Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 3


Bahagian 3

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith, di Harmony, Pennsylvania, Julai 1828, berkaitan dengan kehilangan 116 halaman naskah yang diterjemahkan dari bahagian pertama Kitab Mormon, yang disebut kitab Lehi. Nabi keberatan untuk membenarkan halaman-halaman ini untuk dilepaskan dari jagaannya ke dalam jagaan Martin Harris, yang telah berkhidmat untuk tempoh yang singkat sebagai jurutulis dalam penterjemahan Kitab Mormon. Wahyu ini diberikan melalui Urim dan Tumim. (Lihat bahagian 10.)

1–4, Jalan Tuhan adalah satu kitaran abadi; 5–15, Joseph Smith mesti bertaubat atau kehilangan kurnia untuk menterjemah; 16–20, Kitab Mormon tampil untuk menyelamatkan benih keturunan Lehi.

1 aPekerjaan, dan rancangan, dan tujuan-tujuan Tuhan tidak dapat digagalkan, tidak juga ia dapat disia-siakan.

2 Kerana aTuhan tidak berjalan di jalan yang berliku-liku, tidak juga Dia belok ke kanan mahupun ke kiri, tidak juga Dia berubah dari apa yang telah Dia firmankan, oleh kerana itu jalan-Nya adalah lurus, dan bjalan-Nya adalah satu kitaran abadi.

3 Ingatlah, ingatlah bahawa bukanlah apekerjaan Tuhan yang digagalkan, tetapi pekerjaan manusia;

4 Kerana walaupun seorang manusia boleh memperoleh banyak wahyu, dan memiliki kuasa untuk melakukan banyak pekerjaan yang hebat, namun jika dia abermegah-megah akan kekuatannya sendiri, dan memperlecehkan bnasihat-nasihat Tuhan, dan mengikuti ketentuan dari kehendak dan hasrat cbadaniahnya sendiri, dia mesti jatuh dan mendatangkan dpembalasan daripada seorang Tuhan yang adil ke atas dirinya.

5 Lihatlah, kamu telah dipercayai dengan hal-hal ini, tetapi betapa ketatnya perintah-perintahmu; dan ingatlah juga janji-janji yang dibuat kepadamu, sekiranya kamu tidak melanggarnya.

6 Dan lihatlah, betapa seringnya kamu telah amelanggar perintah-perintah dan hukum Tuhan, dan telah meneruskan dalam bpujukan manusia.

7 Kerana, lihatlah, kamu seharusnya tidak atakut kepada manusia lebih daripada Tuhan. Walaupun manusia memperlecehkan nasihat-nasihat Tuhan, dan bmengeji firman-Nya—

8 Namun kamu seharusnya setia; dan Dia akan menghulurkan lengan-Nya dan mendukungmu melawan semua apanah berapi bmusuh; dan Dia akan bersertamu dalam setiap waktu ckesusahan.

9 Lihatlah, engkau adalah Joseph, dan engkau dipilih untuk melakukan pekerjaan Tuhan, tetapi kerana pelanggaran, jika engkau tidak menyedarinya engkau akan jatuh.

10 Tetapi ingatlah, Tuhan penuh belas kasihan; oleh kerana itu, bertaubatlah terhadap apa yang telah engkau lakukan yang bertentangan dengan perintah yang Aku berikan kepadamu, dan engkau masih terpilih, dan dipanggil kembali untuk pekerjaan itu;

11 Kecuali engkau melakukan ini, engkau akan ditinggalkan dan menjadi seperti orang biasa, dan tidak lagi memiliki kurnia.

12 Dan apabila engkau menyerahkan apa yang telah Tuhan berikan kepadamu penglihatan dan kuasa untuk amenterjemahkan, engkau menyerahkan hal yang kudus ke dalam tangan borang yang jahat,

13 Yang telah memperlecehkan nasihat-nasihat Tuhan, dan telah melanggar janji-janji paling kudus yang dibuat di hadapan Tuhan, dan telah bergantung pada pertimbangannya sendiri dan abermegah-megah akan kebijaksanaannya sendiri.

14 Dan inilah sebabnya engkau telah kehilangan hak istimewamu untuk suatu tempoh—

15 Kerana engkau telah membiarkan nasihat apengarahmu dipijak-pijak sejak dari awal.

16 Walaupun demikian, pekerjaan-Ku akan menyebar luas, kerana selagi pengetahuan tentang seorang aJuruselamat telah datang ke dunia, melalui bkesaksian bangsa Yahudi, demikian juga cpengetahuan tentang seorang Juruselamat akan datang kepada para umat-Ku—

17 Dan kepada abangsa Nefi, dan bangsa Yakub, dan bangsa Yusuf, dan bangsa Zoram, melalui kesaksian nenek moyang mereka—

18 Dan akesaksian ini akan datang pada pengetahuan tentang bbangsa Laman, dan bangsa Lemuel, dan bangsa Ismael, yang cmerosot dalam ketidakpercayaan kerana kederhakaan nenek moyang mereka, yang telah Tuhan biarkan untuk dmenghancurkan saudara-saudara mereka bangsa Nefi, kerana kederhakaan mereka dan kekejian mereka.

19 Dan untuk atujuan khusus ini bkepingan-kepingan ini dipelihara, yang mengandungi catatan-catatan ini—supaya cjanji-janji Tuhan boleh digenapi, yang telah Dia buat kepada umat-Nya;

20 Dan agar abangsa Laman boleh datang pada pengetahuan tentang nenek moyang mereka, dan agar mereka boleh mengetahui janji-janji Tuhan, dan agar mereka boleh bmempercayai injil dan cbergantung pada jasa Yesus Kristus, dan ddimuliakan melalui iman dalam nama-Nya, dan agar melalui pertaubatan mereka, mereka boleh diselamatkan. Amin.