Kitab Suci
Yakub 4


Bab 4

Semua nabi menyembah Bapa dalam nama Kristus—Persembahan Abraham, iaitu Ishak, adalah dalam kemiripan dengan Tuhan dan Anak Tunggal-Nya—Manusia patut memperdamaikan diri mereka dengan Tuhan melalui Korban Tebusan—Orang Yahudi akan menolak batu landasan. Kira-kira 544–421 tahun S.M.

1 Sekarang, lihatlah, terjadilah bahawa aku, Yakub, setelah banyak melayani bangsaku dalam perkataan, (dan aku tidak dapat menuliskan kecuali sedikit daripada kata-kataku, kerana kesulitan mengukirkan kata-kata kami di atas kepingan-kepingan) dan kami tahu bahawa apa yang kami tuliskan di atas kepingan-kepingan mestilah tetap bertahan;

2 Tetapi apa pun yang kita tuliskan di atas apa pun kecuali di atas kepingan-kepingan mestilah musnah dan lenyap; tetapi kita dapat menuliskan beberapa patah kata di atas kepingan-kepingan, yang akan memberikan anak-anak kita, dan juga saudara-saudara kita yang dikasihi, sedikit pengetahuan berkenaan kita, atau berkenaan nenek moyang mereka—

3 Sekarang, dalam hal ini kita bersukacita; dan kita bekerja dengan tekun untuk mengukirkan kata-kata ini di atas kepingan-kepingan, berharap bahawa saudara-saudara kita yang dikasihi dan anak-anak kita akan menerimanya dengan hati penuh kesyukuran, dan membacanya dengan teliti agar mereka boleh belajar dengan sukacita dan bukan dengan dukacita, atau dengan sikap memandang rendah, berkenaan ibu bapa pertama mereka.

4 Kerana, untuk maksud inilah telah kita tuliskan hal-hal ini, agar mereka boleh tahu bahawa kita atahu tentang Kristus, dan kita memiliki suatu harapan akan kemuliaan-Nya beratus-ratus tahun sebelum kedatangan-Nya; dan bukan hanya diri kita sendiri yang memiliki harapan akan kemuliaan-Nya, tetapi juga semua bnabi kudus yang ada sebelum kita.

5 Lihatlah, mereka percaya kepada Kristus dan amenyembah Bapa dalam nama-Nya, dan juga kita menyembah Bapa dalam nama-Nya. Dan untuk maksud inilah kita mentaati bhukum Musa, kerana ia cmengarahkan jiwa kita kepada-Nya; dan untuk alasan inilah, ia dikuduskan bagi kita sebagai kesolehan, bahkan seperti ianya diperhitungkan bagi Abraham di padang belantara untuk patuh pada perintah-perintah Tuhan dalam mempersembahkan anak lelakinya Ishak, yang adalah kemiripan dengan Tuhan dan dPutera Tunggal-Nya.

6 Oleh kerana itu, kita menyelidiki para nabi, dan kita memperoleh banyak wahyu dan roh anubuat; dan memiliki semua bkesaksian ini kita mendapatkan harapan, dan iman kita menjadi tak tergoncang, sedemikian rupa sehingga kita benar-benar dapat cmemerintahkan dalam dnama Yesus dan bahkan pokok-pokok mematuhi kita, atau gunung-ganang, atau ombak laut.

7 Walaupun demikian, Tuhan Raja memperlihatkan kepada kita akelemahan kita agar kita boleh tahu bahawa adalah melalui rahmat-Nya, dan perendahan diri-Nya yang besar bagi anak-anak manusia, bahawa kita memiliki kuasa untuk melakukan hal-hal ini.

8 Lihatlah, menakjubkan dan agungnya pekerjaan Tuhan. Betapa tak aterselidikinya kedalaman bmisteri-misteri tentang Dia; dan tidak mungkin bahawa manusia akan cmengetahui semua dcara-Nya. Dan tak seorang pun tahu tentang cara-Nya kecuali hal itu diungkapkan kepadanya; oleh kerana itu, saudara-saudara, janganlah mengeji wahyu-wahyu daripada Tuhan.

