Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 54


Bahagian 54

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Newel Knight, di Kirtland, Ohio, 10 Jun 1831. Para anggota Gereja yang tinggal di Thompson, Ohio, terbahagi di dalam pertanyaan yang berkaitan dengan pembaktian harta-harta. Sifat mementingkan diri dan ketamakan dinyatakan. Setelah pelayanannya kepada Shakers (lihat pengenalan untuk bahagian 49), Leman Copley telah melanggar perjanjiannya untuk membaktikan tanah pertaniannya yang luas sebagai tempat warisan bagi para Orang Suci yang tiba dari Colesville, New York. Sebagai akibatnya, Newel Knight (pemimpin bagi para ahli tinggal di Thompson) dan penatua lain telah datang kepada Nabi menanyakan bagaimana harus menguruskannya. Nabi bertanya kepada Tuhan dan menerima wahyu ini yang perintahkan para ahli di Thompson untuk pergi dari tanah pertanian Leman Copley dan melakukan perjalanan ke Missouri.

1–6, Para Orang Suci mesti mentaati perjanjian Injil untuk memperoleh belas kasihan; 7–10, Mereka mesti bersabar dalam kesengsaraan.

1 Lihatlah, demikianlah firman Tuhan, bahkan aAlfa dan Omega, yang awal dan yang akhir, bahkan Dia yang telah bdisalibkan bagi dosa-dosa dunia—

2 Lihatlah, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, hamba-Ku Newel Knight, kamu haruslah berdiri teguh dalam jabatan yang telah Aku tetapkan padamu.

3 Dan jika saudara-saudaramu berhasrat untuk terlepas daripada musuh-musuh mereka, biarlah mereka bertaubat dari segala dosa mereka, dan menjadi benar-benar arendah hati di hadapan-Ku dan menyesal.

4 Dan disebabkan aperjanjian yang mereka buat kepada-Ku telah dilanggar, demikian juga ia telah menjadi bbatal dan tidak berkuasa.

5 Dan celakalah dia yang daripadanya akesalahan ini datang, kerana adalah lebih baik baginya bahawa dia dibenamkan di kedalaman laut.

6 Tetapi diberkatilah mereka yang telah mentaati perjanjian dan mematuhi perintah, kerana mereka akan mendapat abelas kasihan.

7 Kerana itu, pergilah sekarang dan larikan diri dari tanah itu, agar jangan musuhmu datang ke atas dirimu; dan lakukanlah perjalananmu, dan pilihlah siapa yang kamu kehendaki untuk menjadi pemimpinmu, dan untuk membayar wang bagimu.

8 Dan demikianlah kamu akan melakukan perjalananmu ke wilayah-wilayah di sebelah barat, ke negeri aMissouri, ke persempadanan bangsa Laman.

9 Dan setelah kamu melakukan perjalanan, lihatlah, Aku berfirman kepadamu, carilah kamu amata pencarian seperti orang lain, sehingga Aku menyediakan sebuah tempat bagimu.

10 Dan lagi, abersabarlah dalam kesengsaraan sehingga Aku bdatang; dan, lihatlah, Aku datang dengan cepat, dan ganjaran-Ku ada bersama-Ku, dan mereka yang telah cmencari-Ku sejak dari awal akan menemui distirahat bagi jiwa mereka. Demikianlah. Amin.