Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 6


Bahagian 6

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith dan Oliver Cowdery, di Harmony, Pennsylvania, April 1829. Oliver Cowdery memulakan kerjanya sebagai jurutulis dalam penterjemahan Kitab Mormon, 7 April 1829. Dia telah menerima suatu pernyataan ilahi akan kebenaran kesaksian Nabi berkenaan kepingan-kepingan yang di atasnya terukir catatan Kitab Mormon. Nabi bertanya kepada Tuhan melalui Urim dan Tumim dan menerima jawapan ini.

1–6, Para pekerja di ladang Tuhan memperoleh keselamatan; 7–13, Tidak ada kurnia yang lebih besar daripada kurnia keselamatan; 14–27, Suatu kesaksian tentang kebenaran datang melalui kuasa Roh; 28–37, Pandanglah kepada Kristus, dan lakukanlah kebaikan secara berterusan.

1 Sebuah apekerjaan yang menakjubkan dan agung hampir tiba kepada anak-anak manusia.

2 Lihatlah, Aku ialah Tuhan; endahkanlah afirman-Ku, yang hidup dan penuh kuasa, blebih tajam daripada sebilah pedang bermata dua, untuk pembelahan baik tulang sendi mahupun sumsum; oleh kerana itu endahkanlah firman-Ku.

3 Lihatlah, aladang telah memutih sedia dituai; oleh kerana itu, barang siapa berhasrat untuk menuai, biarlah dia menghayunkan sabitnya dengan dayanya, dan menuai sementara hari masih ada, agar dia boleh menyimpan bagi jiwanya keselamatan abadi di dalam kerajaan Tuhan.

4 Ya, barang siapa akan amenghayunkan sabitnya dan menuai, orang yang sama dipanggil oleh Tuhan.

5 Oleh kerana itu, jika kamu akan ameminta daripada-Ku kamu akan menerima; jika kamu akan mengetuk akan dibukakan bagimu.

6 Sekarang, kerana kamu telah meminta, lihatlah, Aku berfirman kepadamu, taatilah perintah-perintah-Ku, dan ausahakanlah untuk mendatangkan dan menegakkan tujuan bSion;

7 aJanganlah mencari bkekayaan tetapi ckebijaksanaan, dan lihatlah, dmisteri-misteri Tuhan akan dibukakan kepadamu, dan kemudian kamu akan dijadikan kaya. Lihatlah, dia yang memperoleh ekehidupan abadi adalah kaya.

8 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahkan seperti kamu menghasratkan daripada-Ku demikianlah akan terjadi kepadamu; dan jika kamu menghasratkannya, kamu akan menjadi sarana untuk melakukan banyak kebaikan dalam generasi ini.

9 Janganlah mengatakan apa pun selain apertaubatan kepada generasi ini; taatilah perintah-perintah-Ku, dan bantulah untuk mendatangkan pekerjaan-Ku, menurut perintah-perintah-Ku, dan kamu akan diberkati.

10 Lihatlah engkau memiliki sebuah kurnia, dan diberkatilah engkau kerana kurniamu. Ingatlah ia adalah akudus dan datang dari atas—

11 Dan jika engkau akan abertanya, engkau akan mengetahui bmisteri-misteri yang besar dan menakjubkan; oleh kerana itu engkau hendaknya menjalankan ckurniamu, agar engkau boleh menemui misteri-misteri, agar engkau boleh membawa banyak orang kepada pengetahuan tentang kebenaran, ya, dmeyakinkan mereka tentang kesesatan jalan mereka.

12 Janganlah mendedahkan kurniamu kepada sesiapa pun kecuali mereka yang dari kepercayaanmu. Janganlah mempermainkan perkara yang akudus.

13 Jika engkau akan melakukan kebaikan, ya, dan asetia bbertahan sampai cakhir, engkau akan diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan, iaitu yang terbesar daripada semua kurnia Tuhan; kerana tidak ada kurnia yang lebih besar daripada kurnia dkeselamatan.

14 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, diberkatilah engkau untuk perkara yang telah engkau lakukan; kerana engkau telah abertanya kepada-Ku, dan lihatlah, sesering engkau bertanya engkau telah menerima petunjuk Roh-Ku. Jika tidak demikian halnya, engkau tidak akan datang ke tempat di mana engkau berada pada waktu ini.

15 Lihatlah, engkau mengetahui bahawa engkau telah bertanya kepada-Ku dan Aku telah menerangi afikiranmu; dan sekarang Aku memberitahu engkau hal-hal ini agar engkau boleh mengetahui bahawa engkau telah diterangi dengan Roh kebenaran;

16 Ya, Aku memberitahu engkau, agar engkau boleh mengetahui bahawa tiada seorang pun melainkan Tuhan yang amengetahui pemikiran dan niat bhatimu.

17 Aku memberitahu engkau hal-hal ini sebagai sebuah kesaksian kepadamu—bahawa firman atau pekerjaan yang telah engkau tuliskan adalah abenar.

