Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 138


Bahagian 138

Sebuah penglihatan yang diberikan kepada Presiden Joseph F. Smith di Salt Lake City, Utah, pada 3 Oktober 1918. Dalam ucapan pembukaannya di Persidangan Umum Setengah Tahunan Gereja ke-89, pada 4 Oktober 1918, Presiden Smith memaklumkan bahawa dia telah menerima beberapa perhubungan ilahi pada bulan-bulan yang lepas. Salah satunya, berkenaan kunjungan Juruselamat kepada roh-roh orang mati semasa tubuh-Nya berada di dalam makam, yang diterima oleh Presiden Smith sehari sebelumnya. Ianya segera ditulis sebaik sahaja persidangan tersebut berakhir. Pada 31 Oktober 1918, ia telah dihantar kepada para penasihat dalam Presidensi Utama, Majlis Dua Belas, dan Bapa Bangsa, dan ia diterima dengan sebulat suara oleh mereka.

1–10, Presiden Joseph F. Smith merenungkan tentang tulisan Petrus dan kunjungan Tuhan ke dunia roh; 11–24, Presiden Smith melihat orang mati yang soleh berhimpun di dalam firdaus dan pelayanan Kristus di kalangan mereka; 25–37, Dia melihat bagaimana pengkhutbahan Injil diatur di kalangan roh-roh itu; 38–52, Dia melihat Adam, Hawa, dan banyak para nabi kudus di dalam dunia roh yang menganggap keadaan roh mereka sebelum kebangkitan mereka sebagai suatu penawanan; 53–60, Orang soleh mati yang pada zaman ini meneruskan pekerjaan mereka di dunia roh.

1 Pada tarikh tiga Oktober, dalam tahun seribu sembilan ratus lapan belas, aku sedang duduk di dalam bilikku amerenungkan tentang tulisan suci;

2 Dan memikirkan tentang akorban tebusan besar yang telah dilakukan oleh Putera Tuhan, untuk bpenebusan dunia;

3 Dan akasih yang besar dan menakjubkan yang dinyatakan oleh Bapa dan Putera dalam kedatangan bPenebus ke dunia;

4 Agar melalui akorban tebusan-Nya, dan melalui bkepatuhan pada asas-asas Injil, umat manusia boleh diselamatkan.

5 Sementara aku sedang khusyuk, fikiranku kembali pada tulisan rasul Petrus, kepada apara orang suci zaman dahulu yang berada di merata tempat di luar daerah di seluruh bPontus, Galatia, Kapadokia, dan bahagian-bahagian lain di Asia, di mana Injil telah dikhutbahkan selepas penyaliban Tuhan.

6 Aku membuka Alkitab dan membaca pasal ketiga dan keempat surat pertama Petrus, dan semasa aku membacanya aku amat tertarik, lebih daripada yang pernah aku rasakan sebelum ini, dengan petikan berikut:

7 “Sebab juga Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Ia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Ia membawa kita kepada Tuhan; Ia, yang telah dibunuh dalam keadaan-Nya sebagai manusia, tetapi yang telah dibangkitkan menurut Roh:

8 dan di dalam Roh itu juga Ia pergi memberitakan Injil kepada roh-roh yang di dalam apenjara;

9 yaitu kepada roh-roh mereka yang dahulu pada waktu Nuh tidak taat kepada Tuhan, ketika Tuhan tetap menanti dengan sabar waktu Nuh sedang mempersiapkan bahteranya, dimana hanya sedikit, yaitu lapan orang, yang diselamatkan oleh air bah itu.” (1 Petrus 3:18–20.)

10 “Itulah sebabnya maka Injil telah diberitakan juga kepada orang-orang mati, supaya mereka, sama seperti semua manusia, dihakimi secara badani; tetapi oleh roh dapat hidup menurut kehendak Tuhan.” (1 Petrus 4:6.)

11 Ketika aku merenungkan tentang hal-hal yang atertulis ini, bmata pemahamanku dibukakan, dan Roh Tuhan cberada pada diriku, dan aku melihat sejumlah besar orang dmati, baik kecil mahupun besar.

