Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 19


Bahagian 19

Wahyu yang diberikan melalui Joseph Smith, di Manchester, New York, mungkin pada musim panas 1829. Dalam sejarahnya, Nabi memperkenalkannya sebagai “sebuah perintah daripada Tuhan dan bukan daripada manusia, kepada Martin Harris, diberikan oleh Dia yang adalah Abadi.”

1–3, Kristus memiliki segala kuasa; 4–5, Semua orang mesti bertaubat atau menderita; 6–12, Hukuman abadi adalah hukuman Tuhan; 13–20, Kristus menderita bagi semua orang, agar mereka tidak menderita jika mereka mahu bertaubat; 21–28, Khutbahkanlah Injil pertaubatan; 29–41, Maklumkanlah khabar gembira.

1 Aku ialah aAlfa dan Omega, bKristus Tuhan; ya, bahkan Aku adalah Dia, awal dan akhir, Penebus dunia.

2 Aku, setelah melaksanakan dan amenyelesaikan kehendak-Nya yang memiliki-Ku, bahkan Bapa, tentang Aku—telah melakukan ini agar Aku boleh bmenundukkan semua hal kepada diri-Ku—

3 Menyimpan segala akuasa, bahkan untuk bpenghancuran Setan dan pekerjaannya pada cakhir dunia, dan hari penghakiman besar yang terakhir, yang akan Aku jatuhkan ke atas para penduduknya, dmenghakimi setiap orang menurut epekerjaannya dan perbuatan yang telah dia lakukan.

4 Dan pastinya setiap orang mesti abertaubat atau bmenderita, kerana Aku, Tuhan, adalah ctanpa akhir.

5 Kerana itu, Aku tidak amembatalkan penghakiman yang akan Aku jatuhkan, tetapi kecelakaan akan menyebar luas, tangisan, bratapan dan kertakan gigi, ya, kepada mereka yang didapati pada sisi tangan ckiri-Ku.

6 Walaupun demikian, atidaklah tertulis bahawa tidak akan ada pengakhiran terhadap seksaan ini, tetapi ianya tertulis seksaan btanpa akhir.

7 Lagi, ianya tertulis akelaknatan abadi; kerana itu ia lebih jelas daripada tulisan suci yang lain, agar ia dapat bekerja pada hati anak-anak manusia, kesemuanya demi kemuliaan nama-Ku.

8 Kerana itu, Aku akan menjelaskan kepadamu misteri ini, kerana wajarlah bagimu untuk mengetahui bahkan sebagai para rasul-Ku.

9 Aku berfirman kepadamu yang terpilih dalam hal ini, bahkan bagaikan satu, agar kamu boleh masuk ke dalam aperistirahatan-Ku.

10 Kerana, lihatlah, amisteri ketuhanan, betapa besarnya ia! Kerana, lihatlah, Aku adalah tanpa akhir, dan hukuman yang diberikan daripada tangan-Ku adalah hukuman tanpa akhir, kerana bTanpa Akhir adalah nama-Ku. Kerana itu—

11 Hukuman aabadi adalah hukuman Tuhan.

12 Hukuman tanpa akhir adalah hukuman Tuhan.

13 Kerana itu, Aku memerintahkanmu untuk bertaubat, dan mentaati aperintah-perintah yang telah kamu terima melalui tangan hamba-Ku Joseph Smith Jr., dalam nama-Ku;

14 Dan ianya melalui kekuatan mahakuasa-Ku bahawa kamu telah menerimanya;

15 Oleh kerana itu Aku memerintahkanmu untuk bertaubat—bertaubatlah, agar jangan Aku menghentammu dengan tongkat mulut-Ku, dan dengan kemurkaan-Ku, dan dengan kemarahan-Ku, dan apenderitaanmu menjadi parah—betapa parahnya kamu tidak tahu, betapa hebatnya kamu tidak tahu, ya, betapa sukarnya untuk ditanggung kamu tidak tahu.

16 Kerana lihatlah, Aku, Tuhan, telah amenderita hal-hal ini bagi semua orang, agar mereka bboleh tidak menderita jika mereka akan cbertaubat;

17 Tetapi jika mereka tidak akan bertaubat mereka mesti amenderita bahkan seperti Aku;

18 Yang mana penderitaan itu menyebabkan diri-Ku, bahkan Tuhan, yang terbesar daripada semuanya, menggeletar kerana kesakitan, dan berdarah pada setiap liang roma, dan menderita baik tubuh mahupun roh—dan menginginkan agar Aku boleh atidak meminum cawan yang pahit itu, dan menarik diri—

19 Walaupun demikian, kemuliaan kepada Bapa, dan Aku meminumnya dan amenyelesaikan persediaan-Ku bagi anak-anak manusia.

20 Kerana itu, Aku memerintahkanmu lagi untuk bertaubat, agar jangan Aku merendahkan hatimu dengan kekuatan mahakuasa-Ku; dan agar kamu amengakui dosa-dosamu, agar jangan kamu menderita hukuman ini yang telah Aku firmankan, yang mana dalam kadar terkecil, ya, bahkan kamu telah merasakan sedikit daripadanya sewaktu Aku menarik Roh-Ku.

