Kitab Suci
Yakub 2


Bab 2

Yakub mencela cinta akan kekayaan, keangkuhan, dan ketidaksucian—Orang boleh mencari kekayaan untuk menolong sesama manusia—Tuhan memerintahkan bahawa tidak seorang pun di kalangan bangsa Nefi dapat memiliki lebih daripada seorang isteri—Tuhan senang akan kesucian kaum wanita. Kira-kira 544–421 tahun S.M.

1 Perkataan-perkataan Yakub, iaitu adik Nefi, ucapkan kepada bangsa Nefi, setelah kematian Nefi:

2 Sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku, Yakub, menurut tanggungjawab aku kepada Tuhan, untuk mengembangkan jawatanku dengan kesungguhan, dan agar aku boleh menanggalkan daripada pakaianku dosa-dosamu, aku naik ke dalam bait suci hari ini agar aku boleh memaklumkan kepadamu firman Tuhan.

3 Dan kamu sendiri tahu bahawa aku hingga kini telah tekun dalam jawatan panggilanku; tetapi aku hari ini tertekan oleh lebih banyak hasrat dan kegelisahan untuk kesejahteraan jiwamu daripada yang sebelum ini aku rasakan.

4 Kerana lihatlah, sampai saat ini, kamu telah patuh pada firman Tuhan, yang telah aku berikan kepadamu.

5 Tetapi lihatlah, dengarlah kamu kepadaku, dan ketahuilah bahawa melalui pertolongan dari Pencipta langit dan bumi yang maha berkuasa aku dapat memberitahu kamu berkenaan afikiran-fikiranmu, bagaimana kamu sedang mula mengerjakan dosa, yang dosa itu tampaknya sangat keji bagiku, ya, dan keji bagi Tuhan.

6 Ya, hal itu memilukan jiwaku dan menyebabkanku berundur kerana rasa malu di hadapan hadirat Penciptaku, bahawa aku mesti bersaksi kepadamu berkenaan kejahatan hatimu.

7 Dan juga memilukan bagiku bahawa aku mesti menggunakan demikian banyak aketajaman dalam ucapan berkenaan kamu, di hadapan isteri dan anakmu, ramai yang perasaan mereka amatlah lembut dan bsuci dan halus di hadapan Tuhan, yang hal itu menyenangkan bagi Tuhan;

8 Dan aku kira bahawa mereka telah datang kemari untuk mendengar afirman Tuhan yang menyenangkan, ya, firman yang menyembuhkan jiwa yang terluka.

9 Oleh kerana itu, ia membebani jiwaku bahawa aku mesti dipaksa, kerana perintah ketat yang telah aku terima daripada Tuhan, untuk menginsafkanmu menurut jenayah-jenayahmu, untuk memperbesarkan luka-luka mereka yang telah terluka, alih-alih melipur dan menyembuhkan luka mereka; dan mereka yang tidak terluka, alih-alih menjamukan diri dengan firman Tuhan yang menyenangkan telah merasakan pisau belati disusunkan untuk menusuk jiwa mereka dan melukai fikiran halus mereka.

10 Tetapi, walaupun besarnya tugas itu, aku mesti melakukan menurut aperintah-perintah yang ketat daripada Tuhan, dan memberitahu kamu berkenaan kejahatan dan kekejianmu, di hadapan yang murni hatinya, dan hati yang hancur, dan di bawah pandangan sekilas oleh mata bmenusuk daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

11 Oleh kerana itu, aku mesti memberitahu kamu kebenaran menurut akejelasan firman Tuhan. Kerana lihatlah, sewaktu aku bertanya kepada Tuhan, demikianlah datang firman kepadaku, memfirmankan: Yakub, pergilah engkau ke dalam bait suci esok hari, dan maklumkanlah firman yang akan Aku berikan kepadamu kepada bangsa ini.

12 Dan sekarang, lihatlah, saudara-saudaraku, inilah firman yang aku maklumkan kepadamu, bahawa ramai di antara kamu telah mula mencari emas, dan perak, dan segala macam abijih logam berharga, di mana negeri ini, yang adalah bnegeri yang dijanjikan bagimu dan bagi keturunanmu, berlimpah ruah dengan teramat banyak sekali.

13 Dan tangan pemeliharaan telah tersenyum kepadamu dengan paling menyenangkan, sehingga kamu telah mendapatkan banyak kekayaan; dan kerana sebahagian daripada kamu telah mendapatkan lebih berlimpahan daripada yang dari saudara-saudaramu kamu aterangkat-angkat dalam keangkuhan hatimu, dan menjenjangkan leher dan mendongakkan kepala kerana mahalnya busanamu, dan menganiaya saudara-saudaramu kerana kamu mengira bahawa kamu lebih baik daripada mereka.

14 Dan sekarang, saudara-saudaraku, adakah kamu mengira bahawa Tuhan membenarkanmu dalam hal ini? Lihatlah, aku berkata kepadamu, Tidak. Tetapi Dia menghukummu, dan jika kamu berkeras dalam hal-hal ini penghakiman-Nya mestilah selekasnya datang kepadamu.

15 Ah, semoga Dia akan memperlihatkan kepadamu bahawa Dia dapat menusukmu, dan dengan satu pandangan sekilas mata-Nya Dia dapat menghentammu ke debu!

16 Ah, semoga Dia akan membersihkanmu daripada kederhakaan dan kekejian ini. Dan, Ah, semoga kamu akan mendengarkan kepada perkataan perintah-perintah-Nya, dan janganlah biarkan akeangkuhan hatimu ini menghancurkan jiwamu!