12 Dan dikumpulkan bersama di satu tempat kumpulan roh yang asoleh yang tidak terhitung banyaknya, yang telah bsetia dalam kesaksian tentang Yesus semasa mereka hidup dalam kefanaan;

13 Dan yang telah mempersembahkan akorban yang bersamaan dengan pengorbanan besar Putera Tuhan, dan telah bmenderita kesengsaraan di dalam nama Penebus mereka.

14 Semua roh ini telah meninggalkan kehidupan fana, teguh dalam aharapan terhadap suatu bkebangkitan yang mulia, melalui crahmat Tuhan dBapa dan ePutera Tunggal-Nya, Yesus Kristus.

15 Aku melihat bahawa mereka dipenuhi dengan abahagiaan dan kegembiraan, dan bersukacita bersama kerana hari pembebasan mereka berada di depan mata.

16 Mereka dikumpulkan menunggu ketibaan Putera Tuhan ke adunia roh, untuk memaklumkan penebusan mereka dari bikatan kematian.

17 Debu mereka yang tidur akan adipulihkan pada rangkanya yang sempurna, btulang pada tulangnya, dan otot dan daging ke atasnya, croh dan tubuh akan disatukan tidak akan dipisahkan lagi, agar mereka boleh menerima suatu kegenapan dkebahagiaan.

18 Semasa khalayak yang ramai ini menunggu dan saling berbual, bersukacita dalam waktu pembebasan mereka dari rantai kematian, Putera Tuhan muncul, memaklumkan akebebasan kepada para tawanan yang setia;

19 Dan di sana Dia amengkhutbahkan kepada mereka bInjil abadi, ajaran tentang kebangkitan dan penebusan umat manusia dari ckejatuhan, dan dari dosa-dosa individu dengan syarat-syarat dpertaubatan.

20 Tetapi Dia tidak pergi kepada yang ajahat, dan di kalangan yang fasiq dan yang tidak bertaubat yang telah bmenodai diri mereka semasa dalam keadaan daging, suara-Nya tidak diangkat;

21 Tidak juga kepada yang memberontak yang menolak kesaksian dan peringatan para nabi zaman dahulu melihat kehadiran-Nya, atau pun melihat muka-Nya.

22 Di mana mereka ini berada, akegelapan berkuasa, tetapi di kalangan yang soleh terdapatnya bkedamaian;

23 Dan para orang suci bersukacita dalam apenebusan mereka, dan bberlutut dan mengakui Putera Tuhan sebagai Penebus dan Pembebas mereka dari kematian dan crantai neraka.

24 Wajah mereka bersinar, dan acahaya dari kehadiran Tuhan berada pada diri mereka, dan mereka bmenyanyikan puji-pujian kepada nama-Nya yang kudus.

25 Aku takjub, kerana aku memahami bahawa Juruselamat menghabiskan kira-kira tiga tahun dalam pelayanan-Nya di kalangan bangsa Yahudi dan mereka dari bani Israel, berusaha untuk mengajarkan mereka Injil kekal dan memanggil mereka pada pertaubatan;

26 Namun, walau bagaimanapun pekerjaan-Nya yang hebat, dan mukjizat, dan pernyataan kebenaran, dalam akuasa dan wewenang yang besar, hanya sedikit yang mendengar suara-Nya, dan bersukacita dalam hadirat-Nya, dan menerima keselamatan dari tangan-Nya.

27 Tetapi pelayanan-Nya di kalangan mereka yang telah mati adalah terhad pada waktu yang asingkat di antara penyaliban dan kebangkitan-Nya;

28 Dan aku tertanya-tanya pada kata-kata Petrus—dimana dia mengatakan bahawa Putera Tuhan berkhutbah kepada roh-roh di dalam penjara, yang kadang-kadang tidak patuh, yang pernah Tuhan dengan panjang sabarnya menunggu semasa zaman Nuh—dan bagaimanakah Dia dapat berkhutbah kepada roh-roh itu dan melaksanakan kerja yang diperlukan di kalangan mereka dalam waktu yang sangat singkat.

