Kitab Suci
Mosia 4


Bab 4

Raja Benyamin meneruskan titah ucapannya—Keselamatan datang kerana Korban Tebusan—Percayalah kepada Tuhan supaya diselamatkan—Kekalkanlah pengampunan dosa-dosamu melalui kesetiaan—Berikanlah harta kekayaanmu kepada yang miskin—Lakukanlah segala hal menurut kebijaksanaan dan ketertiban. Kira-kira 124 tahun S.M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa ketika raja Benyamin telah mengakhiri mengucapkan kata-kata yang telah disampaikan kepadanya oleh seorang malaikat Tuhan, bahawa dia mengarahkan matanya ke sekitar khalayak ramai, dan melihat mereka telah jatuh ke tanah, kerana rasa atakut akan Tuhan telah datang ke atas diri mereka.

2 Dan mereka telah melihat diri mereka dalam keadaan abadaniah mereka sendiri, bahkan lebih brendah daripada debu bumi. Dan mereka semua berseru nyaring dengan satu suara, mengatakan: Ya berbelas kasihanlah, dan kenakanlah darah ckorban tebusan Kristus agar kami boleh menerima pengampunan dosa-dosa kami, dan hati kami boleh dimurnikan; kerana kami percaya kepada Yesus Kristus, Putera Tuhan, yang dmenciptakan langit dan bumi, dan segala sesuatu; yang akan turun ke kalangan anak-anak manusia.

3 Dan terjadilah bahawa setelah mereka mengucapkan kata-kata ini Roh Tuhan datang ke atas diri mereka, dan mereka dipenuhi dengan kebahagiaan, setelah menerima apengampunan dosa-dosa mereka, dan memperoleh kedamaian bhati nurani, kerana ciman yang amat besar yang mereka punyai kepada Yesus Kristus yang akan datang, menurut kata-kata yang telah raja Benyamin ucapkan kepada mereka.

4 Dan raja Benyamin kembali membuka mulutnya dan mulai berbicara kepada mereka, mengatakan: Teman-temanku dan saudara-saudaraku, kaumku dan rakyatku, aku mahu lagi meminta perhatianmu, agar kamu boleh mendengar dan memahami sisa kata-kataku yang akan aku ucapkan kepadamu.

5 Kerana lihatlah, jika pengetahuan tentang kebaikan aTuhan pada waktu ini telah membangunkanmu pada suatu pemahaman akan ketidakpentinganmu, dan keadaanmu yang tak berharga dan terjatuh—

6 Aku berkata kepadamu, jika kamu telah sampai pada suatu apengetahuan tentang kebaikan Tuhan, dan kuasa-Nya yang tiada bandingnya, dan kebijaksanaan-Nya, dan kesabaran-Nya, dan kepanjangsabaran-Nya terhadap anak-anak manusia; dan juga, bkorban tebusan yang telah dipersiapkan sejak cpengasasan dunia, agar dengan demikian keselamatan boleh datang kepada dia yang akan menaruh dkepercayaannya kepada Tuhan, dan akan tekun dalam mentaati perintah-perintah-Nya, dan berterus dalam iman bahkan sampai akhir kehidupannya, aku maksudkan kehidupan tubuh fana—

7 Aku berkata, bahawa inilah orang yang menerima penyelamatan, melalui korban tebusan yang dipersiapkan sejak pengasasan dunia bagi seluruh umat manusia, yang pernah ada sejak akejatuhan Adam, atau yang sekarang ada, atau yang akan pernah ada, bahkan sampai akhir dunia.

8 Dan inilah cara yang melaluinya keselamatan datang. Dan atidak ada keselamatan lain kecuali ini yang telah dibicarakan; tidak juga ada syarat apa pun yang melaluinya manusia dapat diselamatkan kecuali syarat-syarat yang telah aku beritahukan kepadamu.

9 Percayalah kepada Tuhan; percayalah bahawa Dia ada, dan bahawa Dia menciptakan segalanya, baik di langit mahupun di bumi; percayalah bahawa Dia memiliki segala akebijaksanaan, dan segala kuasa, baik di langit mahupun di bumi; percayalah bahawa manusia tidak bmemahami segala hal yang dapat Tuhan fahami.

