Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 18


Bahagian 18

Wahyu kepada Nabi Joseph Smith, Oliver Cowdery, dan David Whitmer, diberikan di Fayette, New York, Jun 1829. Menurut Nabi, wahyu ini menyatakan “panggilan dua belas rasul pada zaman akhir, dan juga arahan berkenaan pembangunan Gereja.”

1–5, Tulisan suci menunjukkan bagaimana membangunkan Gereja; 6–8, Dunia sedang menjadi matang dalam kederhakaan; 9–16, Nilai semua jiwa adalah besar; 17–25, Untuk memperoleh keselamatan, manusia mesti mengambil ke atas diri mereka nama Kristus; 26–36, Pemanggilan dan misi Dua Belas didedahkan; 37–39, Oliver Cowdery dan David Whitmer mesti mencari Dua Belas; 40–47, Untuk memperoleh keselamatan, manusia mesti bertaubat, dibaptiskan, dan mentaati perintah-perintah.

1 Sekarang, lihatlah, kerana hal yang telah kamu, hamba-Ku Oliver Cowdery, hasratkan untuk tahu daripada-Ku, Aku memberikan kepadamu firman ini:

2 Lihatlah, Aku telah menyatakan kepadamu, melalui Roh-Ku dalam banyak hal, bahawa hal-hal yang telah kamu tuliskan adalah abenar; kerana itu kamu tahu bahawa ianya adalah benar.

3 Dan jika kamu tahu bahawa ianya adalah benar, lihatlah, Aku memberi kepadamu sebuah perintah, agar kamu bersandar pada apa yang telah adituliskan;

4 Kerana di dalamnya semua hal dituliskan tentang landasan gereja-Ku, aInjil-Ku, dan bbatu-Ku.

5 Kerana itu, jika kamu akan membangunkan gereja-Ku, di atas landasan Injil-Ku dan batu-Ku, pintu-pintu gerbang neraka tidak akan berjaya melawanmu.

6 Lihatlah, adunia sedang menjadi matang dalam kederhakaan; dan mestilah perlu bahawa anak-anak manusia digugah ke arah pertaubatan, baik bbangsa bukan Israel mahupun juga bani Israel.

7 Kerana itu, sebagaimana engkau telah adibaptiskan oleh tangan hamba-Ku Joseph Smith Jr., menurut apa yang telah Aku perintahkan kepadanya, dia telah memenuhi apa yang Aku perintahkan kepadanya.

8 Dan sekarang, janganlah takjub bahawa Aku telah memanggilnya untuk tujuan-Ku sendiri, yang mana tujuan itu diketahui di dalam-Ku; kerana itu, jika dia akan atekun dalam bmentaati perintah-perintah-Ku dia akan cdiberkati menuju kehidupan abadi; dan namanya ialah dJoseph.

9 Dan sekarang, Oliver Cowdery, Aku berfirman kepadamu, dan juga kepada David Whitmer, dengan cara perintah; kerana, lihatlah, Aku memerintahkan semua orang di mana-mana pun untuk bertaubat, dan Aku berfirman kepadamu, bahkan seperti kepada Paulus arasul-Ku, kerana kamu dipanggil bahkan dengan panggilan yang sama yang dengannya.

10 Ingatlah anilai semua bjiwa adalah besar di mata Tuhan;

11 Kerana, lihatlah, Tuhan aPenebusmu menderita bkematian dalam keadaan daging; kerana itu Dia cmenderita dkesakitan semua manusia, agar semua manusia boleh bertaubat dan datang kepada-Nya.

12 Dan Dia telah abangkit lagi dari yang mati, agar Dia boleh membawa semua orang kepada-Nya, dengan syarat-syarat bpertaubatan.

13 Dan betapa besar akebahagiaan-Nya di dalam jiwa yang bertaubat!

14 Kerana itu, kamu telah dipanggil untuk amenyerukan pertaubatan kepada orang-orang ini.

15 Dan jika demikian halnya bahawa kamu akan bekerja sepanjang hidupmu dalam menyerukan pertaubatan kepada orang-orang ini, dan membawa, meskipun hanya satu ajiwa kepada-Ku, maka betapa besarnya kebahagiaanmu bersamanya di dalam kerajaan Bapa-Ku!

16 Dan sekarang, jika kebahagiaanmu besar dengan satu jiwa yang telah kamu bawa kepada-Ku ke dalam akerajaan Bapa-Ku, maka betapa besar bkebahagiaanmu jika kamu akan cmembawa banyak jiwa kepada-Ku!

17 Lihatlah, kamu memiliki Injil-Ku di hadapanmu, dan batu-Ku, dan akeselamatan-Ku.

18 aMintalah kepada Bapa dalam bnama-Ku, dalam iman percaya bahawa kamu akan menerima, dan kamu akan memperoleh Roh Kudus, yang menyatakan segala hal yang cperlu kepada anak-anak manusia.

19 Dan jika kamu tidak memiliki aiman, bharapan, dan ckasih ihsan, kamu tidak dapat melakukan apa pun.

20 Janganlah abertikai menentang mana-mana gereja pun, kecuali bgereja iblis.

21 Ambillah ke atas dirimu anama Kristus, dan bucapkanlah kebenaran dengan ckesungguhan.

22 Dan seberapa banyak yang bertaubat dan adibaptiskan dalam nama-Ku, iaitu Yesus Kristus, dan bbertahan sampai akhir, orang yang sama akan diselamatkan.

