Kitab Suci
Mosia 7


Bab 7

Amon menemukan negeri Lehi-Nefi, di mana Limhi adalah raja—Rakyat Limhi berada dalam perhambaan kepada bangsa Laman—Limhi mengisahkan kembali sejarah mereka—Seorang nabi (Abinadi) telah bersaksi bahawa Kristus adalah Tuhan dan Bapa segala sesuatu—Mereka yang menabur kekotoran menuai puting beliung, dan mereka yang menaruh kepercayaan mereka kepada Tuhan akan dibebaskan. Kira-kira 121 tahun S.M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa setelah raja Mosia mengalami kedamaian berterusan untuk jangka masa tiga tahun, dia berhasrat untuk mengetahui berkenaan orang yang apergi untuk berdiam di negeri Lehi-Nefi, atau di Kota Lehi-Nefi; kerana rakyatnya tidak mendengar apa pun daripada mereka sejak waktu mereka meninggalkan negeri bZarahemla; oleh kerana itu, mereka melelahkannya dengan gangguan mereka.

2 Dan terjadilah bahawa raja Mosia mengabulkan bahawa enam belas orang lelaki mereka yang kuat boleh pergi ke negeri Lehi-Nefi, untuk menyiasat berkenaan saudara-saudara mereka.

3 Dan terjadilah bahawa pada keesokan harinya mereka mula pergi, mempunyai bersama mereka seorang bernama Amon, dia itu seorang lelaki yang kuat dan perkasa, dan keturunan Zarahemla; dan dia juga pemimpin mereka.

4 Dan sekarang, mereka tidak mengetahui laluan yang patut mereka tempuh di padang belantara untuk pergi ke negeri Lehi-Nefi; oleh kerana itu mereka mengembara berhari-hari di padang belantara, bahkan empat puluh hari mereka mengembara.

5 Dan ketika mereka telah mengembara empat puluh hari mereka tiba di sebuah bukit, yang terletak ke utara dari negeri aSilom, dan di sana mereka mendirikan khemah-khemah mereka.

6 Dan Amon membawa tiga orang saudaranya, dan nama mereka adalah Amaleki, Helem, dan Hem, dan mereka pergi turun ke negeri aNefi.

7 Dan lihatlah, mereka menemui raja kepada orang yang berada di negeri Nefi, dan di negeri Silom; dan mereka dikepung oleh pengawal raja, dan ditangkap, dan diikat, dan dimasukkan ke penjara.

8 Dan terjadilah ketika mereka telah berada di dalam penjara dua hari mereka dibawa lagi ke hadapan raja, dan ikatan mereka dilepaskan; dan mereka berdiri di hadapan raja, dan diizinkan, atau lebih tepat diperintahkan, agar mereka mesti menjawab soalan-soalan yang akan dia tanyakan kepada mereka.

9 Dan dia berkata kepada mereka: Lihatlah, aku adalah aLimhi, putera Nuh, yang adalah putera Zenif, yang datang dari negeri Zarahemla untuk mewarisi negeri ini, yang adalah negeri nenek moyang mereka, yang dijadikan raja oleh suara rakyat.

10 Dan sekarang, aku berhasrat untuk mengetahui alasan yang dengannya kamu sedemikian beraninya sehingga datang mendekati tembok-tembok kota, ketika aku, diriku sendiri, berada bersama para pengawalku di luar gerbang?

11 Dan sekarang, kerana alasan ini telah aku biarkan agar kamu mesti dilindungi, agar aku boleh bertanya kepadamu, kalau tidak aku telah menyuruh agar para pengawalku mesti menghukummu mati. Kamu diizinkan untuk berbicara.

12 Dan sekarang, ketika Amon melihat bahawa dia diizinkan untuk berbicara, dia mara dan membongkokkan dirinya di hadapan raja; dan membangkit kembali dia berkata: Wahai raja, aku sangat bersyukur di hadapan Tuhan hari ini kerana aku masih hidup, dan diizinkan untuk berbicara; dan aku akan berikhtiar untuk berbicara dengan keberanian;

13 Kerana aku yakin bahawa jika kamu telah mengenaliku kamu tidak akan membiarkan bahawa aku mesti mengenakan ikatan ini. Kerana aku adalah Amon, dan adalah keturunan aZarahemla, dan telah datang dari negeri Zarahemla untuk menyiasat berkenaan saudara-saudara kami, yang Zenif bawa keluar dari negeri itu.