21 Dan Aku memerintahkanmu bahawa kamu janganlah amengkhutbahkan apa pun selain pertaubatan, dan bjanganlah memperlihatkan hal-hal ini kepada dunia sehinggalah ianya bijaksana di dalam Aku.

22 Kerana mereka tidak dapat amenerima daging sekarang, tetapi bsusu mestilah mereka terima; kerana itu, mereka mestilah tidak mengetahui hal-hal ini, agar jangan mereka binasa.

23 Belajarlah daripada-Ku, dan dengarkanlah firman-Ku; aberjalanlah dalam bkelembutan hati Roh-Ku, dan kamu akan merasakan ckedamaian di dalam Aku.

24 Aku ialah aYesus Kristus; Aku datang melalui kehendak Bapa, dan Aku melakukan kehendak-Nya.

25 Dan lagi, Aku memerintahkan engkau bahawa janganlah engkau amendambakan bisteri sesamamu; tidak juga mengancam nyawa sesamamu.

26 Dan lagi, Aku memerintahkan engkau bahawa janganlah engkau mendambakan harta milikmu sendiri, tetapi memberikannya dengan murah hati untuk pencetakan Kitab Mormon, yang mengandungi akebenaran dan firman Tuhan—

27 Yang merupakan firman-Ku kepada abangsa bukan Israel, agar ia boleh disebarkan kepada bbangsa Yahudi dengan segera, merekalah cketurunan bangsa Laman yang selebihnya, agar mereka boleh mempercayai Injil, dan tidak mengharapkan seorang dMesias untuk datang yang telah pun datang.

28 Dan lagi, Aku memerintahkan engkau agar engkau haruslah aberdoa dengan bbersuara seperti juga dalam hatimu; ya, di hadapan dunia dan juga secara tersembunyi, di hadapan umum dan juga secara peribadi.

29 Dan engkau haruslah amemaklumkan khabar gembira, ya, memberitakannya di atas gunung-ganang, dan di atas setiap tempat yang tinggi, dan di kalangan setiap bangsa yang engkau akan diizinkan untuk bertemu.

30 Dan engkau haruslah melakukannya dengan segenap kerendahan hati, apercaya kepada-Ku, janganlah mencaci terhadap para pencaci.

31 Dan tentang aajaran yang mendalam janganlah engkau bicarakan, tetapi engkau harus memaklumkan pertaubatan dan biman terhadap Juruselamat, dan cpengampunan dosa-dosa melalui dpembaptisan, dan melalui eapi, ya, bahkan fRoh Kudus.

32 Lihatlah, inilah sebuah aperintah yang besar dan terakhir yang akan Aku berikan kepadamu tentang hal ini; kerana ini akan mencukupi bagi perjalananmu setiap hari, bahkan sehingga ke akhir hidupmu.

33 Dan kegetiran akan engkau terima jika engkau akan mengabaikan anasihat-nasihat ini, ya, bahkan juga kehancuran dirimu dan harta benda milikmu.

34 aBerikanlah sebahagian dari harta benda milikmu, ya, bahkan sebahagian dari tanah-tanahmu dan segalanya kecuali tanggungan untuk keluargamu.

35 Bayarlah ahutang yang telah engkau bpersetujui dengan pencetak. Bebaskanlah dirimu dari cbelenggu.

36 aTinggalkanlah rumah dan kediamanmu, kecuali apabila engkau akan berhasrat untuk mengunjungi keluargamu;

37 Dan aberbicaralah dengan bebas kepada semua orang; ya, khutbahkanlah, doronglah, maklumkanlah bkebenaran, bahkan dengan suara yang kuat, dengan suara kesukacitaan, menyerukan—Hosana, hosana, terpujilah nama Tuhan Raja!

38 aBerdoalah selalu, dan Aku akan bmencurahkan Roh-Ku ke atas dirimu, dan akan besarlah berkatmu—ya, bahkan lebih daripada sekiranya kamu mendapatkan harta dari bumi dan kereputan yang setimpal dengannya.

39 Lihatlah, dapatkah engkau membaca ini tanpa bersukacita dan mengangkat hatimu kerana kegembiraan?

40 Atau dapatkah engkau berkeliaran ke sana ke mari dengan lama sebagai pembimbing yang buta?

41 Atau dapatkah engkau arendah hati dan lembut hati, dan membawa diri dengan bijak di hadapan-Ku? Ya, bdatanglah kepada-Ku Juruselamatmu. Amin.