Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 121


Bahagian 121

Doa dan nubuat-nubuat yang ditulis oleh Nabi Joseph Smith dalam sepucuk surat kepada Gereja semasa dia menjadi seorang tahanan di dalam penjara di Liberty, Missouri, bertarikh 20 Mac 1839. Nabi dan beberapa orang rakan telah berada di dalam tahanan berbulan-bulan lamanya. Petisyen dan rayuan mereka yang diarahkan kepada para pegawai eksekutif dan badan kehakiman telah gagal untuk membawakan pertolongan bagi mereka.

1–6, Nabi memohon kepada Tuhan bagi para Orang Suci yang menderita; 7–10, Tuhan memfirmankan kedamaian kepadanya; 11–17, Terkutuklah mereka semua yang membangkitkan tuduhan pelanggaran palsu terhadap umat Tuhan; 18–25, Mereka tidak akan memiliki hak ke atas imamat dan akan dilaknat; 26–32, Wahyu-wahyu yang mulia dijanjikan kepada mereka yang bertahan dengan gagah berani; 33–40, Mengapa banyak orang yang dipanggil dan sedikit yang dipilih; 41–46, Imamat harus digunakan hanya dalam kesolehan.

1 Ya Tuhan, di manakah Engkau? Dan di manakah khemah yang menutupi atempat persembunyian-Mu?

2 aBerapa lamakah tangan-Mu akan ditahan, dan mata-Mu, ya mata-Mu yang suci, melihat dari syurga yang kekal ketidakadilan terhadap umat-Mu dan terhadap para hamba-Mu, dan telinga-Mu ditembusi oleh seruan mereka?

3 Ya, Ya Tuhan, aberapa lamakah mereka akan menderita ketidakadilan dan penindasan yang tidak sah ini, sebelum hati-Mu akan dilembutkan terhadap mereka, dan sanubarimu disentuh dengan rasa kasihan terhadap mereka?

4 Ya Tuhan Raja yang aPerkasa, pencipta langit, bumi, dan lautan, dan semua yang ada di dalamnya, dan yang mengawal dan menundukkan iblis, dan kekuasaan Seol yang gelap dan gelita—rentangkanlah tangan-Mu; biarlah mata-Mu menusuk; biarlah khemah-Mu diambil; biarlah btempat persembunyian-Mu tidak lagi ditutupi; biarlah telinga-Mu mendengar; biarlah hati-Mu dilembutkan, dan sanubari-Mu disentuh dengan rasa kasihan terhadap kami.

5 Biarlah kemarahan-Mu ternyala terhadap musuh kami; dan, dalam kegeraman hati-Mu, dengan pedang-Mu amenuntut bela bagi kami di atas ketidakadilan terhadap kami.

6 Ingatlah para orang suci-Mu yang menderita, Ya Tuhan kami; dan para hamba-Mu akan bersukacita dalam nama-Mu selamanya.

7 Anak-Ku, damai sejahteralah bagi jiwamu; akesusahanmu dan kesengsaraanmu akan menjadi bahkan suatu saat yang kecil;

8 Dan kemudian, jika engkau abertahan di dalamnya dengan baik, Tuhan akan memuliakan engkau di syurga; engkau akan memenangi semua musuhmu.

9 aTeman-temanmu berdiri disampingmu, dan mereka akan menyambut engkau lagi dengan hati yang hangat dan tangan yang ramah.

10 Engkau belumlah seperti aAyub; teman-temanmu tidak menentang engkau, tidak juga mendakwa engkau dengan pelanggaran, seperti yang mereka lakukan terhadap Ayub.

