Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 136


Bahagian 136

Firman dan kehendak Tuhan, diberikan melalui Presiden Brigham Young di Winter Quarters, Perkhemahan Israel, Wilayah Omaha, di bahagian barat tepi Sungai Missouri, berdekatan dengan Council Bluffs, Iowa.

1–16, Bagaimana Perkhemahan Israel harus diatur untuk perjalanan ke barat dijelaskan; 17–27, Para Orang Suci diperintahkan untuk menuruti beberapa taraf Injil; 28–33, Para Orang Suci haruslah menyanyi, menari, berdoa, dan belajar kebijaksanaan; 34–42, Para nabi dibunuh supaya mereka boleh dihormati dan yang jahat dihukum.

1 Firman dan Kehendak Tuhan berkenaan Perkhemahan Israel dalam perjalanan mereka ke Barat:

2 Biarlah semua umat aGereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, dan mereka yang melakukan perjalanan bersama mereka, diaturkan di dalam rombongan, dengan sebuah perjanjian dan berjanji untuk mentaati semua perintah dan peraturan Tuhan Raja kita.

3 Biarlah rombongan-rombongan tersebut diaturkan dengan para pemimpin ke atas kumpulan aseratus orang, para pemimpin ke atas kumpulan lima puluh orang, dan para pemimpin ke atas kumpulan sepuluh orang, dengan seorang presiden dan dua orang penasihatnya sebagai ketua mereka, di bawah arahan Dua Belas bRasul.

4 Dan ini akan menjadi aperjanjian kita—bahawa kita akan bberjalan dalam semua ctatacara Tuhan.

5 Biarlah setiap rombongan menyediakan bagi diri mereka segala lembu penarik, gerabak, bekalan, pakaian, dan keperluan lain untuk perjalanan itu, yang mereka mampu.

6 Apabila rombongan-rombongan itu sudah diaturkan biarlah mereka pergi dengan daya mereka, untuk menyediakan bagi mereka yang akan tinggal.

7 Biarlah setiap rombongan, dengan para pemimpin dan presiden mereka, memutuskan berapa banyak yang dapat pergi pada musim bunga yang akan datang; kemudian memilih jumlah yang secukupnya orang-orang yang berbadan sihat dan berkebolehan, untuk membawa lembu-lembu penarik, benih, dan peralatan bertani, untuk pergi sebagai perintis untuk bersedia menanam tanaman musim bunga.

8 Biarlah setiap rombongan menanggung pembahagian yang sama rata, menurut keuntungan pelaburan dari harta-harta mereka, dalam membawa yang amiskin, bpara janda, canak-anak yatim, dan para keluarga mereka yang telah masuk ke dalam tentera, agar seruan para janda dan anak yatim tidak naik ke telinga Tuhan terhadap orang-orang ini.

9 Biarlah setiap rombongan menyediakan rumah, dan ladang untuk menanam biji-bijian, untuk mereka yang akan tinggal pada musim ini; dan inilah kehendak Tuhan berkenaan umat-Nya.

10 Biarlah setiap orang menggunakan segala pengaruh dan hartanya untuk memindahkan umat ini ke tempat di mana Tuhan akan menempatkan sebuah apancang Sion.

11 Dan jika kamu melakukan ini dengan hati yang suci, dengan seluruh kesetiaan, kamu akan adiberkati; kamu akan diberkati dalam kawanan dombamu, dan dalam kawanan ternakanmu, dan di ladangmu, dan di rumahmu, dan dalam keluargamu.

12 Biarlah hamba-Ku Ezra T. Benson dan Erastus Snow mengaturkan sebuah rombongan.

13 Dan biarlah hamba-Ku Orson Pratt dan Wilford Woodruff mengaturkan sebuah rombongan.

14 Juga, biarlah hamba-Ku Amasa Lyman dan George A. Smith mengaturkan sebuah rombongan.

15 Dan melantik para presiden, dan para pemimpin ke atas kumpulan-kumpulan seratus, dan lima puluh, dan sepuluh orang.

16 Dan biarlah para hamba-Ku yang telah ditetapkan pergi dan mengajarkan ini, kehendak-Ku, kepada para orang suci, agar mereka boleh bersedia untuk pergi ke sebuah tempat yang aman.

17 Pergilah pada jalanmu dan lakukanlah seperti yang telah Aku beritahukan kepadamu, dan janganlah takut terhadap musuhmu; kerana mereka tidak akan mempunyai kuasa untuk menghentikan pekerjaan-Ku.

18 Sion akan aditebus menurut waktu-Ku sendiri yang tepat.

19 Dan jika sesiapa pun akan berusaha untuk mengagungkan dirinya, dan tidak mencari anasihat-Ku, dia tidak akan mempunyai kuasa, dan kebodohannya akan dinyatakan.

20 Berusahalah kamu; dan apeganglah segala janjimu kepada satu sama lain; janganlah bmendambakan apa yang merupakan milik saudaramu.