14 Dan sekarang, terjadilah bahawa setelah Limhi mendengar perkataan Amon, dia amat gembira, dan berkata: Sekarang, aku tahu dengan suatu kepastian bahawa saudara-saudaraku yang berada di negeri Zarahemla masih hidup. Dan sekarang, aku akan bersukacita; dan esok hari aku akan menyebabkan agar rakyatku akan bersukacita juga.

15 Kerana lihatlah, kami berada dalam perhambaan kepada bangsa Laman, dan adikenakan cukai yang amat berat untuk ditanggung. Dan sekarang, lihatlah, saudara-saudara kami akan membebaskan kami keluar daripada perhambaan kami, atau keluar daripada tangan bangsa Laman, dan kami akan menjadi abdi mereka; kerana adalah lebih baik bahawa kami menjadi abdi kepada bangsa Nefi daripada membayar ufti kepada raja bangsa Laman.

16 Dan sekarang, raja Limhi memerintahkan para pengawalnya agar mereka hendaknya tidak lagi mengikat Amon atau saudara-saudaranya, tetapi menyuruh agar mereka hendaknya pergi ke bukit yang berada di utara Silom, dan membawa saudara-saudara mereka ke dalam kota, agar dengan demikian mereka boleh makan, dan minum, dan mengistirahatkan diri mereka daripada kerja-kerja di perjalanan mereka; kerana mereka telah menderita banyak hal; mereka telah menderita kelaparan, kehausan, dan keletihan.

17 Dan sekarang, terjadilah keesokan harinya raja Limhi mengirimkan suatu perisytiharan ke kalangan semua rakyatnya, agar dengan demikian mereka boleh berkumpul bersama ke abait suci, untuk mendengar kata-kata yang akan dia ucapkan kepada mereka.

18 Dan terjadilah bahawa ketika mereka telah berkumpul bersama maka dia berbicara kepada mereka dengan cara ini, mengatakan: Wahai kamu, rakyatku, angkatlah kepalamu dan terhiburlah; kerana lihatlah, waktunya cepat sampai, atau tidaklah terlalu jauh, ketika kita tidak akan lagi berada dalam ketundukan kepada musuh kita, tidak kira banyaknya perjuangan kita, yang telah sia-sia; namun aku percaya tetap ada suatu perjuangan yang berkesan untuk dibuat.

19 Oleh kerana itu, angkatlah kepalamu, dan bersukacitalah, dan taruhlah kepercayaanmu kepada aTuhan, kepada Tuhan itu yang adalah Tuhan Abraham, dan Ishak, dan Yakub; dan juga, Tuhan itu yang bmembawa anak-anak Israel keluar dari negeri Mesir, dan menyebabkan bahawa mereka hendaknya berjalan melalui Laut Merah di atas tanah kering, dan memberi mereka makan cmanna agar mereka boleh tidak binasa di padang belantara; dan banyak hal lagi Dia lakukan bagi mereka.

20 Dan lagi, Tuhan yang sama itu telah membawa nenek moyang kita akeluar dari negeri Yerusalem, dan telah memelihara dan melindungi umat-Nya bahkan sampai sekarang; dan lihatlah, kerana kederhakaan dan kekejian kitalah Dia telah membawa kita ke dalam perhambaan.

