Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 25


Bahagian 25

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Harmony, Pennsylvania, Julai 1830 (lihat pengenalan untuk bahagian 24). Wahyu ini menyatakan kehendak Tuhan kepada Emma Smith, isteri Nabi.

1–6, Emma Smith, seorang wanita terpilih, dipanggil untuk membantu dan menghiburkan suaminya; 7–11, Dia juga dipanggil untuk menulis, untuk menghuraikan tulisan suci, dan untuk memilih lagu-lagu rohani; 12–14, Nyanyian orang-orang yang soleh adalah doa kepada Tuhan; 15–16, Asas-asas kepatuhan dalam wahyu ini dikenakan kepada semua.

1 Dengarlah suara Tuhan Rajamu, semasa Aku berfirman kepadamu, Emma Smith, puteri-Ku; kerana sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, mereka semua yang amenerima Injil-Ku adalah para putera dan puteri di dalam bkerajaan-Ku.

2 Sebuah wahyu Aku berikan kepadamu tentang kehendak-Ku; dan jika engkau setia dan aberjalan pada jalan bberhemah di hadapan-Ku, Aku akan melindungi kehidupanmu, dan engkau akan menerima suatu cwarisan di Sion.

3 Lihatlah, adosa-dosamu diampuni bagimu, dan engkau ialah wanita terpilih, yang telah Aku bpanggil.

4 Janganlah merungut kerana hal-hal yang belum engkau lihat, kerana ia ditahan daripadamu dan dari dunia, yang adalah bijaksana di dalam Aku pada suatu masa yang akan datang.

5 Dan jabatan panggilanmu adalah sebagai apenghiburan kepada hamba-Ku, Joseph Smith Jr., suamimu, dalam kesengsaraannya, dengan perkataan yang menenangkan, di dalam semangat kelembutan hati.

6 Dan engkau haruslah pergi bersamanya pada waktu pemergiannya, dan menjadi jurutulis kepadanya, semasa tidak ada sesiapa pun untuk menjadi jurutulis kepadanya, agar Aku boleh menghantar hamba-Ku, Oliver Cowdery, ke mana pun Aku kehendaki.

7 Dan engkau akan aditahbiskan di bawah tangannya untuk menghuraikan tulisan suci, dan untuk mendorong gereja, menurut yang akan diberikan kepadamu oleh Roh-Ku.

8 Kerana dia akan meletakkan atangannya ke atas dirimu, dan engkau akan menerima Roh Kudus, dan waktumu akan diberikan untuk menulis, dan untuk pembelajaran yang banyak.

9 Dan engkau tak perlu takut, kerana suamimu akan menyokong engkau di dalam gereja; kerana kepada merekalah apanggilannya, agar segala hal boleh bdidedahkan kepada mereka, apa pun yang Aku kehendaki, menurut iman mereka.

10 Dan sesungguhnya Aku berfirman kepadamu bahawa engkau haruslah mengenepikan ahal-hal dari bdunia ini, dan cmencari hal-hal yang lebih baik.

11 Dan akan diberikan kepadamu, juga, untuk membuat pilihan alagu-lagu rohani yang kudus, sebagaimana akan diberikan kepadamu, yang menyenangkan bagi-Ku, untuk dimiliki di dalam gereja-Ku.

12 Kerana jiwa-Ku senang akan anyanyian bhati; ya, nyanyian orang-orang soleh adalah doa bagi-Ku, dan akan dijawab dengan sebuah berkat ke atas kepala mereka.

13 Kerana itu, angkatlah hatimu dan bersukacitalah, dan pautkanlah diri pada perjanjian-perjanjian yang telah engkau buat.

14 Teruskanlah di dalam semangat akelembutan hati, dan berhati-hatilah terhadap bkesombongan. Biarlah jiwamu senang terhadap suamimu, dan kemuliaan yang akan datang ke atas dirinya.

15 Taatilah perintah-perintah-Ku secara berterusan, dan amahkota bkebenaran akan engkau terima. Dan melainkan engkau melakukan ini, di mana Aku berada kamu ctidak dapat datang.

16 Dan sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa inilah asuara-Ku kepada semua. Amin.