Kitab Suci
Moroni 1


Kitab Moroni

Bab 1

Moroni menulis untuk manfaat bangsa Laman—Bangsa Nefi yang tidak mahu menyangkal Kristus dihukum mati. Kira-kira 401–421 tahun M.

1 Sekarang, aku, aMoroni, setelah selesai meringkaskan laporan tentang bangsa Yared, aku menyangka tidak akan menulis lagi, tetapi aku belum lagi binasa; dan aku tidak akan menunjukkan diriku kepada bangsa Laman kerana takut kalau-kalau mereka akan menghancurkanku.

2 Kerana lihatlah, apeperangan mereka amat ganas di antara mereka sendiri; dan disebabkan kebencian mereka, mereka bmenghukum mati setiap bangsa Nefi yang tidak mahu menyangkal Kristus.

3 Dan aku, Moroni, tidak akan amenyangkal Kristus; oleh itu, aku pergi ke mana pun aku dapat pergi demi keselamatan nyawaku sendiri.

4 Oleh itu, aku menulis sedikit hal lagi, bertentangan dengan apa yang aku sangkakan; kerana aku menyangka tidak akan menulis lagi; tetapi aku menulis sedikit hal lagi, agar ianya mungkin bermanfaat bagi saudara-saudaraku, bangsa Laman, pada suatu hari di masa hadapan, menurut kehendak Tuhan.