Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 110


Bahagian 110

Penglihatan-penglihatan yang dinyatakan kepada Nabi Joseph Smith dan Oliver Cowdery di dalam bait suci di Kirtland, Ohio, 3 April 1836. Kejadiannya merupakan sebuah pertemuan hari Sabat. Sejarah Joseph Smith menyatakan: “Pada waktu tengah hari, saya membantu para Presiden yang lain mengedarkan Perjamuan Tuhan kepada Gereja, menerimanya daripada Dua Belas, yang mempunyai hak istimewa untuk bertugas di meja yang kudus hari ini. Setelah melaksanakan pelayanan ini kepada saudara-saudaraku, saya mengundurkan diri ke mimbar, dengan tirai diturunkan, dan membongkokkan diri saya, bersama Oliver Cowdery, dalam doa yang khusyuk dan senyap. Setelah bangkit dari doa, penglihatan berikut dibukakan kepada kami berdua.”

1–10, Tuhan Yehova menampakkan diri dalam kemuliaan dan menerima Bait Suci Kirtland sebagai rumah-Nya; 11–12, Musa dan Elias masing-masing menampakkan diri dan menganugerahkan kunci-kunci dan zaman keagamaan mereka; 13–16, Elia kembali dan menganugerahkan kunci-kunci zaman keagamaannya seperti mana yang dijanjikan oleh Maleakhi.

1 aTirai diambil dari minda kami, dan bmata pemahaman kami dibukakan.

2 Kami melihat Tuhan berdiri di atas sandaran mimbar itu, di hadapan kami; dan di bawah kaki-Nya terdapat turapan berlapiskan emas murni, dengan warna seperti kuning jingga.

3 aMata-Nya bagaikan nyalaan api; rambut kepala-Nya putih bagaikan salji yang murni; bair muka-Nya bersinar melebihi keterangan matahari; dan csuara-Nya bagaikan bunyi deru perairan yang luas, bahkan suara dYehova, memfirmankan:

4 Akulah yang apertama dan yang terakhir; Akulah Dia yang bhidup, Aku lah Dia yang dibunuh; Akulah cpembelamu dengan Bapa.

5 Lihatlah, dosa-dosamu adiampuni bagimu; kamu bersih di hadapan-Ku; oleh kerana itu, angkatlah kepalamu dan bersukacitalah.

6 Biarlah hati saudara-saudaramu bersukacita, dan biarlah hati seluruh umat-Ku bersukacita, yang telah, dengan daya mereka, amembangunkan rumah ini demi nama-Ku.

7 Kerana lihatlah, Aku telah amenerima brumah ini, dan nama-Ku akan berada di sini; dan Aku akan menyatakan diri-Ku kepada umat-Ku dengan belas kasihan di dalam rumah ini.

8 Ya, Aku akan amenampakkan diri kepada para hamba-Ku, dan berfirman kepada mereka dengan suara-Ku sendiri, jika umat-Ku akan mentaati perintah-perintah-Ku, dan tidak bmencemarkan crumah kudus ini.

9 Ya beribu dan berpuluh ribu hati manusia akan bersukacita dengan besar disebabkan aberkat-berkat yang akan dicurahkan, dan bpenganugerahan yang dengannya para hamba-Ku telah dianugerahi di dalam rumah ini.

10 Dan kemasyhuran rumah ini akan terseebar ke negeri-negeri asing; dan inilah permulaan bagi berkat yang akan adicurahkan ke atas umat-Ku. Demikianlah. Amin.

11 Setelah apenglihatan ini ditutup, syurga dibukakan lagi kepada kami; dan bMusa menampakkan diri di hadapan kami, dan menganugerahkan kepada kami ckunci-kunci dpengumpulan Israel dari empat bahagian bumi, dan pimpinan sepuluh suku dari negeri eutara.

12 Selepas itu, aElias menampakkan diri, dan menganugerahkan bzaman keagamaan cInjil Abraham, mengatakan bahawa melalui kami dan keturunan kami semua generasi selepas kami akan diberkati.

13 Setelah penglihatan ini ditutup, satu lagi penglihatan besar dan mulia muncul kepada kami; kerana Nabi aElia, yang bdiambil ke syurga tanpa merasakan kematian, berdiri di hadapan kami, dan berkata:

14 Lihatlah, waktunya telah sepenuhnya datang, yang telah dibicarakan oleh mulut Maleakhi—bersaksi bahawa dia [Elia] akan diutus, sebelum hari Tuhan yang agung dan mengerikan datang—

15 Untuk amemalingkan hati nenek moyang kepada anak-anak, dan anak-anak kepada nenek moyang, agar seluruh bumi tidak dihentam dengan kutukan—

16 Oleh kerana itu, kunci-kunci zaman keagamaan ini dianugerahkan ke dalam tanganmu; dan dengan ini kamu boleh tahu bahawa ahari Tuhan yang agung dan mengerikan sudah dekat, bahkan berada di depan pintu.