Kitab Suci
Yakub 1


Kitab Yakub
Adik Nefi

Kata-kata pengkhutbahannya kepada saudara-saudaranya. Dia menundukkan seorang lelaki yang berupaya menumbangkan ajaran Kristus. Beberapa patah perkataan berkenaan sejarah bangsa Nefi.

Bab 1

Yakub dan Yusuf berupaya memujuk orang untuk percaya kepada Kristus dan mentaati perintah-perintah-Nya—Nefi meninggal dunia—Kejahatan meluas di kalangan bangsa Nefi. Kira-kira 544–421 tahun S.M.

1 Kerana lihatlah, terjadilah bahawa lima puluh dan lima tahun telah berlalu sejak waktu Lehi meninggalkan Yerusalem; oleh kerana itu, Nefi memberiku, aYakub, sebuah bperintah berkenaan kepingan-kepingan ckecil, yang di atasnya hal-hal ini diukirkan.

2 Dan dia memberiku, Yakub, sebuah perintah bahawa aku hendaknya menulis di atas kepingan-kepingan ini beberapa hal yang aku anggap paling berharga; bahawa aku hendaknya tidak menyentuh, kecuali dengan sepintas, berkenaan sejarah bangsa ini yang disebut bangsa Nefi.

3 Kerana dia berkata bahawa sejarah bangsanya akan diukirkan di atas kepingan-kepingannya yang lain, dan bahawa aku mesti melindungi kepingan-kepingan ini dan menurunkannya kepada keturunanku, dari generasi ke generasi.

4 Dan jika ada pengkhutbahan yang kudus, atau wahyu yang penting, atau penubuatan, agar aku sepatutnya mengukirkan apokok-pokoknya di atas kepingan-kepingan ini, dan menyentuh tentangnya sebanyak mungkin, demi kepentingan Kristus, dan demi kepentingan bangsa kami.

5 Kerana iman dan kegelisahan yang hebat, ia benar-benar telah dinyatakan kepada kami berkenaan bangsa kami, hal-hal apa yang akan aterjadi kepada mereka.

6 Dan kami juga memiliki banyak wahyu, dan roh yang penuh nubuat; oleh kerana itu, kami tahu tentang aKristus dan kerajaan-Nya, yang akan datang.

7 Oleh kerana itu kami bekerja dengan tekun di kalangan bangsa kami, agar kami boleh memujuk mereka untuk adatang kepada Kristus, dan mengambil bahagian dalam kebaikan Tuhan, agar mereka boleh masuk ke dalam bistirahat-Nya, agar jangan melalui cara apa pun Dia akan bersumpah dalam kemurkaan-Nya bahawa mereka tidak akan cmemasukinya, seperti dalam dkegusaran pada masa percubaan sewaktu anak-anak Israel berada di epadang belantara.

8 Oleh kerana itu, kami berkehendak kepada Tuhan bahawa kami dapat memujuk semua orang supaya tidak amemberontak terhadap Tuhan, bmenggusarkan-Nya sampai kemurkaan, tetapi bahawa semua orang akan percaya kepada Kristus, dan merenung kematian-Nya, dan menderita csalib-Nya dan menanggung penghinaan daripada dunia; oleh kerana itu, aku, Yakub, mengambilnya ke atas diriku untuk memenuhi perintah dari abangku Nefi.

9 Sekarang, Nefi mulai menjadi tua, dan dia melihat bahawa dia mesti segera amati; oleh kerana itu, dia bmenyapu minyak pada seorang lelaki untuk menjadi raja dan pemerintah atas bangsanya sekarang, menurut pemerintahan cpara raja.

10 Orang telah amat mengasihi Nefi, kerana dia telah menjadi pelindung besar bagi mereka, telah menggunakan apedang Laban dalam pertahanan mereka, dan telah bekerja sepanjang hidupnya untuk kesejahteraan mereka—

11 Oleh kerana itu, orang ramai berhasrat untuk mengekalkan namanya dalam ingatan. Dan barang siapa yang akan memerintah sebagai penggantinya akan dipanggil oleh orang, Nefi kedua, Nefi ketiga, dan seterusnya, menurut pemerintahan para raja; dan demikianlah mereka dipanggil oleh orang, walau apa pun nama mereka.

12 Dan terjadilah bahawa Nefi meninggal dunia.

13 Sekarang, orang yang bukan abangsa Laman adalah bbangsa Nefi; walaupun demikian, mereka dipanggil bangsa Nefi, bangsa Yakub, bangsa Yusuf, cbangsa Zoram, bangsa Laman, bangsa Lemuel, dan bangsa Ismael.

14 Tetapi aku, Yakub, setelah ini tidak akan membezakan mereka berdasarkan nama-nama ini, tetapi aku akan amemanggil mereka bangsa Laman yang berupaya untuk menghancurkan orang Nefi, dan mereka yang mesra dengan Nefi akan aku panggil bbangsa Nefi, atau corang Nefi, menurut pemerintahan para raja.

15 Dan sekarang, terjadilah bahawa bangsa Nefi, di bawah pemerintahan raja kedua, mulai menjadi keras dalam hati mereka, dan agak memanjakan diri mereka dalam amalan-amalan jahat, misalnya seperti Daud dahulukala yang menghasratkan ramai aisteri dan gundik, dan juga Salomo, puteranya.

16 Ya, dan mereka juga mulai mencari banyak emas dan perak, dan mulai menjadi agak terangkat-angkat dalam keangkuhan.

17 Oleh kerana itu aku, Yakub, memberikan kepada mereka perkataan-perkataan ini sewaktu aku mengajar mereka di dalam abait suci, setelah lebih dahulu mendapatkan btugas suruhanku daripada Tuhan.

18 Kerana aku, Yakub, dan adikku Yusuf telah aditahbiskan sebagai imam dan pengajar bagi umat ini, oleh tangan Nefi.

19 Dan kami mengembangkan ajawatan kami bagi Tuhan, mengambil ke atas diri kami btanggungjawab, mempertanggungjawabkan dosa-dosa dari umat ini ke atas kepala kami sendiri jika kami tidak mengajarkan kepada mereka firman Tuhan dengan sepenuh ketekunan; oleh kerana itu, dengan bekerja dengan segala daya kami, cdarah mereka mungkin tidak datang ke atas pakaian kami; jika tidak darah mereka akan datang ke atas pakaian kami, dan kami tidak akan didapati tanpa noda pada hari terakhir.