Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 45


Bahagian 45

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Gereja, di Kirtland, Ohio, 7 Mac 1831. Sebagai pengantar catatan ini tentang wahyu ini, sejarah Joseph Smith menyatakan bahawa “pada usia Gereja ini … banyak laporan palsu … dan cerita-cerita bodoh, diterbitkan … dan disebarkan, … untuk mencegah orang-orang itu menyelidiki pekerjaan, atau memeluk agama ini. … Tetapi yang membuat para Orang Suci gembira, … saya telah menerima yang berikut.”

1–5, Kristus ialah pembela kita dengan Bapa; 6–10, Injil adalah utusan untuk menyediakan jalan di hadapan Tuhan; 11–15, Henokh dan saudara-saudaranya diterima oleh Tuhan bagi diri-Nya; 16–23, Kristus mendedahkan tanda-tanda kedatangan-Nya seperti yang diberikan di atas Bukit Zaitun; 24–38, Injil akan dipulihkan, zaman bangsa bukan Israel akan digenapi, dan penyakit-penyakit yang memusnahkan akan meliputi tanah itu; 39–47, Tanda-tanda, keajaiban, dan Kebangkitan akan menyertai Kedatangan Kedua; 48–53, Kristus akan berdiri di atas Bukit Zaitun, bangsa Yahudi akan melihat luka pada tangan dan kaki-Nya; 54–59, Tuhan akan memerintah semasa Zaman Seribu Tahun; 60–62, Nabi diarahkan untuk memulakan penterjemahan Perjanjian Baru, yang mana melaluinya maklumat penting akan diberitahukan; 63–75, Para Orang Suci diperintahkan untuk berkumpul dan membangunkan Yerusalem Baru, iaitu tempat orang-orang dari segala bangsa akan datang.

1 Dengarkanlah, Wahai kamu umat agereja-Ku, kepada siapa bkerajaan telah diberikan; dengarlah kamu dan pasanglah telinga terhadap Dia yang meletakkan landasan bumi ini, yang cmenciptakan langit dan seluruh isinya, dan melalui-Nya segala sesuatu diciptakan yang hidup, dan bergerak, dan yang ada.

2 Dan lagi Aku berfirman, dengarlah suara-Ku, agar jangan akematian akan mendatangimu; pada bjam ketika kamu tidak memikirkannya musim panas akan berlalu, dan cpenuaian telahberakhir, dan jiwamu tidak diselamatkan.

3 Dengarkanlah Dia yang amerupakan pembela dengan Bapa, yang membela perkaramu di hadapan-Nya—

4 Memfirmankan: Bapa, lihatlah apenderitaan dan kematian Dia yang tidak bberdosa, kepada siapa Engkau sangat berkenan; lihatlah darah Putera-Mu yang telah ditumpahkan, darah Dia yang Engkau berikan agar Engkau sendiri dapat cdimuliakan;

5 Kerana itu, Bapa, biarkanlah hidup saudara-saudara-Ku ini yang apercaya pada nama-Ku, agar mereka boleh datang kepada-Ku dan memperoleh bkehidupan abadi.

6 Dengarkanlah, Wahai kamu umat gereja-Ku, dan kamu para penatua dengarkanlah bersama, dan dengarlah suara-Ku sementara ia disebut ahari ini, dan janganlah mengeraskan hatimu;

7 Kerana sesungguhnya Aku berfirman kepadamu bahawa Aku ialah aAlfa dan Omega, yang awal dan yang akhir, cahaya dan kehidupan dunia—suatu bcahaya yang bersinar dalam kegelapan dan kegelapan itu tidak memahaminya.

8 Aku datang kepada umat milik-Ku, dan umat milik-Ku tidak menerima-Ku; tetapi kepada seberapa banyak yang menerima-Ku Aku berikan akuasa untuk melakukan banyak bmukjizat, dan untuk menjadi canak-anak Tuhan; dan bahkan kepada mereka yang dpercaya pada nama-Ku Aku berikan kuasa untuk memperoleh ekehidupan abadi.

9 Dan demikian juga telah Aku hantarkan aperjanjian-Ku yang babadi ke dunia, untuk menjadi cahaya bagi dunia, dan untuk menjadi cpanji bagi umat-Ku, dan bagi dbangsa bukan Israel untuk mencarinya, dan untuk menjadi eutusan di hadapan muka-Ku untuk menyediakan jalan di hadapan Aku.

10 Kerana itu, datanglah kamu padanya, dan dengan dia yang datang Aku akan berbincang dengan manusia seperti pada zaman dahulu, dan Aku akan memperlihatkan kepadamu pemikiran-Ku yang akuat.