21 Dan kamu semua adalah saksi hari ini, bahawa Zenif, yang dijadikan raja atas bangsa ini, dia itu aterlalu bersemangat untuk mewarisi negeri nenek moyangnya, oleh kerana itu ditipu oleh kelicikan dan kelicinan raja Laman, yang setelah masuk ke dalam suatu persetiaan dengan raja Zenif, dan setelah menyerahkan ke dalam tangannya pemilikan atas sebahagian daripada negeri itu, atau bahkan Kota Lehi-Nefi, dan Kota Silom; dan negeri di sekitarnya—

22 Dan semua ini dia lakukan, hanya untuk tujuan amembawa rakyat ini ke dalam ketundukan atau ke dalam perhambaan. Dan lihatlah, kita pada waktu ini membayar ufti kepada raja bangsa Laman, dengan jumlah setengah daripada jagung kita, dan barli kita, dan bahkan semua biji-bijian kita daripada setiap jenis, dan setengah daripada pertambahan kawanan domba kita dan kawanan ternak kita; dan bahkan setengah daripada segalanya yang kita punyai atau miliki, raja bangsa Laman tuntut daripada kita, atau nyawa kita.

23 Dan sekarang, tidakkah ini amat berat untuk ditanggung? Dan tidakkah ini, kesengsaraan kita, hebat? Sekarang lihatlah, betapa besar alasan yang kita miliki untuk berduka nestapa.

24 Ya, aku berkata kepadamu, besarlah alasan yang kita miliki untuk berduka nestapa; kerana lihatlah berapa banyak daripada saudara-saudara kita telah dibunuh, dan darah mereka telah ditumpahkan dengan sia-sia, dan semuanya kerana kederhakaan.

25 Kerana jika bangsa ini tidak terjatuh ke dalam pelanggaran Tuhan tidak akan membiarkan bahawa kejahatan besar ini datang ke atas diri mereka. Tetapi lihatlah, mereka tidak mahu mendengar firman-Nya; tetapi timbul perselisihan di kalangan mereka, bahkan sedemikian teruknya sehingga mereka menumpahkan darah di kalangan mereka sendiri.

26 Dan seorang anabi Tuhan telah mereka bunuh; ya, orang terpilih oleh Tuhan, yang memberitahu mereka tentang kejahatan dan kekejian mereka, dan bernubuat tentang banyak hal yang akan datang, ya, bahkan kedatangan Kristus.

27 Dan kerana dia berkata kepada mereka bahawa Kristus adalah aTuhan, Bapa kepada segalanya, dan berkata bahawa Dia akan mengambil ke atas diri-Nya brupa manusia, dan ia akan menjadi rupa yang menurutnya manusia diciptakan pada awalnya; atau dengan kata-kata lain, dia berkata bahawa manusia diciptakan menurut rupa cTuhan, dan bahawa Tuhan akan turun ke kalangan anak-anak manusia, dan mengambil ke atas diri-Nya daging dan darah, dan pergi ke atas permukaan bumi—

28 Dan sekarang, kerana dia mengatakan ini, mereka menjalankan hukuman mati ke atasnya; dan banyak lagi hal yang mereka lakukan yang membawa kemurkaan Tuhan ke atas diri mereka. Oleh kerana itu, siapakah yang hairan bahawa mereka berada dalam perhambaan, dan bahawa mereka didera dengan kesengsaraan yang parah?

29 Kerana lihatlah, Tuhan telah berfirman: Aku tidak akan amenyokong umat-Ku pada hari pelanggaran mereka; tetapi Aku akan menghalangi jalan mereka sehingga mereka tidak makmur; dan perbuatan mereka akan menjadi seperti batu sandungan di hadapan mereka.

30 Dan lagi, Dia berfirman: Jika umat-Ku akan menabur akekotoran, mereka akan bmenuai sekamnya dalam puting beliung; dan akibatnya adalah racun.

31 Dan lagi Dia berfirman: Jika umat-Ku akan menabur kekotoran, mereka akan menuai aangin timur, yang membawa kehancuran serta-merta.

32 Dan sekarang, lihatlah, janji Tuhan digenapi, dan kamu didera dan disengsarakan.

33 Tetapi jika kamu akan aberpaling kepada Tuhan dengan maksud hati yang sepenuhnya, dan menaruh kepercayaanmu kepada-Nya, dan melayani-Nya dengan segenap ketekunan fikiran, jika kamu melakukan ini, Dia akan, menurut kehendak dan kesenangan-Nya sendiri, membebaskanmu keluar daripada perhambaan.