Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 137


Bahagian 137

Sebuah penglihatan yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith, di dalam bait suci di Kirtland, Ohio, 21 Januari 1836. Kejadiannya adalah pelaksanaan tatacara-tatacara dalam persediaan untuk kebaktian bait suci.

1–6, Nabi melihat abangnya Alvin di dalam kerajaan selestial; 7–9, Ajaran keselamatan bagi orang mati diwahyukan; 10, Semua anak diselamatkan di dalam kerajaan selestial.

1 aLangit dibukakan kepada kami, dan aku melihat kerajaan bselestial Tuhan, dan kemuliaannya, sama ada di dalam ctubuh atau di luar tidak dapat aku katakan.

2 Aku melihat keindahan apintu gerbang yang luar biasa yang mana melaluinya para pewaris kerajaan itu akan masuk, yang seumpama bulatan lingkaran bapi;

3 Juga takhta Tuhan yang aterang bersinar, yang mana di atasnya bBapa dan cPutera sedang duduk.

4 Aku melihat jalan-jalan kerajaan itu yang indah, yang kelihatannya diturap dengan aemas.

5 Aku melihat Bapa aAdam dan bAbraham; dan cayahku dan dibuku; abangku eAlvin, yang sudah lama meninggal;

6 Dan hairan bagaimanakah itu terjadi bahawasanya dia telah amewarisi sebuah tempat di dalam kerajaan itu, kerana dia telah meninggalkan kehidupan ini sebelum Tuhan menggerakkan tangannya untuk mengumpulkan Israel pada kali bkedua, dan belum cdibaptiskan lagi bagi pengampunan dosa-dosa.

7 Demikianlah datang asuara Tuhan kepadaku, memfirmankan: Semua orang yang telah mati btanpa sebarang pengetahuan tentang Injil ini, yang akan menerimanya jika mereka diizinkan untuk terus hidup, akan menjadi cpewaris kerajaan dselestial Tuhan;

8 Juga semua yang akan mati mulai sekarang tanpa sebarang pengetahuan tentangnya, yang aakan menerimanya dengan segenap hati mereka, akan menjadi para pewaris kerajaan itu;

9 Kerana Aku, Tuhan, akan amenghakimi semua orang menurut bpekerjaan mereka, menurut chasrat hati mereka.

10 Dan aku juga melihat bahawa semua anak yang mati sebelum mereka mencapai aumur kebertanggungjawaban bdiselamatkan di dalam kerajaan syurga selestial.