9 Kerana lihatlah, melalui kuasa afirman-Nya bmanusia datang ke atas muka bumi, yang bumi itu diciptakan melalui kuasa firman-Nya. Oleh kerana itu, jika Tuhan sanggup berfirman dan dunia pun terjadi, dan berfirman dan manusia pun tercipta, ya maka, mengapa tidak sanggup memerintahkan cbumi, atau hasil karya tangan-Nya di atas permukaannya, menurut kehendak dan kesenangan-Nya?

10 Oleh kerana itu, saudara-saudara, janganlah berupaya untuk amenasihati Tuhan, tetapi untuk menerima nasihat dari tangan-Nya. Kerana lihatlah, dirimu sendiri tahu bahawa Dia menasihati dalam bkebijaksanaan, dan dalam keadilan, dan dalam belas kasihan yang besar, atas segala pekerjaan-Nya.

11 Oleh kerana itu, saudara-saudara yang dikasihi, diperdamaikanlah dengan Dia melalui akorban tebusan Kristus, bPutera Tunggal-Nya, dan kamu boleh mendapatkan ckebangkitan, menurut kuasa kebangkitan yang ada di dalam Kristus, dan dipersembahkan sebagai dbuah-buah hasil pertama Kristus kepada Tuhan, memiliki iman, dan mendapatkan harapan yang baik untuk kemuliaan di dalam Dia sebelum Dia menyatakan diri-Nya dalam daging.

12 Dan sekarang, yang terkasih, janganlah tertakjub bahawa aku memberitahu kamu hal-hal ini; kerana mengapakah tidak aberbicara tentang korban tebusan Kristus, dan mencapai suatu pengetahuan sempurna tentang-Nya, seperti mencapai pengetahuan tentang kebangkitan dan dunia yang akan datang?

13 Lihatlah, saudara-saudaraku, dia yang bernubuat, biarlah dia bernubuat untuk pengertian manusia; kerana aRoh mengucapkan kebenaran dan tidak berdusta. Oleh kerana itu, ia berbicara tentang hal-hal sebagaimana ianya bwujud pada hakikatnya, dan tentang hal-hal sebagaimana ianya benar-benar akan terjadi; oleh kerana itu, hal-hal ini dinyatakan kepada kita dengan cjelas, untuk keselamatan jiwa kita. Tetapi lihatlah, kita bukanlah para saksi tunggal dalam hal-hal ini; kerana Tuhan juga memfirmankannya kepada para nabi zaman dahulukala.

14 Tetapi lihatlah, orang Yahudi adalah bangsa yang ategar leher; dan mereka bmengejifirman kejelasan, dan membunuh para nabi, dan mencari apa yang tidak dapat mereka faham. Oleh kerana itu, akibat ckebutaan mereka, yang kebutaan itu datang melalui memandang melampaui sasaran, mereka mestilah perlu jatuh; kerana Tuhan telah mengambil kejelasan-Nya daripada mereka, dan menyampaikan kepada mereka banyak hal yang dtidak dapat mereka faham, kerana mereka menghasratkannya. Dan kerana mereka menghasratkannya Tuhan telah melakukannya, agar mereka boleh tersandung.

15 Dan sekarang, aku, Yakub, dituntun oleh Roh untuk bernubuat; kerana aku merasakan melalui ilham daripada Roh yang ada dalam diriku, bahawa melalui atersandungnya orang Yahudi mereka akan bmenolak cbatu itu yang di atasnya mereka boleh membangun dan memiliki landasan yang selamat.

16 Tetapi lihatlah, menurut tulisan suci, abatu ini akan menjadi dasar yang besar, dan yang terakhir, dan satu-satunya landasan yang bpasti, yang di atasnya orang Yahudi dapat membangun.

17 Dan sekarang, yang terkasihku, bagaimana mungkin bahawa mereka ini, setelah menolak landasan yang pasti, dapat asenantiasa membangun di atasnya, sehingga itu boleh menjadi batu penjuru utama mereka?

18 Lihatlah, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku akan membentangkan misteri ini bagimu; jika aku tidak, melalui cara apa pun, menjadi tergoncang daripada keteguhanku di dalam Roh, dan tersandung kerana kegelisahanku yang berlebihan bagimu.