Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 35


Bahagian 35

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith dan Sidney Rigdon, di atau berdekatan Fayette, New York, 7 Disember 1830. Pada waktu ini, Nabi terlibat hampir setiap hari dalam membuat penterjemahan Alkitab. Terjemahan itu dimulakan bahkan sejak Jun 1830, dan kedua-dua Oliver Cowdery dan John Whitmer telah melayani sebagai jurutulis. Disebabkan mereka sekarang telah dipanggil pada kewajipan lain, Sidney Rigdon dipanggil melalui pelantikkan ilahi untuk melayani sebagai jurutulis Nabi dalam pekerjaan ini (lihat ayat 20). Sebagai kata pengantar tentang catatannya akan wahyu ini, sejarah Joseph Smith menyatakan: “Pada bulan Disember Sidney Rigdon datang [dari Ohio] untuk bertanya kepada Tuhan, dan bersamanya datanglah Edward Partridge. … Tidak lama selepas ketibaan dua saudara ini, demikianlah firman Tuhan.”

1–2, Bagaimana manusia boleh menjadi anak-anak Tuhan; 3–7, Sidney Rigdon dipanggil untuk membaptis dan untuk menganugerahkan Roh Kudus; 8–12, Tanda-tanda dan mukjizat dikerjakan melalui iman; 13–16, Para hamba Tuhan akan membanting bangsa-bangsa melalui kuasa Roh; 17–19, Joseph Smith memegang kunci-kunci misteri; 20–21, Umat pilihan akan bertahan pada hari kedatangan Tuhan; 22–27, Israel akan diselamatkan.

1 Dengarkanlah suara aTuhan Rajamu, bahkan bAlfa dan Omega, permulaan dan pengakhiran, yang cjalan-Nya adalah satu kitaran abadi, yang dsama hari ini seperti kelmarin, dan selamanya.

2 Aku ialah Yesus Kristus, Putera Tuhan, yang telah adisalibkan bagi dosa-dosa dunia, bahkan seberapa banyak yang akan bpercaya pada nama-Ku, agar mereka boleh menjadi canak-anak Tuhan, bahkan dsatu di dalam Aku seperti Aku adalah esatu di dalam Bapa, seperti Bapa adalah satu di dalam Aku, agar kita boleh menjadi satu.

3 Lihatlah, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepada hamba-Ku Sidney, Aku telah melihat engkau dan pekerjaanmu. Aku telah mendengar doa-doamu, dan menyediakan engkau untuk sebuah pekerjaan yang lebih besar.

4 Engkau diberkati, kerana engkau akan melakukan hal-hal yang besar. Lihatlah engkau diutus, bahkan seperti aYohanes, untuk menyediakan jalan di hadapan-Ku, dan sebelum bElia yang akan datang, dan engkau tak mengetahuinya.

5 Engkau telah membaptis dengan air untuk pertaubatan, tetapi mereka atidak menerima Roh Kudus;

6 Tetapi sekarang Aku memberi kepadamu sebuah perintah, agar engkau haruslah amembaptis dengan air, dan mereka akan menerima bRoh Kudus melalui perletakan ctangan, bahkan seperti para rasul zaman dahulu.

7 Dan akan terjadi bahawa akan ada sebuah pekerjaan yang besar di tanah ini, bahkan di kalangan abangsa bukan Israel, kerana kebodohan mereka dan kekejian mereka akan dinyatakan di mata semua orang.

8 Kerana Aku ialah Tuhan, dan lengan-Ku tidak adipendekkan; dan Aku akan memperlihatkan bmukjizat, ctanda-tanda, dan keajaiban, kepada mereka semua yang dpercaya pada nama-Ku.

9 Dan barang siapa akan memintanya dalam nama-Ku dalam aiman, mereka akan bmengusir ciblis; mereka akan dmenyembuhkan yang sakit; mereka akan menyebabkan yang buta mendapat penglihatan mereka, dan yang tuli mendengar, dan yang bisu berbicara, dan yang lumpuh berjalan.