29 Dan ketika aku tertanya-tanya, mataku dibukakan, dan pemahamanku adihidupkan, dan aku melihat bahawa Tuhan tidak pergi sendiri ke kalangan mereka yang jahat dan yang tidak patuh yang telah menolak kebenaran, untuk mengajar mereka;

30 Tetapi lihatlah, dari kalangan mereka yang soleh, Dia telah mengaturkan kumpulan-Nya dan menetapkan para utusan, yang diselubungi dengan akuasa dan wewenang, dan memberi mereka wewenang untuk pergi dan membawa cahaya Injil kepada mereka yang berada dalam bkegelapan, bahkan kepada csemua roh manusia; dan demikianlah Injil dikhutbahkan kepada yang mati.

31 Dan para utusan yang terpilih itu pergi untuk memaklumkan hari apenerimaan Tuhan itu dan memaklumkan bkebebasan kepada para tawanan yang terikat, bahkan kepada semua yang akan bertaubat dari dosa-dosa mereka dan menerima Injil.

32 Demikianlah Injil dikhutbahkan kepada mereka yang telah amati dalam dosa-dosa mereka, tanpa sebarang bpengetahuan tentang kebenaran, atau dalam pelanggaran, setelah menolak para nabi.

33 Orang-orang ini diajarkan aiman kepada Tuhan, pertaubatan dari dosa, bpembaptisan melalui perwakilan untuk cpengampunan dosa-dosa, dkurniaan Roh Kudus melalui perletakan tangan,

34 Dan semua asas Injil yang lain yang perlu diketahui oleh mereka untuk melayakkan diri mereka agar mereka boleh adihakimi menurut manusia dalam keadaan daging, tetapi hidup menurut Tuhan di dalam roh.

35 Dan demikianlah ianya diberitahukan di kalangan orang mati tersebut, baik kecil mahupun besar, yang tidak soleh serta yang setia, bahawa penebusan telah didatangkan melalui apengorbanan Putera Tuhan di atas bsalib.

36 Demikianlah ianya telah diberitahukan bahawa Penebus kita menghabiskan waktu-Nya semasa persinggahan-Nya di dunia roh, mengarahkan dan menyediakan roh-roh apara nabi yang setia yang telah bersaksi tentang Dia dalam keadaan daging;

37 Agar mereka boleh membawa pesanan penebusan kepada semua orang mati, orang-orang yang Dia tidak dapat pergi sendiri kepada mereka, kerana apemberontakan dan pelanggaran mereka, agar melalui pelayanan para hamba-Nya mereka juga boleh mendengar firman-Nya.

38 Di kalangan orang-orang yang hebat dan perkasa yang dikumpulkan dalam kumpulan orang soleh yang besar ini ialah Bapa aAdam, Yang Lanjut Usianya dan bapa kepada semuanya,

39 Dan Ibu aHawa kita yang mulia, bersama ramai para puterinya yang setia yang telah hidup sepanjang zaman dan menyembah Tuhan yang hidup dan sejati.

40 aHabel, orang mati bsyahid yang pertama, berada di sana, dan adik lelakinya cSet, salah seorang daripada mereka yang perkasa, yang drupanya mirip dengan ayahnya, Adam.

41 aNuh, orang yang memberikan amaran tentang air bah; bSem, cimam tinggi yang agung; dAbraham, bapa kepada yang setia; eIshak, fYakub, dan gMusa, pemberi hukum Israel yang hebat;

42 Dan aYesaya, yang memaklumkan melalui nubuat bahawa Penebus ditetapkan untuk mengikat yang patah hati, untuk memaklumkan kebebasan kepada bpara tawanan, dan pembukaan cpenjara bagi mereka yang tertawan, juga berada di sana.

