Kitab Suci
Yakub 6


Bab 6

Tuhan akan memulihkan Israel pada zaman terakhir—Dunia akan dibakar dengan api—Manusia mesti mengikut Kristus untuk menghindari tasik api dan belerang. Kira-kira 544–421 tahun S.M.

1 Dan sekarang, lihatlah, saudara-saudaraku, seperti yang aku katakan kepadamu bahawa aku akan bernubuat, lihatlah, inilah nubuatku—bahawa apa yang nabi aZenos ini ucapkan, berkenaan bani Israel, yang di dalamnya dia menyamakan mereka dengan sebatang pokok zaitun yang terpelihara, mestilah pasti terjadi.

2 Dan hari ketika Dia akan mengangkat tangan-Nya lagi bagi kedua kalinya untuk amemulihkan umat-Nya, adalah hari, ya, bahkan yang terakhir kalinya, ketika bpara hamba Tuhan akan pergi dalam ckuasa-Nya, untuk dmemelihara dan memangkas eladang anggur-Nya; dan setelah itu fakhir segera tiba.

3 Dan betapa diberkatinya mereka yang telah bekerja dengan tekun di ladang anggur-Nya; dan betapa terkutuknya mereka yang akan dicampakkan ke tempat mereka sendiri! Dan dunia akan adibakar dengan api.

4 Dan betapa penuh belas kasihannya Tuhan kita kepada kita, kerana Dia mengingati bani aIsrael, baik akar mahupun cabang; dan Dia menghulurkan btangan-Nya kepada mereka sepanjang hari; dan mereka adalah bangsa yang cberleher tegar dan yang suka membangkang; tetapi seramai yang tidak akan mengeraskan hati mereka akan diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan.

5 Oleh kerana itu, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku mohon daripadamu dengan kata-kata kesungguhan agar kamu mahu bertaubat, dan datang dengan maksud hati yang sepenuhnya, dan amengikatkan diri kepada Tuhan sebagaimana Dia mengikatkan diri kepadamu. Dan sewaktu blengan belas kasihan-Nya dihulurkan ke arahmu dalam terangnya siang hari, janganlah mengeraskan hatimu.

6 Ya, hari ini, jika kamu mahu mendengar suara-Nya, janganlah mengeraskan hatimu; kerana mengapa kamu mahu amati?

7 Kerana lihatlah, setelah kamu dipelihara oleh firman yang baik daripada Tuhan sepanjang hari, akankah kamu menghasilkan buah yang jelik, sehingga kamu mesti aditebang dan dilemparkan ke dalam api?

8 Lihatlah, akankah kamu menolak kata-kata ini? Akankah kamu menolak kata-kata para nabi; dan akankah kamu menolak segala perkataan yang telah diucapkan berkenaan Kristus, setelah sedemikian banyaknya yang berbicara berkenaan-Nya; dan menyangkal firman yang baik daripada Kristus, dan kuasa Tuhan, dan akurnia Roh Kudus, dan memadamkan Roh Kudus, dan membuat suatu ejekan tentang rancangan penebusan yang agung, yang telah diwujudkan bagimu?

9 Tidak tahukah kamu bahawa jika kamu akan melakukan hal-hal ini, maka kuasa penebusan dan kebangkitan, yang ada di dalam Kristus, akan membawamu berdiri dengan rasa malu dan arasa bersalah yang menyeramkan di hadapan bsusuran penghakiman Tuhan?

10 Dan menurut kuasa akeadilan, kerana keadilan tidak dapat ditolak, kamu mesti pergi ke dalam btasik api dan belerang itu, yang nyala apinya tidak dapat dipadamkan, dan yang asapnya naik selama-lamanya, yang tasik api dan belerang itu adalah cseksaan dtanpa akhir.

11 Wahai, maka, saudara-saudaraku yang dikasihi, bertaubatlah kamu, dan masuklah ke dalam di agerbang yang kecil, dan teruslah dalam jalan yang sempit, sampai kamu akan mendapatkan kehidupan kekal.

12 Ya jadilah abijak; apa yang dapat aku katakan lagi?

13 Akhirnya, aku ucapkan kepadamu selamat berpisah, sampai aku akan bertemu denganmu di hadapan susuran penghakiman Tuhan yang menyenangkan, yang susuran penghakiman itu menyerang yang jahat dengan rasa ngeri dan rasa takut yang amenyeramkan. Amin.