11 Dan mereka yang mendakwa engkau dengan pelanggaran, harapan mereka akan dihancurkan, dan jangkaan mereka akan lenyap lebur bagaikan aembun beku yang mencair di dalam cahaya matahari terbit yang membakar;

12 Dan juga bahawa Tuhan telah menetapkan tangan dan meterai-Nya untuk mengubah awaktu dan masa, dan untuk membutakan fikiran mereka, agar mereka tidak dapat memahami pekerjaan-Nya yang menakjubkan; agar Dia boleh menguji mereka juga dan menangkap mereka dalam kelicikan jahat mereka sendiri;

13 Juga disebabkan hati mereka yang busuk, dan hal-hal yang mereka hendak lakukan kepada orang lain, dan suka melihat orang lain menderita, akan datang ke atas adiri mereka dengan sepenuhnya;

14 Supaya mereka boleh kecewa juga, dan harapan mereka boleh disingkirkan;

15 Dan tidak sampai bertahun-tahun selepas ini, bahawa mereka dan anak cucu mereka akan dilenyapkan dari bumi, firman Tuhan, sehingga tiada seorang pun daripada mereka yang tinggal untuk hidup.

16 Terkutuklah mereka semua yang akan mengangkat tumit menentang mereka yang Aku atetapkan, firman Tuhan, dan mengatakan mereka telah bberdosa apabila mereka tidak berdosa di hadapan-Ku, firman Tuhan, tetapi telah melakukan apa yang sepatutnya di mata-Ku, dan yang Aku telah perintahkan kepada mereka.

17 Tetapi mereka yang mengatakan pelanggaran melakukannya kerana mereka merupakan hamba dosa, dan mereka sendiri merupakan aanak-anak yang tidak patuh.

18 Dan mereka yang bersumpah palsu terhadap para hamba-Ku, agar mereka boleh membawa mereka ke dalam penawanan dan kematian—

19 Celakalah mereka; kerana mereka telah abersalah terhadap anak-anak kecil-Ku mereka akan diceraikan dari btatacara-tatacara rumah-Ku.

20 aBakul-bakul mereka tidak akan penuh, rumah mereka dan ladang mereka akan musnah, dan mereka sendiri akan dikeji oleh mereka yang pernah menyanjungi mereka.

21 Mereka tidak akan berhak ke atas aimamat, dan juga anak cucu mereka selepas mereka dari generasi ke generasi.

22 Adalah alebih baik bagi mereka bahawa sebuah batu pengisar dikalungkan di leher mereka, dan mereka dibenamkan ke dalam laut.

23 Celakalah mereka semua yang meresahkan umat-Ku, dan menghalau, dan membunuh, dan bersaksi menentang mereka, firman Tuhan Semesta Alam; sebuah agenerasi ular berbisa tidak akan terlepas daripada kelaknatan neraka.

24 Lihatlah, mata-Ku amelihat dan mengetahui segala pekerjaan mereka, dan Aku memiliki dalam simpananku sebuah bpenghakiman yang segera pada masanya, untuk mereka semua;

25 Kerana adanya awaktu yang ditetapkan bagi setiap orang, menurut bpekerjaannya.

26 Tuhan akan memberi kepadamu apengetahuan melalui bRoh Kudus-Nya, ya, melalui ckurnia Roh Kudus yang tidak terucapkan, yang belum didedahkan sejak dunia ada sehingga sekarang;

27 Yang mana nenek moyang kita telah menunggu dengan harapan yang bersemangat untuk diwahyukan pada zaman akhir, yang mana fikiran mereka telah ditujukan oleh para malaikat, sebagaimana disimpan untuk kegenapan kemuliaan mereka;

28 Suatu masa yang akan datang dimana atiada apa yang akan disembunyikan, sama ada terdapat seorang Tuhan atau banyak bTuhan, ianya akan dinyatakan.

29 Segala takhta dan kekuasaan, pemerintahan dan kuasa, akan adiwahyukan dan dinyatakan kepada semua orang yang telah bertahan dengan gagah berani demi Injil Yesus Kristus.

30 Dan juga, jika ada abatas-batas yang ditentukan pada langit atau lautan, atau pada tanah kering, atau pada matahari, bulan, atau bintang-bintang—

31 Seluruh waktu kitarannya, semua hari, bulan, dan tahun yang ditetapkan, dan semua masa bagi hari, bulan, dan tahunnya, dan seluruh kemuliaan, hukum, dan waktunya yang ditentukan, akan diwahyukan pada masa kegenapan azaman

32 Menurut apa yang telah ditetapkan di tengah aMajlis bTuhan Yang Abadi bagi semua Tuhan lain sebelum dunia ini ada, yang akan disimpan untuk penyelesaian dan pengakhirannya, apabila setiap orang akan masuk ke dalam chadirat abadi-Nya dan ke dalam dperistirahatan baqa-Nya.