43 Selain itu, aYehezkiel, yang telah ditunjukkan dalam penglihatan lembah besar yang penuh dengan btulang-tulang kering, yang akan diselubungi dengan daging, untuk datang lagi dalam ckebangkitan orang mati, jiwa-jiwa yang hidup;

44 aDaniel, yang sebelum ini sudah melihat dan meramalkan penubuhan bkerajaan Tuhan pada zaman akhir, yang tidak lagi akan dihancurkan atau pun diberikan kepada umat lain;

45 aElias, yang berada bersama Musa di atas Gunung bPerubahan Rupa;

46 Dan aMaleakhi, nabi yang bersaksi tentang kedatangan bElia—yang juga dibicarakan oleh Moroni kepada Nabi Joseph Smith, memaklumkan bahawa dia akan datang sebelum kedatangan chari Tuhan yang besar dan mengerikan—juga berada di sana.

47 Nabi Elia akan menanamkan ke dalam ahati anak-anak janji yang telah dibuat kepada nenek moyang mereka,

48 Memberikan bayangan tentang apekerjaan besar yang akan dilakukan di dalam bbait-bait suci Tuhan pada kegenapan czaman, untuk penebusan orang mati, dan dpemeteraian anak-anak kepada ibu bapa mereka, agar jangan seluruh bumi dihentam dengan kutukan dan sepenuhnya dihancurkan pada kedatangan-Nya.

49 Semua ini dan banyak lagi, bahkan apara nabi yang tinggal di kalangan bangsa Nefi dan bersaksi tentang kedatangan Putera Tuhan, bergaul di dalam perhimpunan yang besar itu dan menunggu pembebasan mereka,

50 Kerana yang mati telah melihat ketiadaan aroh mereka daripada tubuh mereka sedemikian lama sebagai suatu bpenawanan.

51 Mereka ini telah Tuhan ajari, dan berikan mereka akuasa untuk datang, selepas kebangkitan-Nya dari yang mati, untuk masuk ke dalam kerajaan Bapa-Nya, untuk dimahkotai dengan bkebaqaan dan ckehidupan kekal di sana,

52 Dan meneruskan sejak dari itu pekerjaan mereka sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Tuhan, dan menjadi pengambil bahagian akan segala aberkat yang disimpan bagi mereka yang mengasihi-Nya.

53 Nabi Joseph Smith, dan ayahku, Hyrum Smith, Brigham Young, John Taylor, Wilford Woodruff, dan roh-roh terpilih yang lain yang telah adisimpan untuk datang dalam kegenapan zaman untuk mengambil bahagian dalam meletakkan blandasan pekerjaan zaman akhir yang besar,

54 Termasuklah pembinaan bait-bait suci dan pelaksanaan tatacara-tatacara di dalamnya untuk penebusan orang amati, juga ada di dunia roh.

55 Aku perhatikan bahawa mereka juga berada di kalangan mereka yang amulia dan agung yang telah bdipilih pada permulaannya untuk menjadi para pemerintah di dalam Gereja Tuhan.

56 Bahkan sebelum mereka lahir, mereka, bersama ramai yang lain, menerima pelajaran-pelajaran pertama mereka di dunia roh dan adisediakan untuk datang pada bwaktu yang tepat bagi Tuhan untuk bekerja di dalam cladang anggur-Nya demi keselamatan jiwa manusia.

57 Aku melihat bahawa apara penatua yang setia dari zaman ini, apabila mereka meninggalkan kehidupan fana, meneruskan pekerjaan mereka dalam pengkhutbahan Injil pertaubatan dan penebusan, melalui pengorbanan Putera Tunggal Bapa, di kalangan mereka yang berada dalam bkegelapan dan di bawah penawanan dosa di dalam dunia roh orang mati yang besar.

58 Orang mati yang bertaubat akan aditebus, melalui kepatuhan pada btatacara-tatacara rumah Tuhan,

59 Dan selepas mereka membayar hukuman bagi pelanggaran mereka, dan adibersihkan, akan menerima ganjaran menurut bpekerjaan mereka, kerana mereka ialah para pewaris keselamatan.

60 Demikianlah penglihatan tentang penebusan orang mati diwahyukan kepadaku, dan aku memberikan kesaksian, dan aku tahu bahawa kesaksian ini adalah abenar, melalui berkat daripada Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus, demikianlah. Amin.