21 aJauhkanlah dirimu dari kekejian menggunakan nama Tuhan dengan sia-sia, kerana Aku ialah Tuhan Rajamu, bahkan bTuhan nenek moyangmu, Tuhan Abraham dan Ishak dan Yakub.

22 aAku ialah Dia yang telah menuntun anak-anak Israel keluar dari negeri Mesir; dan lengan-Ku terentang pada zaman akhir, untuk bmenyelamatkan umat-Ku Israel.

23 Berhentilah abertikai di antara satu sama lain; berhenti bercakap bjahat tentang satu sama lain.

24 Hentikanlah akemabukan; dan biarlah perkataanmu blebih cenderung meneguhkan satu sama lain.

25 Jika engkau meminjam daripada jiranmu, engkau seharusnya mengembalikan apa yang telah engkau apinjami; dan jika engkau tidak dapat membayar kembali maka pergilah dengan segera dan beritahulah jiranmu, agar jangan dia menghukummu.

26 Jika engkau telah menemui apa yang jiranmu telah akehilangan, engkau haruslah mencari dengan tekun sehingga engkau dapat mengembalikan ia kepadanya.

27 Engkau haruslah atekun dalam menjaga apa-apa pun yang engkau miliki, agar engkau menjadi seorang bpengawas yang bijak; kerana itu adalah kurniaan percuma daripada Tuhan Rajamu, dan engkau adalah pengawas-Nya.

28 Jika engkau bersukaria, pujilah Tuhan dengan abernyanyi, dengan muzik, dengan menari, dan dengan bdoa pujian dan cucapan terima kasih.

29 Jika engkau apenuh dukacita, mintalah kepada Tuhan Rajamu dengan rayuan, agar jiwamu penuh bkebahagiaan.

30 Janganlah takut terhadap musuhmu, kerana mereka berada dalam tangan-Ku dan Aku akan lakukan menurut keinginan-Ku terhadap mereka.

31 Umat-Ku mesti adicubai dalam segala hal, agar mereka boleh bersedia untuk menerima bkemuliaan yang Aku miliki untuk mereka, bahkan kemuliaan Sion; dan dia yang tidak mahu menanggung chajaran tidak layak bagi kerajaan-Ku.

32 Biarlah dia yang kurang berpengetahuan belajar akebijaksanaan dengan bmerendahkan hatinya dan meminta kepada Tuhan Rajanya, agar matanya boleh dibukakan sehingga dia boleh melihat, dan telinganya dibukakan sehingga dia boleh mendengar;

33 Kerana aRoh-Ku diutuskan ke dalam dunia untuk mengajarkan yang rendah hati dan menyesal, dan untuk penghukuman bagi orang yang fasiq.

34 Saudara-saudaramu telah menolakmu dan kesaksianmu, bahkan bangsa yang telah amenghalaumu keluar;

35 Dan sekarang datanglah hari malapetaka mereka, bahkan hari-hari kedukaan, bagaikan seorang wanita yang sedang bersalin; dan kedukaan mereka akan sebegitu besar kecuali mereka segera bertaubat, ya, secepatnya.

36 Kerana mereka membunuh para nabi, dan mereka yang telah diutuskan kepada mereka; dan mereka telah menumpahkan darah yang tidak berdosa, yang berseru dari tanah terhadap mereka.

37 Oleh kerana itu, janganlah takjub terhadap hal-hal ini, kerana kamu belumlah asuci; kamu belum dapat menahan kemuliaan-Ku; tetapi kamu akan melihatnya jika kamu setia dalam mentaati segala firman-Ku yang telah Aku bberikan kepadamu, dari zaman Adam hingga Abraham, dari Abraham hingga Musa, dari Musa hingga Yesus dan para rasul-Nya, dan dari Yesus dan para rasul-Nya hingga Joseph Smith, yang Aku panggil melalui cpara malaikat-Ku, para hamba-Ku yang melayani, dan melalui suara-Ku sendiri dari syurga, untuk membawakan pekerjaan-Ku;

38 Dia telah meletakkan landasan itu, dan setia; dan Aku mengambilnya kepada diri-Ku.

39 Banyak yang telah takjub kerana kematiannya; tetapi adalah perlu bahawa dia harus amemeteraikan bkesaksiannya dengan cdarahnya, agar dia boleh dihormati dan yang jahat boleh dihukum.

40 Bukankah Aku telah membebaskanmu daripada amusuh-musuhmu, kerana hanya begitulah Aku telah meninggalkan sebuah kesaksian nama-Ku?

41 Sekarang, oleh kerana itu, dengarlah, Wahai kamu umat agereja-Ku; dan kamu para penatua dengarkanlah bersama; kamu telah menerima bkerajaan-Ku.

42 Tekunlah dalam mentaati semua perintah-Ku, agar jangan penghakiman datang kepada dirimu, dan imanmu gagal bagimu, dan musuhmu mengatasi dirimu. Oleh itu tiada lagi buat masa ini. Amin dan amin.