Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 49


Bahagian 49

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Sidney Rigdon, Parley P. Pratt, dan Leman Copley, di Kirtland, Ohio, 7 Mac 1831. Leman Copley telah memeluk Injil tetapi masih berpegang pada beberapa ajaran Shakers (United Society of Believers in Christ’s Second Appearing [Persekutuan Masyarakat Pemercaya terhadap Penampakan Kedua Kristus]), yang mana dia sebelum ini termasuk di dalamnya. Beberapa di antara kepercayaan para penganut Shakers adalah bahawa Kedatangan Kedua Kristus telah terjadi dan bahawa Dia telah muncul di dalam bentuk seorang wanita, Ann Lee. Mereka tidak menganggap pembaptisan dengan air penting. Mereka menolak perkahwinan dan percaya dalam kehidupan tanpa perkahwinan. Beberapa Shakers juga dilarang memakan daging. Sebagai pengantar wahyu ini, sejarah Joseph Smith menyatakan, “Untuk memiliki [suatu] pemahaman yang lebih sempurna tentang perkara ini, saya bertanya kepada Tuhan, dan menerima yang berikut.” Wahyu ini mematahkan sebahagian dari konsep-konsep asas kumpulan Shaker. Saudara-saudara yang telah disebutkan tadi membawa sekeping salinan wahyu itu kepada masyarakat Shaker (berdekatan Cleveland, Ohio) dan membacakannya kepada mereka secara keseluruhan, tetapi ditolak.

1–7, Hari dan jam kedatangan Kristus akan tetap tidak diketahui sehinggalah Dia datang; 8–14, Manusia mesti bertaubat, mempercayai Injil, dan mematuhi tatacara-tatacara untuk memperoleh keselamatan; 15–16, Perkahwinan ditetapkan oleh Tuhan; 17–21, Memakan daging dibenarkan; 22–28, Sion akan tumbuh subur dan bangsa Laman kembang mekar seperti bunga mawar sebelum Kedatangan Kedua.

1 Dengarkanlah firman-Ku, hamba-Ku Sidney, dan Parley, dan Leman; kerana lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa Aku memberi kepadamu sebuah perintah agar kamu harus pergi dan amengkhutbahkan Injil-Ku yang telah kamu terima, bahkan seperti kamu telah menerimanya, kepada para Shakers.

2 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, bahawa mereka berhasrat untuk mengetahui sebahagian kebenaran, tetapi tidak keseluruhannya, kerana mereka tidak soleh adi hadapan-Ku dan mestilah perlu bertaubat.

3 Kerana itu, Aku mengutusmu, hamba-hamba-Ku Sidney dan Parley, untuk mengkhutbahkan Injil kepada mereka.

4 Dan hamba-Ku Leman akan ditahbiskan pada pekerjaan ini, agar dia boleh berbincang dengan mereka, bukan menurut apa yang telah dia terima daripada mereka, tetapi menurut apa yang akan adiajarkan kepadanya olehmu para hamba-Ku; dan dengan melakukan demikian Aku akan memberkatinya, jika tidak dia tidak akan makmur.

5 Demikianlah firman Tuhan; kerana Aku ialah Tuhan, dan telah amengutuskan Putera Tunggal-Ku ke dunia untuk bpenebusan dunia, dan telah menetapkan bahawa dia yang menerima-Nya akan diselamatkan, dan dia yang tidak menerima-Nya akan cdilaknati

6 Dan mereka telah melakukan kepada aPutera Manusia bahkan seperti yang mereka inginkan; dan Dia telah mengambil kuasa-Nya pada sisib tangan kanan ckemuliaan-Nya, dan sekarang memerintah di syurga, dan akan memerintah sehingga Dia turun ke bumi untuk meletakkan semua musuh ddi bawah kaki-Nya, yang mana waktunya sudah di depan mata—

7 Aku, Tuhan Raja, telah memfirmankannya; tetapi jam dan aharinya tidak seorang pun tahu, tidak juga para malaikat di dalam syurga, tidak juga mereka akan tahu sehingga Dia datang.

