Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 56


Bahagian 56

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 15 Jun 1831. Wahyu ini mendera Ezra Tayre kerana tidak mematuhi wahyu sebelumnya (“perintah” dirujuk dalam ayat 8) yang Joseph Smith telah menerima untuk dia, mengarahkan Thayre berkaitan tugasnya di tanah pertanian Frederick G. Williams, di mana dia tinggal. Wahyu seterusnya juga menarik panggilan Thayre untuk melakukan perjalanan ke Misssouri bersama Thomas B. Marsh (lihat bahagian 52:22).

1–2, Para Orang Suci mesti memikul salib mereka dan mengikuti Tuhan untuk memperoleh keselamatan; 3–13, Tuhan memerintahkan dan menarik, dan yang tidak patuh disingkirkan; 14–17, Celakalah yang kaya yang tidak mahu menolong yang miskin, dan celakalah yang miskin yang hatinya tidak hancur; 18–20, Diberkatilah yang miskin yang suci hatinya, kerana mereka akan mewarisi bumi.

1 Dengarlah, Wahai kamu orang-orang yang amengakui nama-Ku, firman Tuhan Rajamu; kerana lihatlah, kemarahan-Ku menyala terhadap yang memberontak, dan mereka akan mengetahui lengan-Ku dan kemarahan-Ku, pada hari bpengunjungan dan kemurkaan ke atas semua bangsa.

2 Dan dia yang tidak mahu memikul asalibnya dan bmengikuti-Ku, dan mentaati perintah-perintah-Ku, orang yang sama itu tidak akan diselamatkan.

3 Lihatlah, Aku, Tuhan, memerintahkan; dan dia yang tidak mahu amematuhi akan bdisingkirkan pada waktu-Ku sendiri yang tepat, selepas Aku perintahkan dan perintah itu dilanggar.

4 Kerana itu Aku, Tuhan, memerintahkan dan amenarik, seperti yang kelihatannya baik bagi-Ku; dan semua ini akan dipertanggungjawabkan ke atas kepala mereka yang bmemberontak, firman Tuhan.

5 Kerana itu, Aku menarik perintah yang diberikan kepada hamba-Ku aThomas B. Marsh dan Ezra Thayre, dan memberikan sebuah perintah baru kepada hamba-Ku Thomas, agar dia harus melakukan perjalanannya secepatnya ke negeri Missouri, dan hamba-Ku Selah J. Griffin juga akan pergi bersamanya.

6 Kerana lihatlah, Aku menarik perintah yang diberikan kepada hamba-Ku Selah J. Griffin dan Newel Knight, sebagai akibat daripada kedegilan umat-Ku yang berada di Thompson, dan pemberontakan mereka.

7 Kerana itu, biarlah hamba-Ku Newel Knight tetap tinggal bersama mereka; dan seberapa banyak yang hendak pergi boleh pergi, yang menyesal di hadapan-Ku, dan dipimpin olehnya ke tanah yang telah Aku tetapkan.

8 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa hamba-Ku Ezra Thayre mesti bertaubat dari akeangkuhannya dan sifatnya yang mementingkan diri, dan mematuhi perintah yang telah Aku berikan kepadanya sebelum ini berkenaan dengan tempat yang dia tinggal.

9 Dan jika dia akan melakukan ini, kerana tidak akan ada pembahagian yang dibuat ke atas tanah itu, dia masih akan ditetapkan untuk pergi ke negeri Missouri;

10 Jika tidak dia akan menerima wang yang telah dibayarnya, dan harus meninggalkan tempat itu, dan akan adisingkirkan dari gereja-Ku, firman Tuhan Raja Semesta Alam;

11 Dan walaupun langit dan bumi berakhir, firman ini tidak akan aberakhir, tetapi akan digenapi.

12 Dan jika hamba-Ku Joseph Smith Jr., mesti perlu membayar wang itu, lihatlah, Aku, Tuhan, akan membayarkan kepadanya lagi di negeri Missouri, agar mereka yang akan dia terima boleh diberi ganjaran lagi menurut apa yang mereka lakukan;

13 Kerana menurut apa yang mereka lakukan mereka akan menerima, bahkan dengan tanah untuk warisan mereka.

14 Lihatlah, demikianlah firman Tuhan kepada umat-Ku—kamu memiliki banyak hal untuk dilakukan dan untuk bertaubat darinya; kerana lihatlah, dosa-dosamu telah naik kepada-Ku, dan tidak diampuni, kerana kamu berusaha untuk amenasihati dengan caramu sendiri.

15 Dan hatimu tidak puas. Dan kamu tidak mematuhi kebenaran, tetapi menikmati akesenangan dalam ketidaksolehan.

16 Celakalah kamu orang-orang akaya, yang tidak mahu bmemberikan harta kekayaanmu kepada yang cmiskin, kerana dkekayaanmu akan merosakkan jiwamu; dan ini akan menjadi ratapanmu pada hari pengunjungan, dan penghakiman, dan kemarahan: ePenuaian telah berlalu, musim panas telah berakhir, dan jiwaku tidak diselamatkan!

17 Celakalah kamu orang-orang amiskin, yang hatinya tidak hancur, yang rohnya tidak menyesal, dan yang perutnya tidak puas, dan yang tangannya tidak ditahan dari menyambar barang-barang orang lain, yang matanya penuh bketamakan, dan yang tidak mahu bekerja dengan tanganmu sendiri!

18 Tetapi diberkatilah yang amiskin yang suci hatinya, yang hatinya bhancur, dan yang rohnya menyesal, kerana mereka akan melihat ckerajaan Tuhan datang dalam kuasa dan kemuliaan yang besar untuk pembebasan mereka; kerana ketambunan dbumi akan menjadi milik mereka.

19 Kerana lihatlah, Tuhan akan datang, dan aganjaran-Nya akan ada bersama-Nya, dan Dia akan mengganjarkan setiap orang, dan yang miskin akan bersukacita;

20 Dan generasi-generasi mereka akan amewarisi bumi dari generasi ke generasi, selama-lamanya. Dan sekarang Aku mengakhiri berfirman kepadamu. Demikianlah. Amin.