Mosia 15
sebelumnya seterusnya

Bab 15

Bagaimana Kristus adalah Bapa mahupun juga Putera—Dia akan membuat perantaraan dan menanggung pelanggaran umat-Nya—Mereka dan semua nabi kudus adalah keturunan-Nya—Dia mendatangkan Kebangkitan—Anak-anak kecil memiliki kehidupan abadi. Kira-kira 148 tahun S.M.

1 Dan sekarang, Abinadi berkata kepada mereka: Aku menghendaki agar kamu hendaknya memahami bahawa aTuhan sendiri akan turun ke kalangan anak-anak manusia, dan akan bmenebus umat-Nya.

2 Dan kerana Dia aberdiam dalam daging Dia akan dipanggil Putera Tuhan, dan kerana telah menundukkan daging kepada kehendak bBapa, adalah Bapa dan Putera—

3 Bapa, akerana Dia bdijadikan oleh kuasa Tuhan; dan Putera, kerana daging; dengan demikian menjadi Bapa dan Putera—

4 Dan Mereka adalah asatu Tuhan, ya, bahkan bBapa cYang Abadi kepada langit dan kepada bumi.

5 Dan demikianlah daging menjadi tunduk kepada Roh, atau Putera kepada Bapa, yang adalah satu Tuhan, amenderita godaan, dan tidak menyerah pada godaan, tetapi membiarkan diri-Nya diperolok-olokkan, dan bdicambuk, dan dicampak keluar, dan cdimungkiri oleh umat-Nya.

6 Dan setelah semuanya ini, setelah mengerjakan banyak mukjizat yang agung di kalangan anak-anak manusia, Dia akan digiring, ya, bahkan aseperti yang Yesaya katakan, bagaikan seekor domba di hadapan pencukur adalah bisu, oleh demikian Dia tidak bmembuka mulut-Nya.

7 Ya, demikian pula Dia akan digiring, adisalib, dan dibunuh, daging menjadi tunduk bahkan pada kematian, bkehendak Putera ditelan dalam kehendak Bapa.

8 Dan demikianlah Tuhan memutuskan aikatan kematian, setelah memperoleh bkemenangan atas kematian; memberikan kepada Putera kuasa untuk membuat cperantaraan bagi anak-anak manusia—

9 Setelah naik ke dalam syurga, memiliki sanubari belas kasihan; dipenuhi dengan rasa kasihan terhadap anak-anak manusia; berdiri di antara mereka dan keadilan; setelah memutuskan ikatan kematian, mengambil ke atas adiri-Nya kederhakaan mereka dan pelanggaran mereka, setelah menebus mereka, dan bmemuaskan tuntutan keadilan.

10 Dan sekarang, aku berkata kepadamu, siapakah yang akan memaklumkan keturunan-Nya? Lihatlah, aku berkata kepadamu, bahawa ketika jiwa-Nya telah dijadikan suatu persembahan untuk dosa Dia akan melihat aketurunan-Nya. Dan sekarang, apa yang kamu katakan? Dan siapakah yang akan menjadi keturunan-Nya?

11 Lihatlah aku berkata kepadamu, bahawa barang siapa telah mendengar kata-kata apara nabi, ya, semua nabi kudus yang telah bernubuat berkenaan kedatangan Tuhan—aku berkata kepadamu, bahawa mereka semua yang telah mendengar kata-kata mereka, dan percaya bahawa Tuhan akan menebus umat-Nya, dan telah menanti-nantikan hari itu untuk pengampunan dosa-dosa mereka, aku berkata kepadamu, bahawa mereka ini adalah keturunan-Nya, atau mereka adalah waris bkerajaan Tuhan.

12 Kerana ini adalah mereka yang dosa-dosanya telah aDia tanggung; ini adalah mereka yang untuknya Dia telah mati, untuk menebus mereka dari pelanggaran mereka. Dan sekarang, bukankah mereka keturunan-Nya?

13 Ya, dan bukankah para nabi, setiap orang yang telah membuka mulutnya untuk bernubuat, yang tidak jatuh ke dalam pelanggaran, aku maksudkan semua nabi kudus sejak dunia bermula? Aku berkata kepadamu bahawa mereka adalah keturunan-Nya.

14 Dan inilah mereka yang telah amemberitakan kedamaian, yang telah membawa khabar baik tentang kebaikan, yang telah memberitakan keselamatan; dan berkata kepada Sion: Tuhanmu memerintah!