18 Oleh kerana itu atekunlah; bberdirilah di sisi hamba-Ku Joseph, dengan setia, dalam apa pun keadaan yang sukar yang mungkin dia alami demi firman itu.

19 Tegurlah dia dalam kesalahannya, dan juga terimalah teguran daripadanya. Bersabarlah; bersungguh-sungguhlah; bertenanglah; milikilah kesabaran, iman, harapan dan kasih ihsan.

20 Lihatlah, engkau adalah Oliver, dan Aku telah berfirman kepadamu kerana hasratmu; oleh kerana itu asimpanlah baik-baik firman ini dalam hatimu. Setia dan tekunlah dalam mentaati perintah-perintah Tuhan, dan Aku akan mengelilingi engkau dalam lengan kasih-Ku.

21 Lihatlah, Aku ialah Yesus Kristus, aPutera Tuhan. Akulah yang sama yang datang kepada umat bmilik-Ku, dan umat milik-Ku tidak menerima-Ku. Akulah ccahaya yang bersinar dalam dkegelapan, dan kegelapan itu tidak memahaminya.

22 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, jika kamu menghasratkan sebuah kesaksian yang lebih lanjut, arahkanlah fikiranmu pada malam hari ketika kamu berseru kepada-Ku dalam hatimu, agar kamu boleh amengetahui kebenaran tentang hal-hal ini.

23 Tidakkah Aku memfirmankan akedamaian pada fikiranmu tentang hal ini? Apakah bkesaksian yang lebih besar yang dapat kamu peroleh daripada Tuhan?

24 Dan sekarang, lihatlah, kamu telah menerima sebuah kesaksian; kerana jika Aku telah memberitahu kamu perkara yang tidak seorang pun tahu bukankah kamu telah menerima sebuah kesaksian?

25 Dan, lihatlah, Aku memberi kepadamu sebuah kurnia, jika kamu menghasratkan daripada-Ku, untuk amenterjemah, bahkan seperti hamba-Ku Joseph.

26 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa ada acatatan-catatan yang mengandungi banyak Injil-Ku, yang telah ditahan kerana bkejahatan manusia;

27 Dan sekarang, Aku memerintahkanmu, bahawa jika kamu memiliki hasrat yang baik—suatu hasrat untuk menyimpan harta bagi dirimu di dalam syurga—maka kamu akan membantu dalam membawa pada terang, dengan kurniamu, bahagian-bahagian dari atulisan suci-Ku yang telah disembunyikan kerana kederhakaan.

28 Dan sekarang, lihatlah, Aku memberi kepadamu, dan juga kepada hamba-Ku Joseph, kunci-kunci kurnia ini, yang akan membawa pada terang pelayanan ini; dan melalui mulut dua atau tiga asaksi setiap perkataan akan ditegakkan.

29 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, jika mereka menolak firman-Ku, dan bahagian dari Injil dan pelayanan-Ku ini, diberkatilah kamu, kerana mereka tidak dapat melakukan apa pun lagi kepadamu daripada kepada-Ku.

30 Dan bahkan jika mereka amelakukan kepadamu bahkan seperti yang telah mereka lakukan kepada-Ku, diberkatilah kamu, kerana kamu akan btinggal bersama-Ku dalam ckemuliaan.

31 Tetapi jika mereka tidak amenolak firman-Ku, yang akan ditegakkan oleh bkesaksian yang akan diberikan, diberkatilah mereka, dan pada waktu itu kamu akan merasakan sukacita dalam buah hasil pekerjaanmu.

32 Sesungguhnya-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, seperti yang Aku firmankan kepada para murid-Ku, di mana dua atau tiga orang aberkumpul bersama dalam nama-Ku, menyentuh sesuatu hal, lihatlah, di sana Aku akan berada di btengah-tengah mereka—seperti Aku berada di tengah-tengahmu.

33 aJanganlah takut melakukan yang baik, anak-anak-Ku, kerana apa pun yang kamu btabur, itu juga yang akan kamu tuai; oleh kerana itu, jika kamu menabur yang baik kamu akan juga menuai yang baik sebagai ganjaranmu.

34 Oleh kerana itu, janganlah takut, kawanan kecil; lakukanlah kebaikan; biarlah bumi dan neraka bergabung menentangmu, kerana jika kamu dibangunkan di atas abatu-Ku, mereka tidak dapat berjaya.

35 Lihatlah, Aku tidak menghukummu; pergilah pada jalanmu dan janganlah aberdosa lagi; laksanakanlah dengan kesungguhan pekerjaan yang telah Aku perintahkan kepadamu.

36 aLihatlah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut.

37 aLihatlah luka-luka yang menusuk sisi tubuh-Ku, dan juga bekas bpaku di tangan dan kaki-Ku; setialah, taatilah perintah-perintah-Ku, dan kamu akan cmewarisi dkerajaan syurga. Amin.