11 Kerana itu, dengarkanlah kamu bersama dan biarlah Aku memperlihatkan kepadamu bahkan kebijaksanaan-Ku—kebijaksanaan Dia yang kamu katakan adalah Tuhan aHenokh, dan saudara-saudaranya.

12 Yang telah adipisahkan dari bumi, dan diterima bagi diri-Ku—sebuah bkota yang disimpan sehinggalah suatu hari kesolehan akan datang—suatu hari yang dicari-cari oleh semua orang kudus, dan mereka tidak menemuinya disebabkan kejahatan dan kekejian;

13 Dan mengakui mereka adalah aorang asing dan pengembara di atas bumi;

14 Tetapi mendapatkan sebuah ajanji bahawa mereka akan menemuinya dan melihatnya dalam keadaan daging mereka.

15 Kerana itu, dengarkanlah dan Aku akan berbincang denganmu, dan Aku akan berfirman kepadamu dan bernubuat, seperti kepada manusia pada zaman dahulu.

16 Dan Aku akan memperlihatkannya dengan jelas seperti Aku amemperlihatkannya kepada para pengikut-Ku ketika Aku berdiri di hadapan mereka dalam keadaan daging, dan berfirman kepada mereka, memfirmankan: Kerana kamu telah bertanya kepada-Ku tentang btanda-tanda kedatangan-Ku, pada hari apabila Aku akan datang dalam kemuliaan-Ku di dalam awan-awan di langit, untuk menggenapi janji-janji yang telah Aku buat kepada nenek moyangmu,

17 Kerana kamu telah melihat aketiadaan brohmu daripada tubuhmu yang lama menjadi suatu penawanan, Aku akan memperlihatkan kepadamu bagaimana hari penebusan akan datang, dan juga cpemulihan Israel yang dtercerai-berai.

18 Dan sekarang kamu melihat bait suci ini yang ada di Yerusalem, yang kamu sebut rumah Tuhan, dan musuh-musuhmu mengatakan bahawa rumah ini tidak akan pernah roboh.

19 Tetapi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa kemusnahan akan datang ke atas generasi ini bagaikan pencuri pada malam hari, dan umat ini akan dihancurkan dan dicerai-beraikan ke kalangan segala bangsa.

20 Dan bait suci ini yang kamu lihat sekarang akan diruntuhkan sehingga tidak akan ada yang tertinggal seketul batu pun di atas yang lain.

21 Dan akan terjadi, bahawa generasi bangsa Yahudi ini tidak akan mati sehinggalah setiap kemusnahan yang telah Aku beritahukan kepadamu tentang mereka akan terjadi.

22 Kamu mengatakan bahawa kamu tahu bahawa apengakhiran dunia akan datang; kamu mengatakan juga bahawa kamu tahu bahawa langit dan bumi akan berakhir;

23 Dan dalam ini kamu mengatakan dengan benar, kerana begitulah demikiannya; tetapi hal-hal ini yang telah Aku beritahukan kepadamu tidak akan berakhir sehingga semuanya akan digenapi.

24 Dan ini telah Aku beritahukan kepadamu tentang Yerusalem; dan apabila hari itu akan datang, keturunan yang selebihnya akan adicerai-beraikan di kalangan segala bangsa;

25 Tetapi mereka akan adikumpulkan lagi; tetapi mereka akan tetap tinggal sehingga zaman bbangsa bukan Israel digenapi.

26 Dan pada ahari itu akan terdengar tentang bpeperangan dan desas-desus berkenaan peperangan, dan seluruh bumi akan berada dalam huru-hara, dan hati manusia akan ckecut, dan mereka akan mengatakan bahawa Kristus dmenunda kedatangan-Nya sehingga pengakhiran bumi.

27 Dan kasih akan menjadi dingin, dan kederhakaan akan berlimpah ruah.

28 Dan apabila zaman abangsa bukan Israel telah datang, suatu bcahaya akan menembusi di kalangan mereka yang duduk dalam kegelapan, dan ia adalah kegenapan Injil-Ku;

29 Tetapi mereka tidak amenerimanya; kerana mereka tidak mengenali cahaya itu, dan mereka bmemalingkan hati mereka daripada-Ku disebabkan cajaran-ajaran manusia.

30 Dan dalam generasi itu zaman bangsa bukan Israel akan digenapi.

31 Dan akan ada manusia yang berdiri dalam generasi itu, yang tidak akan mati sehinggalah mereka akan melihat apencambukan yang meluap; kerana penyakit yang memusnahkan akan menutupi tanah itu.

32 Tetapi para pengikut-Ku akan aberdiri di tempat-tempat kudus, dan tidak akan digerakkan; tetapi di kalangan yang jahat, manusia akan mengangkat suara mereka dan bmengutuk Tuhan dan mati.

