Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 21


Bahagian 21

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith, di Fayette, New York, 6 April 1830. Wahyu ini diberikan pada pengorganisasian Gereja, pada tarikh tersebut, di dalam rumah Peter Whitmer Sr. Enam orang, yang telah dibaptiskan sebelumnya, turut serta. Melalui pungutan sebulat suara orang-orang ini meluahkan hasrat dan keazaman mereka untuk mengorganisasi, menurut perintah Tuhan (lihat bahagian 20). Mereka juga mengundi untuk menerima dan menyokong Joseph Smith Jr. dan Oliver Cowdery sebagai ketua kepimpinan Gereja. Dengan perletakan tangan, Joseph kemudiannya mentahbiskan Oliver sebagai penatua Gereja, dan Oliver dengan cara yang serupa mentahbiskan Joseph. Selepas pelaksanaan sakramen, Joseph dan Oliver meletakkan tangan ke atas para hadirin secara individu untuk pemberian Roh Kudus dan untuk penetapan setiap orang sebagai anggota Gereja.

1–3, Joseph Smith dipanggil untuk menjadi pelihat, penterjemah, nabi, rasul, dan penatua; 4–8, Perkataannya akan membimbing tujuan Sion; 9–12, Para Orang Suci akan mempercayai perkataannya sewaktu dia berbicara melalui Penolong.

1 Lihatlah, akan ada sebuah acatatan disimpan di antara kamu; dan di dalamnya engkau akan disebut seorang bpelihat, penterjemah, nabi, crasul Yesus Kristus, penatua gereja melalui kehendak Tuhan Bapa, dan rahmat Tuhanmu Yesus Kristus,

2 aDiilhami oleh Roh Kudus untuk meletakkan landasannya, dan untuk membangunkannya demi kepercayaan yang paling kudus.

3 Yang mana agereja itu bdiorganisasi dan ditubuhkan pada tahun Tuhanmu seribu lapan ratus tiga puluh, pada bulan keempat, dan pada hari keenam dalam bulan yang disebut April.

4 Kerana itu, iaitu gereja, engkau akan mengendahkan segala aperkataan dan perintahnya yang akan dia berikan kepadamu ketika dia menerimanya, berjalan dalam segala bkekudusan di hadapan-Ku;

5 Kerana aperkataannya akan kamu terima, seolah-olah daripada mulut-Ku sendiri, dalam segala kesabaran dan iman.

6 Kerana dengan melakukan hal-hal ini apintu-pintu gerbang neraka tidak akan berjaya melawanmu; ya, dan Tuhan Raja akan menyelerakkan kuasa bkegelapan dari hadapanmu, dan menyebabkan langit cbergoncang demi kebaikanmu, dan dkemuliaan nama-Nya.

7 Kerana demikianlah firman Tuhan Raja: Dia telah Aku ilhami untuk menggerakkan tujuan aSion dalam kuasa yang kuat demi kebaikan, dan ketekunannya Aku ketahui, dan doa-doanya telah Aku dengari.

8 Ya, tangisannya bagi Sion telah Aku lihat, dan Aku akan menyebabkan bahawa dia tidak akan lagi berduka baginya; kerana masa kesukacitaannya telah datang disebabkan apengampunan dosa-dosanya, dan pernyataan akan berkat-berkat-Ku ke atas pekerjaannya.

9 Kerana, lihatlah, Aku akan amemberkati mereka semua yang bekerja di dalam bladang anggur-Ku dengan suatu berkat yang besar, dan mereka akan percaya pada perkataannya, yang diberikan kepadanya melalui-Ku oleh cPenolong, yang dmenyatakan bahawa Yesus edisalibkan oleh orang-orang yang fpenuh dosa bagi dosa-dosa gdunia, ya, untuk pengampunan dosa bagi hhati yang menyesal.

10 Kerana itu adalah perlu menurut-Ku bahawa dia haruslah aditahbiskan olehmu, Oliver Cowdery rasul-Ku;

11 Ini yang adalah sebuah tatacara bagimu, bahawa kamu adalah seorang penatua di bawah tangannya, dia adalah yang apertama bagimu, agar kamu boleh menjadi seorang penatua bagi gereja Kristus ini, menyandang nama-Ku—

12 Dan pengkhutbah pertama gereja ini kepada jemaah gereja, dan di hadapan dunia, ya, di hadapan bangsa bukan Israel; ya, dan demikianlah firman Tuhan Raja, lihatlah, lihatlah! kepada abangsa Yahudi juga. Amin.