Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 5


Bahagian 5

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Harmony, Pennsylvania, Mac 1829, atas permintaan Martin Harris.

1–10, Generasi ini akan menerima firman Tuhan melalui Joseph Smith; 11–18, Tiga orang saksi akan bersaksi tentang Kitab Mormon; 19–20, Firman Tuhan akan terbukti seperti pada zaman sebelumnya; 21–35, Martin Harris boleh bertaubat dan menjadi salah seorang saksi.

1 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, bahawa kerana hamba-Ku aMartin Harris telah menghasratkan sebuah kesaksian daripada tangan-Ku, bahawa kamu, hamba-Ku Joseph Smith Jr., telah memperoleh bkepingan-kepingan yang telah kamu persaksikan dan memberikan kesaksian bahawa kamu telah menerimanya daripada-Ku;

2 Dan sekarang, lihatlah, ini akan kamu katakan kepadanya—Dia yang berfirman kepadamu, berfirman kepadamu: Aku, Tuhan, ialah Raja, dan telah memberikan benda-benda ini kepadamu, hamba-Ku Joseph Smith Jr., dan telah memerintahkanmu agar kamu hendaknya berdiri sebagai seorang asaksi terhadap benda-benda ini;

3 Dan Aku telah menyuruhmu agar kamu hendaknya masuk ke dalam sebuah perjanjian dengan-Ku, agar kamu tidak memperlihatkannya kecuali kepada amereka yang telah Aku perintahkan kepadamu; dan kamu tidak memiliki bkuasa ke atasnya kecuali Aku memberikannya kepadamu.

4 Dan kamu memiliki kurnia untuk menterjemahkan kepingan-kepingan itu; dan inilah kurnia pertama yang Aku berikan ke atas dirimu; dan Aku telah memerintahkan agar kamu seharusnya tidak menuntut kurniaan lain sehingga tujuan-Ku digenapi di dalam hal ini; kerana Aku tidak akan memberi kepadamu kurniaan lain sehinggalah ia selesai.

5 Sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa kecelakaan akan datang kepada penduduk bumi jika mereka atidak akan mendengar firman-Ku;

6 Kerana setelah ini kamu akan aditahbiskan dan pergi dan menyampaikan bfirman-Ku kepada anak-anak manusia.

7 Lihatlah, jika mereka tidak mahu amempercayai firman-Ku, mereka tidak akan mempercayaimu, hamba-Ku Joseph, jika boleh kamu hendaknya memperlihatkan kepada mereka semua benda ini yang telah Aku percayakan kepadamu.

8 Ah, generasi yang atidak percaya dan bdegil ini—kemarahan-Ku menyala terhadap mereka.

9 Lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, Aku telah amenyimpan benda-benda itu yang telah Aku percayakan kepadamu, hamba-Ku Joseph, untuk suatu tujuan yang bijak di dalam Aku, dan ia akan diberitahukan kepada generasi-generasi yang akan datang;

10 Tetapi generasi ini akan memperoleh firman-Ku melalui kamu;

11 Dan sebagai tambahan pada kesaksianmu, akesaksian daripada tiga orang hamba-Ku, yang akan Aku panggil dan tahbiskan, kepada mereka akan Aku perlihatkan benda-benda ini, dan mereka akan pergi dengan firman-Ku yang diberikan melalui kamu.

12 Ya, mereka akan mengetahui dengan suatu kepastian bahawa benda-benda ini adalah benar, kerana dari syurga akan Aku maklumkan ia kepada mereka.

13 Aku akan memberikan mereka kuasa agar mereka boleh melihat dan memandang benda-benda ini seperti adanya;

14 Dan atiada lagi orang yang lain akan Aku berikan kuasa ini, untuk menerima kesaksian yang sama ini di kalangan generasi ini, di dalam ini bermulanya kebangkitan dan kedatangan bgereja-Ku dari padang belantara—terang bagaikan cbulan, dan cerah bagaikan matahari, dan mengagumkan bagaikan sepasukan tentera dengan bendera.

15 Dan kesaksian tiga aorang saksi akan Aku wartakan tentang firman-Ku.

16 Dan lihatlah, barang siapa apercaya pada firman-Ku, mereka akan Aku bkunjungi dengan cpernyataan dRoh-Ku; dan mereka akan edilahirkan daripada-Ku, bahkan dari air dan dari Roh—

17 Dan kamu mesti menunggu untuk seketika, kerana kamu belum lagi aditahbiskan

18 Dan kesaksian mereka juga akan pergi kepada apenghukuman generasi ini jika mereka mengeraskan hati mereka terhadapnya;

19 Kerana apencambukan yang memusnahkan akan pergi di kalangan penduduk bumi, dan akan dicurahkan berterusan dari masa ke semasa, jika mereka btidak bertaubat, sehinggalah bumi ckosong, dan para penduduknya dimakan api dan dihancurkan sepenuhnya oleh kegemilangan dkedatangan-Ku.

