Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 33


Bahagian 33

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Ezra Thayre dan Northrop Sweet, di Fayette, New York, Oktober 1830. Dalam pengenalan wahyu ini, sejarah Joseph Smith menegaskan bahawa “Tuhan … sentiasa bersedia untuk mengarahkan mereka yang tekun mencari dalam iman.”

1–4, Para pekerja dipanggil untuk memaklumkan Injil pada jam yang kesebelas; 5–6, Gereja ditubuhkan, dan orang-orang pilihan akan dikumpulkan; 7–10, Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga di depan mata; 11–15, Gereja dibangunkan di atas batu Injil; 16–18, Bersedialah untuk kedatangan Pengantin Lelaki.

1 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, hamba-Ku Ezra dan Northrop, bukalah telinga kamu dan dengarlah suara Tuhan Rajamu, yang mana afirman-Nya hidup dan penuh kuasa, lebih tajam daripada sebilah pedang bermata dua, untuk pembelahan tulang sendi dan sumsum, jiwa dan roh; dan adalah yang mengetahui pemikiran dan bmaksud hati.

2 Kerana sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu bahawa kamu dipanggil untuk mengangkat suaramu bagaikan abunyi sangkakala, untuk memaklumkan Injil-Ku kepada suatu generasi yang berputar belit dan suka membantah.

3 Kerana lihatlah, aladang telah memutih sedia dituai; dan inilah jam yang bkesebelas, dan cmasa yang terakhir Aku akan memanggil para pekerja ke dalam ladang anggur-Ku.

4 Dan aladang anggur-Ku telah menjadi brosak bahkan setiap bahagian yang kecil pun; dan tidak ada yang cbaik kecuali beberapa sahaja; dan mereka dkeliru dalam banyak hal kerana epenipuan imam, semuanya memiliki fikiran yang rosak.

5 Dan sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa agereja ini telah Aku btubuhkan dan dikeluarkan dari padang belantara.

6 Dan demikian juga Aku akan amengumpulkan umat pilihan-Ku dari bkeempat-empat penjuru bumi, bahkan seberapa banyak yang akan percaya kepada-Ku, dan mendengar suara-Ku.

7 Ya, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa ladang telah memutih sedia dituai; kerana itu, hayunkanlah sabitmu, dan tuailah dengan segenap daya, fikiran, dan kekuatanmu.

8 aBukalah mulut-mulutmu dan ia akan dipenuhi, dan kamu akan menjadi bahkan seperti bNefi dahulu kala, yang melakukan perjalanan dari Yerusalem di padang belantara.

9 Ya, bukalah mulut-mulutmu dan janganlah menahan diri, dan kamu akan disarati dengan aberkas-berkas gandum di belakangmu, kerana lihatlah, Aku bersamamu.

10 Ya, bukalah mulut-mulutmu dan ia akan dipenuhi, mengatakan: aBertaubatlah, bertaubatlah, dan kamu sediakanlah jalan Tuhan, dan jadikanlah jalan-Nya lurus; kerana kerajaan syurga di depan mata;

11 Ya, bertaubat dan adibaptiskanlah, setiap orang daripada kamu, untuk pengampunan dosa-dosamu; ya, dibaptiskanlah bahkan dengan air, dan kemudian datanglah pembaptisan dengan api dan dengan Roh Kudus.

12 Lihatlah, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, inilah aInjil-Ku; dan ingatlah bahawa mereka harus menunjukkan iman kepada-Ku atau mereka tidak akan sekali-kali dapat diselamatkan;

13 Dan di atas abatu ini Aku akan membangunkan gereja-Ku; ya, di atas batu ini kamu dibangunkan, dan jika kamu meneruskan, bpintu-pintu gerbang neraka tidak akan berjaya melawanmu.

14 Dan kamu haruslah mengingati afasal-fasal dan perjanjian gereja untuk mentaatinya.

15 Dan barang siapa menunjukkan iman kamu haruslah amenetapkannya di dalam gereja-Ku, melalui perletakan btangan, dan Aku akan memberikan ckurnia Roh Kudus ke atas diri mereka.

16 Dan Kitab Mormon dan atulisan suci yang kudus diberikan oleh-Ku untuk barahanmu; dan kuasa Roh-Ku cmenghidupkan segala sesuatu.

17 Kerana itu, setialah, berdoalah selalu, memastikan pelitamu yang dijaga dan menyala, dan minyak bersamamu, agar kamu boleh bersedia semasa kedatangan aPengantin Lelaki

18 Kerana lihatlah, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa Aku adatang dengan cepat. Demikianlah. Amin.