Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 113


Bahagian 113

Jawapan terhadap persoalan-persoalan tertentu tentang tulisan Yesaya, diberikan oleh Nabi Joseph Smith, di atau berdekatan Far West Missouri, Mac 1838.

1–6, Tunggul Isai, tunas yang tumbuh darinya, dan akar Isai dikenalpasti; 7–10, Lebihan keturunan Sion yang tercerai-berai memiliki hak ke atas imamat dan dipanggil untuk kembali kepada Tuhan.

1 Siapakah Tunggul aIsai yang dibicarakan dalam ayat ke-1, 2, 3, 4, dan 5 dalam Yesaya bab ke-11?

2 Sesungguhnya demikianlah firman Tuhan: Itu ialah Kristus.

3 Apakah tunas yang dibicarakan dalam ayat pertama bab ke-11 dari Yesaya, yang akan tumbuh dari Tunggul Isai?

4 Lihatlah, demikianlah firman Tuhan: Dia ialah seorang hamba dalam tangan Kristus, yang separuhnya berketurunan Isai dan separuh dari aEfraim, atau dari bani Yusuf, yang di dalamnya terletak banyak bkuasa.

5 Apakah akar Isai yang dibicarakan dalam ayat ke-10 bab ke-11?

6 Lihatlah, demikianlah firman Tuhan, itu ialah keturunan Isai, juga keturunan Yusuf, kepadanya imamat adalah kepunyaannya secara sah, dan akunci-kunci kerajaan, untuk sebuah bpanji, dan untuk cpengumpulan umat-Ku pada zaman akhir.

7 Soalan-soalan oleh Elias Higbee: Apakah yang dimaksudkan dengan perintah di dalam Yesaya, bab ke-52, ayat ke-1, yang mengatakan: Kenakanlah pakaian kebesaranmu, Wahai Sion—dan umat manakah yang dirujuk oleh Yesaya?

8 Dia merujuk kepada mereka yang akan Tuhan panggil pada zaman akhir, yang akan memegang kuasa imamat untuk membawa aSion kembali, dan penebusan Israel; dan mengenakan pakaian bkebesarannya adalah mengenakan wewenang imamat, yang dia, Sion, miliki chaknya melalui garis keturunan; juga untuk kembali pada kuasa itu yang telah hilang daripadanya.

9 Apa yang mesti kita fahami apabila Sion melepaskan dirinya dari ikatan di lehernya; ayat ke-2?

10 Kita mesti memahami bahawa lebihan keturunan yang atercerai-berai didorong untuk bkembali kepada Tuhan dari tempat mereka telah jatuh; yang mana jika mereka melakukannya, janji Tuhan adalah bahawa Dia akan berfirman kepada mereka, atau memberikan mereka wahyu. Lihat ayat ke-6, 7, dan 8. Ikatan di lehernya adalah kutukan Tuhan ke atasnya, atau sisa bani Israel dalam keadaan mereka yang tercerai-berai di kalangan bangsa bukan Israel.