23 Lihatlah, Yesus Kristus adalah anama yang diberikan oleh Bapa, dan tidak ada nama lain diberikan yang dengannya manusia dapat diselamatkan;

24 Kerana itu, semua orang mesti mengambil ke atas diri mereka nama yang diberikan oleh Bapa, kerana dalam nama itu mereka akan dipanggil pada hari terakhir;

25 Kerana itu, jika mereka tidak mengetahui anama yang dengannya mereka dipanggil, mereka tidak dapat memiliki tempat di dalam bkerajaan Bapa-Ku.

26 Dan sekarang, lihatlah, ada yang lain yang dipanggil untuk memaklumkan Injil-Ku, baik kepada abangsa bukan Israel mahupun kepada bangsa Yahudi;

27 Ya, bahkan dua belas; dan aDua Belas ini akan menjadi para pengikut-Ku, dan mereka akan mengambil ke atas diri mereka nama-Ku; dan Dua Belas ini ialah mereka yang akan berhasrat untuk mengambil ke atas diri mereka bnama-Ku dengan tujuan hati yang sepenuhnya.

28 Dan jika mereka berhasrat untuk mengambil ke atas diri mereka nama-Ku dengan tujuan hati yang sepenuhnya, mereka dipanggil untuk pergi ke seluruh adunia untuk mengkhutbahkan bInjil-Ku kepada setiap cmakhluk.

29 Dan merekalah yang ditahbiskan oleh-Ku untuk amembaptis dalam nama-Ku, menurut apa yang dituliskan;

30 Dan kamu memiliki apa yang telah dituliskan di hadapanmu; kerana itu, kamu mesti melaksanakannya menurut firman yang telah dituliskan.

31 Dan sekarang, Aku berfirman kepadamu, aDua Belas—Lihatlah, rahmat-Ku cukup untukmu; kamu mesti berjalan dengan lurus di hadapan-Ku dan janganlah berdosa.

32 Dan, lihatlah, kamulah mereka yang ditahbiskan oleh-Ku untuk amenahbiskan para imam dan pengajar; untuk memaklumkan Injil-Ku, bmenurut kuasa Roh Kudus yang ada dalam dirimu, dan menurut cpanggilan dan kurniaan Tuhan kepada manusia;

33 Dan Aku, Yesus Kristus, Tuhanmu dan Rajamu, telah memfirmankannya.

34 aFirman ini bukannya daripada manusia tidak juga daripada orang biasa, tetapi daripada-Ku; kerana itu, kamu akan bersaksi ianya adalah daripada-Ku dan bukan daripada orang biasa;

35 Kerana asuara-Kulah yang memfirmankannya kepadamu; kerana ia diberikan melalui Roh-Ku kepadamu, dan melalui kuasa-Ku kamu dapat saling membacakannya; dan kecuali melalui kuasa-Ku kamu tidak akan dapat memperolehnya;

36 Kerana itu, kamu dapat abersaksi bahawa kamu telah mendengar suara-Ku, dan mengetahui firman-Ku.

37 Dan sekarang, lihatlah, Aku memberi tugas kepadamu, Oliver Cowdery, dan juga kepada David Whitmer, bahawa kamu harus mencari Dua Belas ini, yang memiliki hasrat-hasrat seperti yang telah Aku firmankan;

38 Dan berdasarkan hasrat mereka dan apekerjaan-pekerjaan mereka kamu akan mengenali mereka.

39 Dan apabila kamu telah menemui mereka kamu haruslah menunjukkan hal-hal ini kepada mereka.

40 Dan kamu akan menjatuhkan diri dan amenyembah Bapa dalam nama-Ku.

41 Dan kamu mesti berkhutbah kepada dunia, mengatakan: Kamu mesti bertaubat dan dibaptiskan, dalam nama Yesus Kristus;

42 Kerana semua orang mesti bertaubat dan dibaptiskan, dan bukan hanya lelaki, tetapi juga wanita, dan anak-anak yang telah mencapai umur apertanggungjawaban.

43 Dan sekarang, setelah kamu menerima ini, kamu mesti mentaati aperintah-perintah-Ku dalam segala hal;

44 Dan melalui tanganmu Aku akan mengerjakan suatu apekerjaan yang menakjubkan di kalangan anak-anak manusia, untuk bmeyakinkan banyak orang tentang dosa-dosa mereka, agar mereka boleh datang pada pertaubatan, dan agar mereka boleh datang ke kerajaan Bapa-Ku.

45 Kerana itu, berkat-berkat yang Aku berikan kepadamu amelebihi segala hal.

46 Dan setelah kamu menerima ini, jika kamu tidak amentaati perintah-perintah-Ku kamu tidak dapat diselamatkan di dalam kerajaan Bapa-Ku.

47 Lihatlah, Aku, Yesus Kristus, Tuhanmu dan Rajamu, dan Penebusmu, melalui kuasa Roh-Ku telah memfirmankannya. Amin.