33 Dan akan ada agempa bumi juga di merata-rata tempat, dan banyak kemusnahan; namun manusia akan mengeraskan hati mereka terhadap-Ku, dan mereka akan mengambil bpedang, melawan satu sama lain, dan mereka akan saling membunuh.

34 Dan sekarang, apabila Aku Tuhan telah memfirmankan firman ini kepada para murid-Ku, mereka berasa susah hati.

35 Dan Aku berfirman kepada mereka: Janganlah asusah hati, kerana, apabila segala hal ini akan terjadi, kamu boleh mengetahui bahawa janji-janji yang telah dibuat kepadamu akan digenapi.

36 Dan apabila cahaya akan mula menembusi, ia akan terjadi kepada mereka seperti sebuah perumpamaan yang akan Aku tunjukkan kepadamu—

37 Kamu memandang, dan melihat apokok-pokok ara, dan kamu menyaksikannya dengan matamu, dan kamu mengatakan apabila ia mula bertunas, dan daun-daunnya masih muda, musim panas sekarang sudah di depan mata;

38 Demikianlah pula akan terjadi pada hari itu apabila mereka akan menyaksikan hal-hal ini, kemudian mereka akan tahu bahawa jamya sudah dekat.

39 Dan akan terjadlahi bahawa dia yang atakut kepada-Ku akan bmenanti-nantikan chari Tuhan yang besar itu datang, bahkan dtanda-tanda kedatangan ePutera Manusia.

40 Dan mereka akan melihat tanda-tanda dan keajaiban, kerana ia akan diperlihatkan di langit di atas, dan di bumi di bawah.

41 Dan mereka akan melihat darah, dan aapi, dan kabut asap.

42 Dan sebelum hari Tuhan itu akan datang, amatahari akan digelapkan, dan bulan akan diubah menjadi darah, dan bintang-bintang akan jatuh dari langit.

43 Dan keturunan yang selebihnya itu akan dikumpulkan ke tempat ini;

44 Dan kemudian mereka akan mencari-Ku, dan, lihatlah, Aku akan datang; dan mereka akan melihat-Ku dalam awan di langit, berbalutkan kuasa dan akemuliaan yang besar; dengan semua malaikat kudus; dan dia yang tidak bmenanti-nantikan-Ku akan disingkirkan.

45 Tetapi sebelum lengan Tuhan akan jatuh, seorang malaikat akan membunyikan asangkakalanya, dan para orang suci yang telah tidur akan bdatang menemui-Ku di dalam cawan.

46 Kerana itu, jika kamu telah tidur dalam akedamaian diberkatilah kamu; kerana sebagaimana kamu sekarang melihat-Ku dan mengetahui bahawa Aku ada, demikian pula kamu akan bdatang kepada-Ku dan jiwamu akan chidup, dan penebusanmu akan disempurnakan; dan para orang suci akan datang dari keempat-empat penjuru bumi.

47 Kemudian alengan Tuhan akan jatuh ke atas bangsa-bangsa itu.

48 Dan kemudian Tuhan akan meletakkan kaki-Nya di atas agunung ini, dan ia akan terbelah menjadi dua, bumi akan bbergegar, dan terhuyung-huyung ke sana ke mari, dan langit juga cakan bergoncang.

49 Dan Tuhan akan menyuarakan suara-Nya, dan segenap hujung bumi akan mendengarnya; dan bangsa-bangsa di bumi akan aberduka, dan mereka yang telah mentertawakan akan melihat kebodohan mereka.

50 Dan malapetaka akan menutupi pengejek, dan pencemuh akan dilalap api; dan mereka yang telah berjaga-jaga bagi kederhakaan akan ditebang dan dilemparkan ke dalam api.

51 Dan kemudian abangsa Yahudi akan bmemandang kepada-Ku dan berkata: Apakah luka-luka yang ada pada tangan-Mu dan pada kaki-Mu ini?

52 Kemudian mereka akan tahu bahawa Aku ialah Tuhan; kerana Aku akan berfirman kepada mereka: Luka ini adalah luka yang mana dengannya Aku adilukai di rumah teman-teman-Ku. Aku ialah Dia yang telah diangkat. Aku ialah Yesus yang telah bdisalibkan. Aku ialah Putera Tuhan.

53 Dan kemudian mereka akan amenangis kerana kederhakaan mereka; kemudian mereka akan meratap kerana mereka menganiaya braja mereka.

54 Dan kemudian bangsa-bangsa akafir akan ditebus, dan mereka yang tidak mengetahui apa-apa hukum akan memperoleh bahagian di dalam bkebangkitan yang pertama; dan ia akan clebih senang ditanggung oleh mereka.