8 Kerana itu, Aku menghendaki agar semua orang akan bertaubat, kerana semuanya berada di bawah adosa, kecuali mereka yang telah Aku simpankan bagi diri-Ku, para orang bkudus yang tidak kamu ketahui.

9 Kerana itu, Aku berfirman kepadamu bahawa Aku telah menghantarkan kepadamu aperjanjian-Ku yang abadi, bahkan ia yang ada sejak dari awal.

10 Dan apa yang telah Aku janjikan telah Aku genapi, dan abangsa-bangsa di bumi akan btunduk kepadanya; dan, jika tidak tunduk dengan sendirinya, mereka akan direndahkan, kerana apa yang sekarang memuliakan dirinya sendiri akan cdijatuhkan oleh kuasa.

11 Kerana itu, Aku memberi kepadamu sebuah perintah agar kamu apergi ke kalangan orang-orang ini, dan berkata kepada mereka, seperti rasul-Ku pada zaman dahulu, iaitu yang bernama Petrus:

12 Percayalah pada nama Tuhan Yesus, yang telah berada di atas bumi, dan yang akan datang, yang awal dan yang akhir;

13 aBertaubat dan dibaptiskanlah dalam nama Yesus Kristus, menurut perintah kudus, untuk pengampunan dosa-dosa;

14 Dan barang siapa melakukan ini akan menerima akurnia Roh Kudus, melalui perletakan btangan daripada para penatua gereja.

15 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa barang siapa amelarang untuk berkahwin bukanlah ditahbiskan oleh Tuhan, kerana bperkahwinan ditahbiskan oleh Tuhan bagi manusia.

16 Kerana itu, adalah sah bahawa dia mesti mempunyai seorang aisteri, dan mereka berdua akan menjadi bsatu daging, dan semua ini agar cbumi boleh memenuhi tujuan penciptaannya;

17 Dan agar ia boleh dipenuhi dengan jumlah manusia, menurut apenciptaannya bsebelum dunia diciptakan.

18 Dan barang siapa amelarang untuk tidak memakan bdaging, bahawa orang lain tidak harus memakannya juga, bukanlah ditahbiskan oleh Tuhan;

19 Kerana, lihatlah, abinatang-binatang di ladang dan burung di udara, dan semua yang datang dari bumi, ditahbiskan untuk kegunaan manusia untuk makanan dan untuk pakaian, dan agar dia boleh memiliki dengan banyak.

20 Tetapi ia tidaklah diberikan agar satu orang harus amemilikinya melebihi orang lain, kerana itu bdunia berada dalam dosa.

21 Dan celakalah kepada orang yang amenumpahkan darah atau yang membazirkan daging dan tidak memerlukannya.

22 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa Putera Manusia tidak adatang di dalam bentuk seorang wanita, tidak juga seorang lelaki yang mengembara di atas bumi.

23 Kerana itu, janganlah atertipu, tetapi teruslah dalam ketabahan, bmenanti-nantikan langit bergoncang, dan tanah bergegar dan terhuyung-hayang ke sana ke mari seperti orang yang mabuk, danc lembah-lembah ditinggikan, dan dgunung-ganang direndahkan, dan tempat-tempat yang kasar menjadi halus—dan semua ini apabila malaikat akan membunyikan esangkakalanya.

24 Tetapi sebelum hari Tuhan yang besar akan datang, aYakub akan hidup subur di padang belantara, dan bangsa Laman akan bkembang mekar seperti bunga mawar.

25 Sion akan atumbuh subur di atas bbukit-bukit dan bersukacita di atas gunung-ganang, dan akan dihimpun bersama ke tempat yang telah Aku tetapkan.

26 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, pergilah seperti yang telah Aku perintahkan kepadamu; bertaubatlah dari segala dosamu; amintalah dan kamu akan menerima; ketuklah dan akan dibukakan bagimu.

27 Lihatlah, Aku akan pergi di depanmu dan menjadi abarisan belakangmu; dan Aku akan berada di btengahmu, dan kamu tidak akan cditumpaskan.

28 Lihatlah, Aku ialah Yesus Kristus, dan Aku datang dengan acepat. Demikianlah. Amin.