Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 30


Bahagian 30

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada David Whitmer, Peter Whitmer Jr., dan John Whitmer, di Fayette, New York, September 1830, mengikut persidangan tiga hari di Fayette, tetapi sebelum para penatua Gereja berpisah. Pada asalnya bahan ini diterbitkan sebagai tiga buah wahyu; ia digabungkan ke dalam satu bahagian oleh Nabi untuk Ajaran dan Perjanjian edisi 1835.

1–4, David Whitmer ditegur kerana gagal melayani dengan tekun; 5–8, Peter Whitmer Jr. akan menyertai Oliver Cowdery dalam sebuah misi kepada bangsa Laman; 9–11, John Whitmer dipanggil untuk mengkhutbahkan Injil.

1 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, aDavid, bahawa kamu btakut kepada manusia dan tidak cbersandar kepada-Ku untuk kekuatan sebagaimana yang seharusnya kamu lakukan.

2 Tetapi fikiranmu berada pada hal-hal dari abumi lebih daripada hal tentang Aku, Penciptamu, dan pada pelayanan yang kamu telah dipanggil; dan kamu tidak mengendahkan Roh-Ku, dan kepada mereka yang ditempatkan ke atas dirimu, tetapi telah dipujuk oleh mereka yang tidak Aku perintahkan.

3 Kerana itu, kamu ditinggalkan untuk bertanya bagi dirimu daripada tangan-Ku, dan amerenungkan tentang hal-hal yang telah kamu terima.

4 Dan tempat tinggalmu adalah di rumah ayahmu, sehinggalah Aku memberi kepadamu perintah-perintah yang selanjutnya. Dan kamu haruslah melaksanakan apelayanan di dalam gereja, dan di hadapan dunia, dan di kawasan-kawasan sekitarnya. Amin.

5 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, aPeter, bahawa kamu haruslah melakukan bperjalananmu bersama saudaramu Oliver; kerana cwaktunya telah tiba bahawa Aku merasakan sesuai bahawa kamu haruslah membuka mulutmu untuk memaklumkan Injil-Ku; oleh kerana itu, janganlah takut, tetapi dendahkanlah perkataan dan nasihat saudaramu, yang akan dia berikan kepadamu.

6 Dan sengsaralah kamu dalam segala kesengsaraannya, sentiasa mengangkat hatimu kepada-Ku dalam doa dan iman, bagi pembebasan dia dan kamu; kerana Aku telah memberikan kepadanya kuasa untuk membangunkan agereja-Ku di kalangan bbangsa Laman;

7 Dan tiada seorang pun telah Aku lantik untuk menjadi penasihat akepadanya di dalam gereja, tentang masalah-masalah gereja, melainkan saudaranya, Joseph Smith Jr.

8 Kerana itu, endahkanlah hal-hal ini dan tekunlah dalam mentaati perintah-perintah-Ku, dan kamu akan diberkati menuju kehidupan abadi. Amin.

9 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, hamba-Ku John, bahawa engkau harus bermula sejak dari saat ini untuk amemaklumkan Injil-Ku, bagaikan dengan bbunyi sangkakala.

10 Dan pekerjaanmu haruslah berada di kediaman saudaramu Philip Burroughs, dan di kawasan sekitarnya, ya, di mana pun kamu dapat didengari, sehinggalah Aku memerintahkanmu untuk pergi dari tempat ini.

11 Dan seluruh pekerjaanmu akan berada di Sion, dengan segenap jiwamu, sejak dari sekarang; ya, kamu haruslah sentiasa membuka mulutmu dalam tujuan-Ku, tidak atakut terhadap apa yang bmanusia dapat lakukan, kerana Aku cbersamamu. Amin.