55 Dan aSetan akan bdiikat, sehingga dia tidak akan memiliki tempat dalam hati anak-anak manusia.

56 Dan pada ahari itu, apabila Aku akan datang dalam kemuliaan-Ku, perumpamaan itu akan digenapi yang mana Aku telah firmankan tentang sepuluh borang gadis.

57 Kerana mereka yang bijak dan telah menerima akebenaran, dan telah mengambil Roh Kudus untuk bpembimbing mereka, dan tidak cterpedaya—sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, mereka tidak akan ditebang dan dilemparkan ke dalam dapi, tetapi akan bertahan pada hari itu.

58 Dan abumi akan diberikan kepada mereka untuk bdiwarisi; dan mereka akan beranak cucu dan menjadi kuat, dan anak-anak mereka akan cmembesar tanpa dosa pada dkeselamatan.

59 Kerana Tuhan akan berada di atengah-tengah mereka, dan kemuliaan-Nya akan berada di atas diri mereka, dan Dia akan menjadi raja mereka dan bpemberi hukum mereka.

60 Dan sekarang, lihatlah, Aku berfirman kepadamu, tidak akan diberikan kepadamu untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bab ini, sehinggalah aPerjanjian Baru diterjemahkan, dan di dalamnya segala hal ini akan diberitahukan;

61 Kerana itu Aku memberikan kepadamu bahawa sekarang kamu boleh menterjemahkannya, agar kamu boleh dipersiapkan untuk hal-hal yang akan datang.

62 Kerana sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa hal-hal yang besar menunggumu;

63 Kamu mendengar tentang apeperangan di negeri-negeri asing; tetapi, lihatlah, Aku berfirman kepadamu, ia sudah dekat, bahkan di pintumu, dan tidak sampai bertahun-tahun lamanya selepas ini kamu akan mendengar tentang peperangan di negeri-negerimu sendiri.

64 Kerana itu Aku, Tuhan, telah berfirman, berkumpullah kamu keluar dari negeri-negeri sebelah atimur, berhimpunlah kamu bersama para penatua gereja-Ku; pergilah kamu ke negara-negara sebelah barat, serulah kepada para penduduknya untuk bertaubat, dan sejauh mana mereka bertaubat, bangunkanlah jemaah-jemaah gereja bagi-Ku.

65 Dan dengan satu hati dan dengan satu fikiran, kumpulkanlah kekayaanmu agar kamu boleh amembeli suatu warisan yang selepas ini akan ditetapkan bagimu.

66 Dan ia akan dipanggil aYerusalem Baru, bnegeri ckedamaian, kota untuk dperlindungan, tempat untuk keselamatan bagi para orang suci Tuhan Yang Maha Tinggi;

67 Dan akemuliaan Tuhan akan berada di sana, dan ketakutan kepada Tuhan juga akan berada di sana, sedemikian rupa sehingga yang jahat tidak akan datang kepadanya, dan ia akan disebut Sion.

68 Dan akan terjadilah di kalangan yang jahat, bahawa setiap orang yang tidak akan mengambil pedangnya untuk melawan sesamanya mestilah perlu melarikan diri ke Sion untuk keselamatan.

69 Dan akan adikumpulkan padanya dari setiap bangsa di kolong langit; dan ia akan menjadi satu-satunya umat yang tidak akan saling berperang.

70 Dan akan dikatakan di kalangan yang jahat: Janganlah kita pergi untuk bertempur melawan Sion, kerana penduduk Sion menakutkan; kerana itu kita tidak dapat bertahan.

71 Dan akan terjadilah bahawa yang soleh akan dikumpulkan keluar dari kalangan segala bangsa, dan akan datang ke Sion, bernyanyi dengan nyanyian kebahagiaan yang abadi.

72 Dan sekarang Aku berfirman kepadamu, jagalah hal-hal ini dari tersebar luas kepada dunia sehinggalah ianya perlu bagi-Ku, agar kamu boleh menyelesaikan pekerjaan ini di mata umat ini, dan di mata musuh-musuhmu, agar mereka tidak dapat mengetahui pekerjaanmu sehingga kamu telah menyelesaikan apa yang telah Aku perintahkan kepadamu;

73 Agar apabila mereka akan mengetahuinya, mereka boleh mempertimbangkan hal-hal ini.

74 Kerana apabila Tuhan akan muncul Dia akan amenakutkan bagi mereka, agar ketakutan itu boleh mencengkam mereka, dan mereka akan berdiri jauh dan gementar.

75 Dan segala bangsa akan takut kerana ketakutan kepada Tuhan, dan kuasa daya-Nya. Demikianlah. Amin.