Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 11


Bahagian 11

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada abangnya Hyrum Smith, di Harmony, Pennsylvania, Mei 1829. Wahyu ini diterima melalui Urim dan Tumim sebagai jawapan terhadap rayuan dan pertanyaan Joseph. Sejarah Joseph Smith menyarankan bahawa wahyu ini diterima selepas pemulihan Imamat Harun.

1–6, Para pekerja di dalam ladang anggur akan memperoleh keselamatan; 7–14, Carilah kebijaksanaan, serukanlah pertaubatan, percayalah kepada Roh; 15–22, Taatilah perintah-perintah, dan kajilah firman Tuhan; 23–27, Janganlah menyangkal roh wahyu dan nubuat; 28–30, Mereka yang menerima Kristus menjadi anak-anak Tuhan.

1 aSuatu pekerjaan yang menakjubkan dan agung hampir tiba di kalangan anak-anak manusia.

2 Lihatlah, Aku ialah Tuhan; aendahkanlah bfirman-Ku, yang hidup dan cpenuh kuasa, dlebih tajam daripada sebilah pedang bermata dua, untuk pembelahan baik tulang sendi mahupun sumsum; oleh kerana itu endahkanlah firman-Ku.

3 Lihatlah, ladang telah amemutih sedia dituai; oleh kerana itu, barang siapa berhasrat untuk menuai, biarlah dia menghayunkan sabitnya dengan dayanya, dan menuai sementara hari masih ada, agar dia boleh bmenyimpan bagi jiwanya keselamatan cabadi di dalam kerajaan Tuhan.

4 Ya, barang siapa akan mengayunkan asabitnya dan menuai, orang yang sama dipanggil oleh Tuhan.

5 Oleh kerana itu, jika kamu akan ameminta daripada-Ku kamu akan menerima; jika kamu akan mengetuk akan dibukakan bagimu.

6 Sekarang, kerana kamu telah meminta, lihatlah, Aku berfirman kepadamu, taatilah perintah-perintah-Ku, dan usahakanlah untuk mendatangkan dan menegakkan tujuan aSion.

7 Janganlah mencari akekayaan tetapi bkebijaksanaan, dan lihatlah, misteri-misteri Tuhan akan dibukakan kepadamu, dan kemudian kamu akan dijadikan kaya. Lihatlah, dia yang memperoleh kehidupan abadi adalah kaya.

8 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahkan seperti kamu menghasratkan daripada-Ku demikianlah akan terjadi kepadamu; dan jika kamu menghasratkannya, kamu akan menjadi sarana untuk melakukan banyak kebaikan dalam generasi ini.

9 Janganlah amengatakan apa pun selain bpertaubatan kepada generasi ini; taatilah perintah-perintah-Ku, dan bantulah untuk mendatangkan pekerjaan-Ku, cmenurut perintah-perintah-Ku, dan kamu akan diberkati.

10 Lihatlah, engkau memiliki sebuah akurnia, atau engkau akan memperoleh sebuah kurnia jika engkau akan menghasratkannya daripada-Ku dalam iman, dengan hati yang bjujur, percaya pada kuasa Yesus Kristus, atau pada kuasa-Ku yang berfirman kepadamu;

11 Kerana, lihatlah, Akulah yang berfirman; lihatlah, Aku ialah acahaya yang bersinar dalam kegelapan, dan melalui bkuasa-Ku Aku memberikan firman ini kepadamu.

12 Dan sekarang, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, letaklah akepercayaanmu kepada bRoh itu yang menuntun untuk melakukan kebaikan—ya, untuk melakukan keadilan, untuk cberjalan dengan drendah hati, untuk emenghakimi dengan benar; dan inilah Roh-Ku.

13 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, Aku akan memberi kepadamu Roh-Ku, yang akan amenerangi bfikiranmu, yang akan mengisi jiwamu dengan ckebahagiaan;

14 Dan pada waktu itu kamu akan tahu, atau melalui ini kamu akan tahu, segala hal apa pun yang kamu hasratkan daripada-Ku, yang berkaitan dengan hal-hal akebenaran, dalam iman percaya kepada-Ku bahawa kamu akan menerima.

15 Lihatlah, Aku memerintahkanmu agar kamu tidak perlu menganggap bahawa kamu dipanggil untuk berkhutbah sehinggalah kamu adipanggil.

16 Tunggulah lama sedikit, sehingga kamu akan memiliki firman-Ku, abatu-Ku, gereja-Ku, dan Injil-Ku, agar kamu boleh mengetahui ajaran-Ku dengan suatu kepastian.

17 Dan kemudian, lihatlah, menurut hasrat-hasratmu, ya, bahkan menurut imanmu ia akan terjadi kepadamu.

18 Taatilah perintah-perintah-Ku; senyaplah kamu; mohonlah kepada Roh-Ku;

19 Ya, aberpautlah kepada-Ku dengan segenap hatimu, agar kamu boleh membantu dalam membawa pada terang hal-hal yang telah difirmankan—ya, penterjemahan pekerjaan-Ku; bersabarlah sehingga kamu akan menyelesaikannya.

20 Lihatlah, inilah pekerjaanmu, untuk amentaati perintah-perintah-Ku, ya, dengan segenap daya, fikiran, dan kekuatanmu.

21 Janganlah berusaha untuk memaklumkan firman-Ku, tetapi terlebih dahulu usahakanlah untuk amendapatkan firman-Ku, dan kemudian lidahmu akan dilembutkan; kemudian, jika kamu hasratkan, kamu akan memiliki Roh-Ku dan firman-Ku, ya, kuasa Tuhan untuk meyakinkan manusia.

22 Tetapi sekarang senyaplah kamu; kajilah afirman-Ku yang telah menyebar luas ke kalangan anak-anak manusia, dan juga bkajilah cfirman-Ku yang akan datang di kalangan anak-anak manusia, atau yang sekarang sedang diterjemahkan, ya, sehinggalah kamu telah mendapatkan semua yang akan Aku dberikan kepada anak-anak manusia dalam generasi ini, dan kemudian segala sesuatu akan ditambahkan padanya.

23 Lihatlah engkau ialah aHyrum, anak-Ku; bcarilah kerajaan Tuhan, dan segala sesuatu akan ditambahkan menurut apa yang adil.

24 aBangunlah di atas batu-Ku, yang merupakan bInjil-Ku;

25 Janganlah menyangkal roh awahyu, tidak juga roh bnubuat, kerana celakalah dia yang menyangkal hal-hal ini;

26 Oleh kerana itu, asimpanlah baik-baik dalam hatimu sehinggalah pada waktu itu yang di dalam kebijaksanaan-Ku bahawa kamu harus pergi.

27 Lihatlah, Aku berfirman kepada semua yang menunjukkan hasrat-hasrat yang baik, dan telah amenghayunkan sabit mereka untuk menuai.

28 Lihatlah, Aku ialah aYesus Kristus, Putera Tuhan. Aku ialah kehidupan dan bcahaya dunia.

29 Akulah yang sama yang datang kepada umat milik-Ku dan umat milik-Ku tidak menerima-Ku;

30 Tetapi sesungguhnya, sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa seberapa banyak yang menerima-Ku, kepada mereka Aku akan berikan akuasa untuk menjadi banak-anak Tuhan, bahkan kepada mereka yang percaya pada nama-Ku. Amin.