10 Dan lagi, percayalah bahawa kamu mesti abertaubat atas dosa-dosamu dan meninggalkannya, dan rendahkanlah hatimu di hadapan Tuhan; dan mintalah dalam ketulusan hati agar Dia akan bmengampunimu; dan sekarang, jika kamu cmempercayai segala hal ini pastikanlah bahawa kamu dmelakukannya.

11 Dan lagi aku berkata kepadamu seperti yang telah aku katakan sebelum ini, bahawa jika kamu telah sampai pada pengetahuan tentang kemuliaan Tuhan, atau jika kamu telah mengenal tentang kebaikan-Nya dan telah amerasai kasih-Nya, dan telah menerima bpengampunan dosa-dosamu, yang menyebabkan kebahagiaan yang sedemikian besarnya dalam jiwamu, walaupun demikian aku menghendaki agar kamu patut ingat, dan selalu kekalkannya dalam ingatan, keagungan Tuhan, dan cketidakpentinganmu sendiri, dan dkebaikan dan panjang sabar-Nya terhadapmu, makhluk yang tidak layak, dan merendahkan hatimu bahkan dalam kedalaman ekerendahan hati, fmemanggil nama Tuhan setiap hari, dan berdiri dengan tabah dalam iman tentang apa yang akan datang, yang diucapkan oleh mulut malaikat.

12 Dan lihatlah, aku berkata kepadamu bahawa jika kamu melakukan ini kamu akan selalu bersukacita, dan dipenuhi dengan akasih Tuhan, dan selalu bmengekalkan pengampunan dosa-dosamu; dan kamu akan membesar dalam pengetahuan tentang kemuliaan Dia yang menciptakanmu, atau dalam pengetahuan tentang apa yang tepat dan benar.

13 Dan kamu tidak akan memiliki fikiran untuk saling mencederai, tetapi untuk hidup adengan damai, dan untuk memberikan kepada setiap orang menurut apa yang adalah haknya.

14 Dan kamu tidak akan membiarkan aanak-anakmu bahawa mereka lapar, atau telanjang; tidak juga akan kamu biarkan bahawa mereka melanggar hukum-hukum Tuhan, dan bberkelahi dan bertengkar satu sama lain, dan melayani iblis, yang adalah sarjana dosa, atau yang adalah roh jahat yang telah dibicarakan oleh nenek moyang kita, dia yang adalah musuh kepada segala kebenaran.

15 Tetapi kamu akan amengajar mereka untuk bberjalan di jalan kebenaran dan kesungguhan; kamu akan mengajar mereka untuk saling cmengasihi, dan untuk saling melayani.

16 Dan juga, kamu sendiri akan amenyokong mereka yang memerlukan bantuanmu; kamu akan memberikan harta kekayaanmu kepada dia yang memerlukan bantuan; dan kamu tidak akan membiarkan bahawa bpengemis membuat permohonan kepadamu dengan sia-sia, dan mengusirnya untuk binasa.

17 Barangkali engkau akan aberkata: Orang itu telah membawa ke atas dirinya sendiri kegetirannya; oleh kerana itu aku akan menahan tanganku, dan tidak akan memberi kepadanya daripada makananku, tidak juga memberikan kepadanya daripada harta kekayaanku agar dia boleh tidak menderita, kerana hukumannya adalah adil—

18 Tetapi aku berkata kepadamu, Wahai manusia, barang siapa melakukan ini orang yang sama itu mempunyai alasan besar untuk bertaubat; dan kecuali dia bertaubat akan apa yang telah dia lakukan dia binasa selamanya, dan tidak mempunyai bahagian di dalam kerajaan Tuhan.

19 Kerana lihatlah, bukankah kita semua pengemis? Tidakkah kita semua bergantung kepada Makhluk yang sama, bahkan Tuhan, untuk semua harta kekayaan yang kita miliki, untuk makanan mahupun pakaian, dan untuk emas, dan untuk perak, dan untuk semua kekayaan yang kita miliki daripada setiap jenis?

20 Dan lihatlah, bahkan pada waktu ini, kamu telah memanggil nama-Nya, dan merayu memohon pengampunan dosa-dosamu. Dan adakah Dia membiarkan bahawa kamu memohon dengan sia-sia? Tidak; Dia telah mencurahkan Roh-Nya ke atas dirimu, dan telah menyebabkan bahawa hatimu akan dipenuhi dengan akebahagiaan, dan telah menyebabkan bahawa mulutmu akan terkatup sehingga kamu tidak dapat bercakap, sedemikian amat besarnya kebahagiaanmu.