10 Dan waktunya akan segera tiba bahawa hal-hal yang besar akan ditunjukkan kepada anak-anak manusia;

11 Tetapi atanpa iman tiada apa pun akan ditunjukkan kecuali bkemusnahan ke atas cBabilon, yang sama yang telah membuatkan segala bangsa meminum wain kemurkaan dari dkekejian dosanya.

12 Dan atak seorang pun melakukan kebaikan kecuali mereka yang sedia menerima kegenapan Injil-Ku, yang telah Aku hantarkan kepada generasi ini.

13 Kerana itu, Aku memanggil mereka yang alemah dari dunia ini, mereka yang btidak terpelajar dan yang dikeji, untuk membanting bangsa-bangsa dengan kuasa Roh-Ku;

14 Dan lengan mereka akan menjadi lengan-Ku, dan Aku akan menjadi aperisai mereka dan perisai kecil mereka; dan Aku akan menyediakan diri mereka, dan mereka akan berperang dengan beraninya bagi-Ku; dan bmusuh mereka akan berada di bawah kaki mereka; dan Aku akan membiarkan pedang itu cjatuh demi kepentingan mereka, dan dengan dapi kemarahan-Ku akan Aku akan melindungi mereka.

15 Dan yang amiskin dan yang blembut hati akan mendapatkan Injil dikhutbahkan kepada mereka, dan mereka akan cmenanti-nantikan waktu kedatangan-Ku, kerana ia sudah ddi depan mata

16 Dan mereka akan mempelajari perumpamaan tentang apokok ara, kerana bahkan sekarang musim panas telah dekat.

17 Dan Aku telah menghantarkan akegenapan Injil-Ku melalui tangan hamba-Ku bJoseph; dan dalam kelemahannya telah Aku berkati dia;

18 Dan Aku telah memberi kepadanya akunci-kunci misteri tentang hal-hal yang telah bdimeteraikan itu, bahkan hal yang ada sejak cpengasasan dunia, dan hal yang akan datang sejak dari waktu ini sehingga waktu kedatangan-Ku, jika dia tinggal di dalam Aku, dan jika tidak, seorang yang lain akan Aku tempatkan sebagai penggantinya.

19 Kerana itu, jagalah dia agar imannya tidak gagal, dan ia akan diberikan oleh aPenghibur, bRoh Kudus, yang mengetahui segala sesuatu.

20 Dan sebuah perintah Aku berikan kepadamu—agar engkau haruslah amenulis untuknya; dan tulisan suci akan diberikan, bahkan seperti yang ada di dada-Ku sendiri, untuk keselamatan bumat pilihan milik-Ku.

21 Kerana mereka akan mendengar asuara-Ku, dan akan melihat-Ku, dan tidak akan tertidur, dan akan bbertahan pada hari ckedatangan-Ku; kerana mereka akan disucikan, bahkan seperti Aku adalah dsuci.

22 Dan sekarang Aku berfirman akepadamu, tinggallah bersamanya, dan dia akan melakukan perjalanan bersamamu; janganlah meninggalkannya, dan hal-hal ini pasti akan digenapi.

23 Dan asejauh mana kamu tidak menulis, lihatlah, akan diberikan kepadanya untuk bernubuat; dan engkau akan mengkhutbahkan Injil-Ku dan merujuk kepada bpara nabi kudus untuk membuktikan perkataannya, seperti yang akan diberikan kepadanya.

24 aTaatilah semua perintah dan perjanjian yang mana kamu telah terikat padanya; dan Aku akan menyebabkan langit bbergoncang demi kebaikanmu, dan cSetan akan gementar dan Sion akan dbersukacita di atas bukit-bukit dan tumbuh subur;

25 Dan aIsrael akan bdiselamatkan pada waktu-Ku sendiri yang tepat; dan melalui ckunci-kunci yang telah Aku berikan mereka akan dipimpin, dan tidak lagi dikelirukan sama sekali.

26 Angkat hatimu dan bergembiralah, apenebusanmu semakin dekat.

27 Janganlah takut, kawanan kecil, akerajaan adalah milikmu sehingga Aku datang. Lihatlah, Aku bdatang dengan cepat. Demikianlah. Amin.