Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 32


Bahagian 32

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Parley P. Pratt dan Ziba Peterson, di Manchester, New York, awal Oktober 1830. Minat dan hasrat yang besar dirasakan oleh para penatua terhadap bangsa Laman, yang mana berkat-berkat mereka yang telah diramalkan telah diketahui oleh Gereja dari Kitab Mormon. Sebagai akibatnya, permohonan dibuat agar Tuhan mahu menyatakan kehendak-Nya sama ada para penatua harus diutus pada waktu itu kepada suku-suku Kaum Asli Amerika di Barat. Wahyu ini diberikan.

1–3, Parley P. Pratt dan Ziba Peterson dipanggil untuk berkhutbah kepada bangsa Laman dan untuk menyertai Oliver Cowdery dan Peter Whitmer Jr.; 4–5, Mereka mesti berdoa untuk suatu pemahaman akan tulisan suci.

1 Dan sekarang berkenaan dengan hamba-Ku aParley P. Pratt, lihatlah, Aku berfirman kepadanya bahawa seperti mana Aku hidup Aku menghendaki agar dia haruslah memaklumkan Injil-Ku dan bbelajar daripada-Ku, dan menjadi lembut dan rendah hati.

2 Dan apa yang telah Aku tetapkan kepadanya adalah bahawa dia haruslah apergi bersama hamba-hamba-Ku, Oliver Cowdery dan Peter Whitmer, Jr., ke padang belantara di kalangan bbangsa Laman.

3 Dan aZiba Peterson juga haruslah pergi bersama mereka; dan Aku sendiri akan pergi bersama mereka dan berada di btengah-tengah mereka; dan Aku ialah cpembela mereka dengan Bapa, dan tidak ada yang akan berjaya melawan mereka.

4 Dan mereka haruslah amengendahkan apa yang telah ditulis, dan tidak mengakui bwahyu lain; dan mereka haruslah berdoa selalu agar Aku boleh cmembukakan yang sama pada dpemahaman mereka.

5 Dan mereka haruslah mengendahkan firman ini dan jangan mempermainkannya, dan Aku akan memberkati mereka. Amin.