33 Berapa lamakah air yang mengalir dapat kekal tercemar? Kuasa apakah yang akan menahan syurga? Seperti juga manusia merentangkan lengannya yang lemah untuk menghentikan Sungai Missouri dalam alirannya yang telah ditetapkan, atau untuk memesongkannya ke hulu sungai, seolah-olah untuk menghalang Yang Maha Kuasa daripada mencurahkan apengetahuan dari syurga kepada para Orang Suci Zaman Akhir.

34 Lihatlah, ada banyak yang adipanggil, tetapi sedikit yang bdipilih. Dan mengapa mereka tidak dipilih?

35 Kerana hati mereka diletakkan begitu banyak pada hal-hal dari adunia ini, dan menginginkan bkehormatan manusia, sehingga mereka tidak belajar satu pengajaran ini—

36 Bahawa ahak-hak keimamatan tidak terpisah dari hubungannya dengan bkuasa syurga, dan bahawa kuasa syurga tidak dapat dikawal dan juga dijalankan kecuali berdasarkan asas-asas ckesolehan.

37 Bahawa ianya boleh dianugerahkan ke atas diri kita, ianya benar; tetapi apabila kita berusaha untuk amenutup bdosa-dosa kita, atau untuk memuaskan ckesombongan kita, cita-cita kita yang sia-sia, atau untuk melakukan pengawalan atau kekuasaan atau paksaan ke atas jiwa anak-anak manusia, dalam apa pun kadar ketidaksolehan, lihatlah, syurga dmenarik dirinya; Roh Tuhan dipilukan; dan apabila ianya ditarik kembali, tamatlah imamat atau wewenang lelaki itu.

38 Lihatlah, sebelum dia menyedarinya, dia ditinggalkan seorang diri, untuk amenendang kayu pengiring yang tajam, bmenganiayai para orang suci, dan melawan menentang Tuhan.

39 Kita telah belajar melalui pengalaman sedih bahawa ianya adalah asifat dan kecenderungan hampir semua manusia, sebaik sahaja mereka memperoleh sedikit wewenang, menurut anggapan mereka, mereka dengan segera mula menjalankan kekuasaan yang tidak soleh.

40 Oleh sebab itu banyak yang dipanggil, tetapi sedikit yang dipilih.

41 Tidak ada kuasa atau pengaruh yang dapat atau seharusnya dipertahankan melalui kehemahan keimamatan, kecuali dengan adorongan, dengan bkepanjangsabaran, dengan kelemah-lembutan dan kelembutan hati, dan dengan kasih yang tidak berpura-pura;

42 Dengan kebaikan hati, dan pengetahuan yang suci, yang akan meneguhkan jiwa tanpa akemunafikan, dan tanpa btipu daya

43 aMenegur tepat waktunya dengan ketajaman, apabila disentuh oleh Roh Kudus; dan kemudian menunjukkan peningkatan bkasih terhadap dia yang telah engkau teguri, agar jangan dia menganggap engkau sebagai musuhnya;

44 Agar dia boleh mengetahui bahawa kesetiaanmu lebih kuat daripada tali kematian.

45 Biarlah sanubarimu juga penuh kasih ihsan terhadap semua orang, dan kepada kaum keluarga seiman, dan biarlah akehemahan mengisi bfikiranmu tanpa henti; maka keyakinanmu akan menjadi kuat di dalam hadirat Tuhan; dan ajaran keimamatan akan meresap ke dalam jiwamu bagaikan cembun dari langit.

46 aRoh Kudus akan menjadi temanmu yang tetap, dan cokmarmu sebuah cokmar kesolehan dan kebenaran yang tidak berubah; dan bkekuasaanmu akan menjadi kekuasaan kekal, dan tanpa sebarang paksaan akan mengalir kepadamu selama-lamanya.