janganlah singgah berhari-hari di tempat ini; janganlah pergi ke negeri Sion terlebih dahulu; tetapi sebanyak mana yang dapat kamu kirimkan, kirimkanlah; jika tidak, janganlah fikirkan tentang hartamu.

7 aPergilah ke negeri-negeri di sebelah timur, berikanlah bkesaksian di setiap tempat, kepada setiap orang dan di dalam saumaah-saumaah mereka, berbincanglah dengan orang-orang itu.

8 Biarlah hamba-Ku Samuel H. Smith pergi bersamamu, dan janganlah tinggalkan dia, dan berikanlah arahan-arahanmu kepadanya; dan dia yang setia akan dijadikan akuat di setiap tempat; dan Aku, Tuhan, akan pergi bersamamu.

9 Letakkanlah atanganmu ke atas yang sakit, dan mereka akan bpulih. Janganlah kembali sehingga Aku, Tuhan, akan mengutusmu. Bersabarlah dalam kesengsaraan. cMintalah, dan kamu akan menerima; ketuklah, dan akan dibukakan bagimu.

10 Berusahalah untuk tidak dibebani. Tinggalkanlah segala ketidaksolehan. Janganlah berbuat azina—suatu godaan yang telah membuat engkau bersusah hati.

11 aTaatilah firman ini, kerana ia adalah benar dan pasti; dan engkau haruslah mengembangkan jabatanmu, dan doronglah banyak orang ke bSion dengan cnyanyian bahagia yang kekal pada diri mereka.

12 aTeruskanlah dalam hal-hal ini bahkan sehingga akhir, dan kamu akan memperoleh bmahkota kehidupan abadi di sebelah kanan Bapa-Ku, yang penuh dengan kerahmatan dan kebenaran.

13 Sesungguhnya, demikianlah firman aTuhan Rajamu, Penebusmu, bahkan Yesus Kristus. Amin.