Kitab Suci
Kata-kata Mormon 1
sebelumnya seterusnya

Kata-kata Mormon

Bab 1

Mormon meringkas kepingan-kepingan besar Nefi—Dia menempatkan kepingan-kepingan kecil bersama kepingan-kepingan yang lain—Raja Benyamin menegakkan kedamaian di tanah itu. Kira-kira 385 tahun M.

1 Dan sekarang, aku, aMormon, hampir menyerahkan catatan yang telah aku buat ke dalam tangan anak lelakiku Moroni, lihatlah aku telah menyaksikan hampir seluruh kehancuran bangsaku, bangsa Nefi.

2 Dan adalah aberatus-ratus tahun setelah kedatangan Kristus ketika aku menyerahkan catatan-catatan ini ke dalam tangan anak lelakiku; dan aku kira bahawa dia akan menyaksikan kehancuran menyeluruh bangsaku. Tetapi semoga Tuhan mengabulkan bahawa dia boleh selamat setelah kematian mereka, agar dia boleh menulis sedikit berkenaan mereka, dan sedikit berkenaan Kristus, agar barangkali suatu hari ia boleh bmemanfaatkan mereka.

3 Dan sekarang, aku berbicara sedikit berkenaan apa yang telah aku tuliskan; kerana setelah aku membuat sebuah aringkasan daripada bkepingan-kepingan Nefi, hingga masa pemerintahan raja Benyamin ini, tentang siapa Amaleki berbicara, aku menyelidiki di antara ccatatan-catatan yang telah diserahkan ke dalam tanganku, dan aku menemukan kepingan-kepingan ini, yang mengandungi laporan singkat ini tentang para nabi, dari Yakub hingga masa pemerintahan raja dBenyamin ini, dan juga banyak daripada perkataan-perkataan Nefi.

4 Dan apa yang ada di atas kepingan-kepingan ini amenyenangkanku, kerana nubuat-nubuat tentang kedatangan Kristus; dan nenek moyangku mengetahui bahawa banyak daripadanya telah digenapi; ya, aku juga tahu bahawa sebanyak hal yang telah dinubuatkan berkenaan kami hingga hari ini telah digenapi, dan sebanyak yang ada selepas hari ini mestilah pasti terjadi—

5 Oleh kerana itu, aku memilih ahal-hal ini, untuk menyelesaikan catatanku di atasnya, yang sisa catatanku itu akan aku ambil daripada bkepingan-kepingan Nefi; dan aku tidak dapat menulis cseperseratus bahagian daripada hal-hal tentang bangsaku.

6 Tetapi lihatlah, aku akan mengambil kepingan-kepingan ini, yang mengandungi penubuatan dan wahyu-wahyu ini, dan menempatkannya bersama sisa catatanku, kerana ia adalah pilihan bagiku; dan aku tahu ia akan menjadi pilihan bagi saudara-saudaraku.

7 Dan aku melakukan ini untuk suatu tujuan yang abijak; kerana demikianlah ia membisikiku, menurut cara kerja Roh Tuhan yang ada dalam diriku. Dan sekarang, aku tidak mengetahui segalanya; tetapi Tuhan bmengetahui segalanya yang akan datang; oleh kerana itu, Dia bekerja dalam diriku untuk melakukan menurut kehendak-Nya.

8 Dan adoaku kepada Tuhan adalah berkenaan saudara-saudaraku, agar mereka boleh sekali lagi sampai pada pengetahuan tentang Tuhan, ya, penebusan Kristus; agar mereka boleh sekali lagi menjadi bangsa yang bmenyenangkan.

9 Dan sekarang, aku, Mormon, meneruskan untuk menyelesaikan catatanku, yang aku ambil daripada kepingan-kepingan Nefi; dan aku membuatnya menurut pengetahuan dan pemahaman yang telah Tuhan berikan kepadaku.

10 Oleh kerana itu, terjadilah bahawa setelah Amaleki amenyerahkan kepingan-kepingan ini ke dalam tangan raja Benyamin, dia mengambilnya dan menempatkannya bersama bkepingan-kepingan yang lain, yang mengandungi catatan-catatan yang telah diturunkan oleh cpara raja, dari generasi ke generasi sampai masa raja Benyamin.

11 Dan ia diturunkan dari raja Benyamin, dari generasi ke generasi sampai ia telah jatuh ke dalam atanganku. Dan aku, Mormon, berdoa kepada Tuhan agar ia boleh dilindungi mulai dari waktu ini. Dan aku tahu bahawa ia akan dilindungi; kerana ada hal-hal yang besar tertulis di atasnya, yang darinya bangsaku dan saudara-saudara mereka akan bdihakimi pada hari yang agung dan terakhir, menurut firman Tuhan yang tertulis.

12 Dan sekarang, berkenaan raja Benyamin ini—dia mengalami sedikit perselisihan di kalangan rakyatnya sendiri.

13 Dan terjadilah juga bahawa tentera-tentera bangsa Laman datang dari anegeri Nefi, untuk bertempur melawan rakyatnya. Tetapi lihatlah, raja Benyamin mengumpulkan bersama tentera-tenteranya, dan dia berdiri melawan mereka; dan dia berperang dengan kekuatan lengannya sendiri, dengan bpedang Laban.

14 Dan dengan kekuatan daripada Tuhan mereka berjuang melawan musuh mereka, sampai mereka telah membunuh beribu-ribu bangsa Laman. Dan terjadilah bahawa mereka berjuang melawan bangsa Laman sampai mereka telah menghalau mereka keluar dari semua negeri warisan mereka.

15 Dan terjadilah bahawa setelah ada aKristus-Kristus palsu, dan mulut mereka telah dibungkam, dan mereka dihukum menurut jenayah-jenayah mereka;

16 Dan setelah ada nabi-nabi palsu, dan para pengkhutbah dan pengajar palsu di kalangan orang ini, dan semua mereka ini setelah dihukum menurut jenayah-jenayah mereka; dan setelah ada banyak perselisihan dan banyak pembelotan berpaling kepada bangsa Laman, lihatlah, terjadilah bahawa raja Benyamin, dengan bantuan apara nabi kudus yang berada di kalangan rakyatnya—

17 Kerana lihatlah, raja Benyamin adalah orang yang akudus, dan dia memerintah atas rakyatnya dalam kesolehan; dan ada banyak orang kudus di tanah itu, dan mereka mengucapkan firman Tuhan dengan bkuasa dan dengan wewenang; dan mereka menggunakan banyak cketajaman kerana ketegaran leher bangsa itu—

18 Oleh kerana itu, dengan pertolongan daripada mereka, raja Benyamin, dengan bekerja dengan segala kekuatan tubuhnya dan keupayaan seluruh jiwanya, dan juga para nabi, sekali lagi menegakkan kedamaian di tanah itu.