20 Lihatlah, aku memberitahu kamu hal-hal ini, bahkan seperti Aku juga amemberitahu orang tentang kehancuran Yerusalem; dan bfirman-Ku akan terbukti pada waktu ini sebagaimana sebelum ini telah terbukti.

21 Dan sekarang Aku memerintahkanmu, hamba-Ku Joseph, untuk bertaubat dan berjalan dengan lebih lurus di hadapan-Ku, dan tidak lagi menyerah pada pujukan manusia;

22 Dan agar kamu teguh dalam amentaati perintah-perintah-Ku seperti yang Aku telah perintahkanmu; dan jika kamu melakukan ini, lihatlah Aku memberimu kehidupan kekal, bahkan jika kamu akan bdibunuh.

23 Dan sekarang, lagi, Aku berfirman kepadamu, hamba-Ku Joseph, mengenai alelaki yang menghasratkan kesaksian itu—

24 Lihatlah, Aku berfirman kepadanya, dia mempermuliakan dirinya dan tidak merendahkan hati dengan secukupnya di hadapan-Ku; tetapi jika dia akan membongkokkan diri di hadapan-Ku, dan merendahkan hatinya dengan doa yang membara dan iman, dengan ketulusan hatinya, maka akan Aku kabulkan kepadanya apemandangan akan benda-benda yang dia hasratkan untuk lihat.

25 Dan kemudian dia akan berkata kepada orang-orang dari generasi ini: Lihatlah, aku telah melihat benda-benda yang telah Tuhan perlihatkan kepada Joseph Smith Jr., dan aku atahu dengan suatu kepastian bahawa ia adalah benar, kerana aku telah melihatnya, kerana ia telah diperlihatkan kepadaku melalui kuasa Tuhan dan bukan daripada manusia.

26 Dan Aku Tuhan memerintah dia, hamba-Ku Martin Harris, bahawa dia tidak akan berkata apa pun yang lebih kepada mereka tentang benda-benda ini, kecuali dia akan mengatakan: Aku telah melihatnya, dan ia telah diperlihatkan kepadaku melalui kuasa Tuhan; dan inilah perkataan yang akan dia katakan.

27 Tetapi jika dia menyangkal ini dia akan melanggar perjanjian yang telah dia janjikan dengan-Ku sebelum ini, dan lihatlah, dia dihukum.

28 Dan sekarang, melainkan dia merendahkan hatinya dan mengakui kepada-Ku perkara yang dia telah lakukan yang adalah salah, dan mengikat perjanjian dengan-Ku bahawa dia akan mentaati perintah-perintah-Ku, dan menjalankan iman kepada-Ku, lihatlah, Aku berfirman kepadanya, dia tidak akan memperoleh pandangan itu, kerana Aku tidak akan mengabulkan kepadanya pandangan tentang benda-benda yang telah Aku firmankan.

29 Dan jika ini keadaannya, Aku memerintahkanmu, hamba-Ku Joseph, agar kamu haruslah mengatakan kepadanya, bahawa dia tidak harus melakukan apa pun lagi, serta menyusahkan-Ku lagi berkenaan hal ini.

30 Dan jika ini keadaannya, lihatlah, Aku berfirman kepadamu Joseph, apabila engkau telah menterjemahkan beberapa halaman lagi engkau hendaknya berhenti untuk suatu tempoh, bahkan sehingga Aku memerintahkan engkau semula; kemudian engkau boleh menterjemah semula.

31 Dan kecuali engkau melakukan ini, lihatlah, engkau tidak akan memiliki kurnia lagi, dan Aku akan mengambil pergi benda-benda yang telah Aku percayakan kepadamu.

32 Dan sekarang, kerana Aku sudah melihat apa yang sedang menanti untuk menghancurkan engkau, ya, Aku sudah melihat bahawa jika hamba-Ku Martin Harris tidak merendahkan hatinya dan menerima kesaksian daripada tangan-Ku, bahawa dia akan jatuh ke dalam pelanggaran;

33 Dan terdapat banyak orang yang sedang menanti untuk amenghancurkan engkau dari atas permukaan bumi ini; dan disebabkan ini, agar riwayat hidupmu dipanjangkan, telah Aku berikan kepadamu perintah-perintah ini.

34 Ya, disebabkan ini Aku telah berfirman: Berhenti, dan jangan menterjemah sehinggalah Aku memerintahkan engkau, dan Aku akan amenyediakan cara yang dengannya engkau boleh menyelesaikan hal-hal yang telah Aku perintahkan kepadamu.

35 Dan jika engkau asetia dalam mentaati perintah-perintah-Ku, engkau akan bdiangkat pada hari terakhir. Amin.