Kitab Suci
Mosia 16


Bab 16

Tuhan menebus manusia dari keadaan mereka yang tersesat dan terjatuh—Mereka yang bersifat badaniah tetap seakan-akan tidak ada penebusan—Kristus mendatangkan suatu kebangkitan pada kehidupan tanpa akhir atau pada laknat tanpa akhir. Kira-kira 148 tahun S.M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa setelah Abinadi mengucapkan perkataan-perkataan ini dia menghulurkan tangannya dan berkata: Waktunya akan tiba ketika semua orang akan melihat apenyelamatan daripada Tuhan; ketika setiap bangsa, kaum, bahasa, dan orang akan melihat dengan mata sendiri dan akan bmengaku di hadapan Tuhan bahawa penghakiman-Nya adalah adil.

2 Dan kemudian akanlah yang jahat adicampak keluar, dan mereka akan memiliki alasan untuk meraung-raung, dan bmenangis, dan meratap, dan mengertakkan gigi mereka; dan ini kerana mereka tidak mahu mendengar suara Tuhan; oleh kerana itu Tuhan tidak menebus mereka.

3 Kerana mereka abersifat badaniah dan seperti biblis, dan iblis memiliki kuasa atas diri mereka; ya, bahkan ular tua itu yang telah cmemperdaya ibu bapa kita yang pertama, yang adalah sebab dkejatuhan mereka; yang adalah sebab seluruh umat manusia menjadi bersifat badaniah, berhawa nafsu, seperti iblis, emengetahui yang jahat daripada yang baik, menundukkan diri mereka kepada iblis.

4 Demikianlah seluruh umat manusia atersesat; dan lihatlah, mereka akan selamanya tersesat seandainya Tuhan tidak menebus umat-Nya daripada keadaan mereka yang tersesat dan terjatuh.

5 Tetapi ingatlah bahawa dia yang tetap dalam asifat badaniahnya sendiri, dan berterusan dalam jalan dosa dan pemberontakan melawan Tuhan, tetap dalam keadaannya yang terjatuh dan iblis memiliki segala kuasa atas dirinya. Oleh kerana itu dia seakan-akan tidak ada bpenebusan dibuat, sebagai musuh kepada Tuhan; dan juga iblis adalah musuh kepada Tuhan.

6 Dan sekarang, jika Kristus tidak datang ke dunia, berbicara tentang apa yang akan datang aseakan-akan ia telah datang, tidak dapatlah ada penebusan.

7 Dan jika Kristus tidak bangkit dari yang mati, atau telah memutuskan ikatan kematian sehingga kubur tidak akan memperoleh kemenangan, dan sehingga kematian tidak akan memiliki asengat, tidak dapatlah ada kebangkitan.

8 Tetapi ada suatu akebangkitan, oleh kerana itu kubur tidak memperoleh kemenangan, dan sengat bkematian ditelan di dalam Kristus.

9 Dia adalah acahaya dan kehidupan dunia; ya, cahaya yang tanpa akhir, yang tidak akan dapat digelapkan; ya, dan juga kehidupan yang tanpa akhir, sehingga tidak dapat ada lagi kematian.

10 Bahkan yang fana ini akan mengenakan akebaqaan, dan kereputan ini akan mengenakan ketidakreputan, dan akan dibawa untuk bberdiri di hadapan susur penghakiman Tuhan, untuk cdihakimi oleh-Nya menurut kerja-kerja mereka sama ada ia adalah baik atau sama ada ia adalah jahat—

11 Jika ia adalah baik, menuju kebangkitan kepada kehidupan dan kebahagiaan atanpa akhir; dan jika ia adalah jahat, menuju kebangkitan laknat btanpa akhir, kerana diserahkan kepada iblis, yang telah menundukkan mereka, iaitu laknat—

12 Kerana telah pergi menurut kehendak dan hasrat badaniah mereka sendiri; kerana tidak pernah meminta kepada Tuhan sewaktu lengan belas kasihan-Nya dihulurkan terhadap mereka; kerana lengan abelas kasihan dihulurkan terhadap mereka, dan mereka tidak mahu; mereka diperingatkan akan kederhakaan mereka namun mereka tidak mahu meninggalkannya; dan mereka diperintahkan untuk bertaubat namun mereka tidak mahu bertaubat.

13 Dan sekarang, tidakkah seharusnya kamu gementar dan bertaubat atas dosa-dosamu, dan mengingat bahawa hanya dalam dan melalui Kristus kamu dapat diselamatkan?

14 Oleh kerana itu, jika kamu mengajarkan ahukum Musa, juga ajarkanlah bahawa ianya adalah bayangan hal-hal yang akan datang itu—

15 Ajarlah mereka bahawa penebusan datang melalui Kristus Tuhan, yang adalah bahkan aBapa Yang Abadi. Amin.