21 Dan sekarang, jika Tuhan, yang telah menciptakanmu, yang kepada-Nya kamu bergantung untuk kehidupanmu dan untuk segala yang kamu miliki dan dirimu, memberikan kepadamu apa pun yang kamu minta yang benar, dalam iman, percaya bahawa kamu akan menerima, Ya maka, betapa kamu seharusnya amemberikan harta kekayaan yang kamu miliki seorang kepada yang lain.

22 Dan jika kamu amenghakimi orang yang membuat permohonan kepadamu untuk harta kekayaanmu agar dia tidak binasa, dan mengutuknya, seberapa lebih adil akan jadinya kutukanmu kerana bmenahan harta kekayaanmu, yang bukan kepunyaanmu tetapi kepunyaan Tuhan, yang oleh-Nya hidupmu dimiliki; namun kamu tidak membuat permohonan, atau bertaubat akan apa yang telah engkau lakukan.

23 Aku berkata kepadamu, celakalah bagi orang itu, kerana harta kekayaannya akan musnah bersamanya; dan sekarang, aku mengatakan hal-hal ini kepada mereka yang akaya berkaitan dengan apa yang daripada dunia ini.

24 Dan lagi, aku berkata kepada yang miskin, kamu yang tidak memiliki namun memiliki cukup, sehingga kamu tetap dari hari ke hari; aku maksudkan kamu semua yang menolak pengemis, kerana kamu tidak memiliki; aku menghendaki bahawa kamu berkata dalam hatimu bahawa: Aku tidak memberi kerana aku tidak memiliki, tetapi jika aku memiliki aku akan amemberi.

25 Dan sekarang, jika kamu mengatakan ini dalam hatimu kamu tetap tak bersalah, jika tidak kamu akan adihukum; dan penghukumanmu adalah adil kerana kamu mendambakan apa yang tidak kamu terima.

26 Dan sekarang, demi kepentingan hal-hal ini yang telah aku ucapkan kepadamu—iaitu, demi mengekalkan pengampunan dosa-dosamu dari hari ke hari, agar kamu boleh aberjalan tak bersalah di hadapan Tuhan—aku menghendaki agar kamu patut bmemberikan harta kekayaanmu kepada yang cmiskin, setiap orang menurut apa yang dia miliki, seperti dmemberi makan kepada yang lapar, memberi pakaian kepada yang telanjang, mengunjungi yang sakit dan memberi bantuan bagi kelegaan mereka, baik secara rohani mahupun secara duniawi, menurut kemahuan mereka.

27 Dan pastikanlah bahawa segala hal ini dilakukan menurut kebijaksanaan dan ketertiban; kerana tidaklah perlu bahawa seseorang hendaknya berlari alebih cepat daripada kekuatan yang dia miliki. Dan lagi, adalah perlu bahawa dia hendaknya tekun, agar dengan demikian dia boleh memenangkan hadiahnya; oleh kerana itu, segala hal mestilah dilakukan menurut tertib.

28 Dan aku menghendaki agar kamu mesti ingat, bahawa barang siapa di antara kamu meminjam daripada jirannya mestilah dia mengembalikan apa yang dia pinjam, menurut seperti yang dia setujui, kalau tidak engkau akan berbuat dosa; dan barangkali engkau akan menyebabkan jiranmu berbuat dosa juga.

29 Dan akhirnya, aku tidak dapat memberitahu kamu segalanya yang dengannya kamu boleh berbuat dosa; kerana ada pelbagai jalan dan cara, bahkan sedemikian banyaknya sehingga aku tidak dapat menghitungnya.

30 Tetapi sebanyak ini aku dapat memberitahu kamu, bahawa jika kamu tidak amenjaga dirimu, dan bfikiranmu, dan cperkataan-perkataanmu, dan perbuatanmu, dan mematuhi perintah-perintah Tuhan, dan berterusan dalam iman tentang apa yang telah kamu dengar berkenaan kedatangan Tuhan kita, bahkan sampai akhir hidupmu, kamu mestilah binasa. Dan sekarang, Wahai manusia, ingatlah, dan janganlah binasa.