17 Anggaplah saudara-saudaramu seperti dirimu sendiri, dan jadilah ramah-tamah dengan semua orang dan murah hati dengan aharta kekayaanmu, agar bmereka boleh menjadi kaya seperti kamu.

18 Tetapi sebelum kamu mencari akekayaan, carilah kamu bkerajaan Tuhan.

19 Dan setelah kamu mendapat harapan di dalam Kristus kamu akan mendapat kekayaan, jika kamu mencarinya; dan kamu akan mencarinya untuk maksud amelakukan yang baik—memberi pakaian kepada yang telanjang, dan memberi makan kepada yang lapar, dan membebaskan yang tertawan, dan memberi pertolongan kepada yang sakit dan yang sengsara.

20 Dan sekarang, saudara-saudaraku, aku telah berbicara kepadamu berkenaan keangkuhan; dan mereka dari antara kamu yang telah menyengsarakan sesama sendiri, dan menganiayakannya kerana kamu angkuh dalam hatimu, tentang apa yang telah Tuhan berikan kepadamu, apa katamu berkenaan itu?

21 Tidakkah kamu mengira bahawa hal yang sebegitu adalah keji bagi Dia yang menciptakan semua daging? Dan satu makhluk adalah sama berharganya dalam pandangan-Nya seperti yang lain. Dan semua daging adalah daripada debu; dan untuk tujuan yang sama telah Dia ciptakan mereka, agar mereka akan mentaati aperintah-perintah-Nya dan memuliakan-Nya selama-lamanya.

22 Dan sekarang, aku mengakhiri pembicaraan kepadamu berkenaan keangkuhan ini. Dan seandainya bukanlah bahawa aku mesti berbicara kepadamu berkenaan jenayah yang lebih teruk, hatiku akan amat bersukacita keranamu.

23 Tetapi firman Tuhan membebaniku kerana jenayahmu yang lebih teruk. Kerana lihatlah, demikianlah firman Tuhan: Umat ini mulai menjadi-jadi dalam kederhakaan; mereka tidak memahami tulisan suci, kerana mereka berupaya untuk memaafkan diri mereka sendiri dalam berbuat pelacuran, kerana apa yang dituliskan berkenaan Daud, dan Salomo puteranya.

24 Lihatlah, Daud dan aSalomo benar-benar memiliki ramai bisteri dan gundik, yang hal itu adalah keji di hadapan-Ku, firman Tuhan.

25 Oleh kerana itu, demikianlah firman Tuhan, Aku telah menuntun umat ini keluar dari negeri Yerusalem, oleh kuasa lengan-Ku, agar Aku boleh membangkitkan bagi-Ku suatu cabang yang asoleh daripada buah aurat Yusuf.

26 Oleh kerana itu, Aku Tuhan Raja tidak akan membiarkan bahawa umat ini melakukan seperti mereka yang dari dahulukala.

27 Oleh kerana itu, saudara-saudaraku, dengarlah aku, dan semaklah firman Tuhan: Kerana tidak akan ada sesiapa pun di antara kamu yang memiliki lebih daripada aseorang isteri; dan gundik tidak akan dia miliki seorang pun;

28 Kerana Aku, Tuhan Raja, senang akan akesucian kaum wanita. Dan pelacuran adalah suatu kekejian di hadapan-Ku; demikianlah firman Tuhan Semesta Alam.

29 Oleh kerana itu, umat ini akan mentaati perintah-perintah-Ku, firman Tuhan Semesta Alam, atau aterkutuklah negeri ini kerana tindakan mereka.

30 Kerana jika Aku hendak, firman Tuhan Semesta Alam, membangkitkan aketurunan bagi-Ku, Aku akan memerintahkan umat-Ku; jika tidak mereka akan menyemak hal-hal ini.

31 Kerana lihatlah, Aku, Tuhan, telah nampak dukacita, dan mendengar ratapan para puteri umat-Ku di negeri Yerusalem, ya, dan di semua negeri umat-Ku, kerana kejahatan dan kekejian para suami mereka.

32 Dan Aku tidak akan membiarkan, firman Tuhan Semesta Alam, bahawa seruan para puteri cantik daripada umat ini, yang telah Aku tuntun keluar dari negeri Yerusalem, akan naik kepada-Ku menentang kaum lelaki umat-Ku, firman Tuhan Semesta Alam.

33 Kerana mereka tidak akan menuntun pergi tertawan para puteri umat-Ku kerana kelembutan mereka, kecuali Aku akan mengunjungi mereka dengan kutukan yang parah, bahkan sampai kehancuran; kerana mereka tidak akan melakukan apelacuran, seperti mereka yang dari dahulukala, firman Tuhan Semesta Alam.

34 Dan sekarang, lihatlah, saudara-saudaraku, kamu tahu bahawa perintah-perintah ini diberikan kepada bapa kita, Lehi; oleh kerana itu, kamu telah mengetahuinya sebelum itu; dan kamu telah sampai pada penghukuman yang hebat; kerana kamu telah melakukan hal-hal ini yang seharusnya tidak kamu lakukan.

35 Lihatlah, kamu telah melakukan kederhakaan yang alebih besar daripada bangsa Laman, saudara-saudara kita. Kamu telah menghancurkan hati isteri-isterimu yang lembut, dan kehilangan kepercayaan anak-anakmu, kerana teladan burukmu di hadapan mereka; dan sedu-sedan hati mereka naik kepada Tuhan menentangmu. Dan kerana ketatnya firman Tuhan, yang datang turun menentangmu, banyak hati yang mati, tertusuk dengan luka yang dalam.