Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 28


Bahagian 28

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Oliver Cowdery, di Fayette, New York, September 1830. Hiram Page, seorang anggota Gereja, memiliki seketul batu dan mengaku menerima wahyu melalui bantuannya berkaitan dengan pembangunan Sion dan tarekat Gereja. Beberapa anggota telah terpedaya dengan dakwaan-dakwaan ini, dan bahkan Oliver Cowdery dipengaruhi dengan salah olehnya. Tepat sebelum sebuah persidangan yang dijadualkan, Nabi menanyakan dengan sungguh-sungguh kepada Tuhan tentang hal itu, dan wahyu ini menyusul.

1–7, Joseph Smith memegang kunci-kunci misteri, dan hanya dia yang menerima wahyu untuk Gereja; 8–10, Oliver Cowdery mesti berkhutbah kepada bangsa Laman; 11–16, Setan memperdayakan Hiram Page dan memberinya wahyu-wahyu palsu.

1 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, aOliver, bahawa akan diberikan kepadamu bahawa engkau akan didengari oleh gereja dalam segala hal apa pun yang akan engkau bajarkan kepada mereka melalui cPenolong, tentang wahyu-wahyu dan perintah yang telah Aku berikan.

2 Tetapi, lihatlah, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, atiada seorang pun yang akan ditetapkan untuk menerima perintah dan wahyu di dalam gereja ini kecuali hamba-Ku bJoseph Smith Jr., kerana dia menerimanya bahkan seperti Musa.

3 Dan engkau haruslah patuh kepada hal-hal yang akan Aku berikan kepadanya, bahkan seperti aHarun, untuk memaklumkan dengan setia perintah dan wahyu-wahyu, dengan kuasa dan bwewenang kepada gereja.

4 Dan jika engkau dipimpin pada bila-bila masa pun oleh Penolong untuk aberbicara atau mengajar, atau pada setiap masa dengan cara perintah kepada gereja, engkau boleh melakukannya.

5 Tetapi janganlah engkau menulis dengan cara perintah, tetapi dengan kebijaksanaan.

6 Dan janganlah engkau memerintah dia yang merupakan ketuamu, dan ketua gereja.

7 Kerana Aku telah memberikannya akunci-kunci bmisteri, dan wahyu-wahyu yang dimeteraikan, sehingga Aku memilih bagi mereka seorang yang lain sebagai penggantinya.

8 Dan sekarang, lihatlah, Aku berfirman kepadamu bahawa kamu haruslah pergi kepada abangsa Laman dan mengkhutbahkan bInjil-Ku kepada mereka; dan sejauh mana mereka menerima ajaran-ajaranmu engkau haruslah menyebabkan gereja-Ku untuk ditubuhkan di kalangan mereka; dan engkau akan memperoleh wahyu-wahyu, tetapi janganlah menuliskannya dengan cara perintah.

9 Dan sekarang, lihatlah, Aku berfirman kepadamu bahawa ia belumlah diwahyukan, dan tidak seorang pun tahu di mana aKota bSion akan dibangunkan, tetapi ia akan diberikan selepas ini. Lihatlah, Aku berfirman kepadamu bahawa ia akan berada di sempadan-sempadan dekat dengan bangsa Laman.

10 Janganlah engkau meninggalkan tempat ini sehinggalah selepas persidangan; dan hamba-Ku Joseph akan dipilih untuk mengetuai persidangan oleh suaranya, dan apa yang dia katakan kepadamu haruslah engkau beritahukan.

11 Dan lagi, engkau haruslah mengajak saudaramu, Hiram Page, adi antara dia dan engkau sendiri, dan memberitahu dia bahawa hal-hal yang telah dia tuliskan dari batu itu bukanlah daripada-Ku dan bahawa bSetan telah cmemperdayakannya;

12 Kerana, lihatlah, hal-hal ini belumlah ditugaskan kepadanya, tidak juga apa pun akan ditugaskan kepada sesiapa pun dari gereja ini yang bertentangan dengan perjanjian-perjanjian gereja.

13 Kerana segala hal mesti dilakukan dengan teratur, dan dengan apersetujuan bersama di dalam gereja, melalui doa dengan iman.

14 Dan engkau haruslah membantu untuk menyelesaikan segala hal ini, menurut perjanjian-perjanjian gereja, sebelum engkau memulakan perjalananmu ke kalangan bangsa Laman.

15 Dan ia akan adiberikan kepadamu dari waktu engkau pergi, sehinggalah waktu engkau akan kembali, apa yang engkau harus lakukan.

16 Dan engkau mesti membuka mulutmu pada setiap masa, memaklumkan Injil-Ku dengan suara kesukacitaan. Amin.