15 Dan Ah, betapa indahnya di atas gunung-gunung adalah kaki mereka!

16 Dan lagi, betapa indahnya di atas gunung-gunung adalah kaki mereka yang masih memberitakan kedamaian!

17 Dan lagi, betapa indahnya di atas gunung-gunung adalah kaki mereka yang akan setelah ini memberitakan kedamaian, ya, mulai waktu ini seterusnya dan selamanya!

18 Dan lihatlah, aku berkata kepadamu, ini bukanlah semuanya. Kerana, Ah, betapa indahnya di atas gunung-gunung adalah akaki Dia yang membawa khabar baik, yang adalah pengasas bkedamaian, ya, bahkan Tuhan, yang telah menebus umat-Nya; ya, Dia yang telah memberi keselamatan kepada umat-Nya;

19 Kerana seandainya bukan kerana penebusan yang telah Dia buat bagi umat-Nya, yang dipersiapkan sejak apengasasan dunia, aku berkata kepadamu, seandainya bukan kerana ini, seluruh umat manusia mestilah telah bbinasa.

20 Tetapi lihatlah, ikatan kematian akan diputuskan, dan Putera memerintah, dan memiliki kuasa atas yang mati; oleh kerana itu, Dia mendatangkan kebangkitan orang mati.

21 Dan datanglah suatu kebangkitan, bahkan akebangkitan pertama; ya, bahkan kebangkitan bagi mereka yang pernah wujud, dan yang sekarang wujud, dan yang akan wujud, bahkan sampai kebangkitan Kristus—kerana demikianlah Dia akan dipanggil.

22 Dan sekarang, kebangkitan semua nabi, dan mereka semua yang telah percaya pada perkataan-perkataan mereka, atau mereka semua yang telah mentaati perintah-perintah Tuhan, akan tampil dalam kebangkitan pertama; oleh kerana itu, mereka adalah kebangkitan pertama.

23 Mereka dibangkitkan untuk ahidup bersama Tuhan yang telah menebus mereka; demikianlah mereka memperoleh kehidupan abadi melalui Kristus, yang telah bmemutuskan ikatan kematian.

24 Dan ini adalah mereka yang memperoleh bahagian dalam kebangkitan pertama; dan ini adalah mereka yang telah mati sebelum Kristus datang, dalam kejahilan mereka, kerana tidak mengalami akeselamatan dimaklumkan kepada mereka. Dan demikianlah Tuhan mendatangkan pemulihan mereka ini; dan mereka memperoleh bahagian dalam kebangkitan pertama, atau memperoleh kehidupan abadi, ditebus oleh Tuhan.

25 Dan aanak-anak kecil juga memperoleh kehidupan abadi.

26 Tetapi lihatlah, dan atakutlah, dan gementarlah di hadapan Tuhan, kerana kamu seharusnya gementar; kerana Tuhan tidak menebus orang sedemikian yang bmemberontak melawan-Nya dan cmati dalam dosa-dosa mereka; ya, bahkan mereka semua yang telah binasa dalam dosa-dosa mereka sejak dunia bermula, yang telah dengan sengaja memberontak melawan Tuhan, yang telah mengetahui perintah-perintah Tuhan, dan tidak mahu mentaatinya; dini adalah mereka yang etidak memperoleh bahagian dalam kebangkitan pertama.

27 Oleh kerana itu tidakkah seharusnya kamu gementar? Kerana keselamatan tidak datang kepada yang sedemikian; kerana Tuhan tidak menebus yang sedemikian; ya, tidak juga Tuhan dapat menebus yang sedemikian; kerana Dia tidak dapat menyangkal diri-Nya sendiri; kerana Dia tidak dapat menyangkal akeadilan apabila ia memiliki tuntutannya.

28 Dan sekarang, aku berkata kepadamu bahawa waktunya akan tiba ketika penyelamatan daripada Tuhan akan adimaklumkan kepada setiap bangsa, kaum, bahasa, dan orang.

29 Ya, Tuhan, para apenjagamu akan mengangkat suara mereka; dengan suara bersama akanlah mereka menyanyi; kerana mereka akan melihat dengan mata sendiri, ketika Tuhan akan membawa kembali Sion.

30 Bersorak-sorailah dalam kebahagiaan, bernyanyilah bersama, kamu tempat-tempat tandus di Yerusalem; kerana Tuhan telah menghibur umat-Nya, Dia telah menebus Yerusalem.

31 Tuhan telah mendedahkan lengan kudus-Nya di mata segala bangsa; dan segenap hujung bumi akan melihat penyelamatan daripada Tuhan kita.