Kitab Suci
Helaman 4


Bab 4

Para pembelot bangsa Nefi dan bangsa Laman bergabung tenaga dan menawan negeri Zarahemla—Kekalahan bangsa Nefi datang kerana kejahatan mereka—Gereja merosot, dan rakyat menjadi lemah seperti bangsa Laman. Kira-kira 38–30 tahun S.M.

1 Dan terjadilah pada tahun kelima puluh empat ada banyak pembelotan di dalam gereja, dan juga ada suatu apertikaian di antara rakyat, sedemikian rupa sehingga ada banyak pertumpahan darah.

2 Dan mereka yang memberontak dibunuh dan dihalau keluar dari negeri itu, dan mereka telah pergi kepada raja bangsa Laman.

3 Dan terjadilah bahawa mereka berusaha untuk menghasut bangsa Laman untuk berperang melawan bangsa Nefi; tetapi lihatlah, bangsa Laman amat takut, sedemikian rupa sehingga mereka tidak mahu mendengar kata-kata para pembelot tersebut.

4 Tetapi terjadilah pada tahun kelima puluh enam zaman pemerintahan para hakim, ada apara pembelot yang pergi daripada bangsa Nefi kepada bangsa Laman; dan mereka berjaya bersama yang lain dalam menghasut mereka menjadi marah terhadap bangsa Nefi; dan sepanjang tahun itu mereka bersedia untuk peperangan.

5 Dan pada tahun kelima puluh tujuh mereka telah datang kepada bangsa Nefi untuk bertempur, dan mereka memulakan pekerjaan kematian; ya, sedemikian rupa sehingga pada tahun kelima puluh lapan zaman pemerintahan para hakim mereka berjaya dalam mendapatkan pemilikan ke atas negeri Zarahemla; ya, dan juga semua negeri, bahkan sehingga negeri yang berdekatan dengan negeri Kelimpahan.

6 Dan bangsa Nefi dan para tentera Moroniha telah dihalau bahkan ke dalam negeri Kelimpahan;

7 Dan di sana mereka mengubui diri terhadap bangsa Laman, dari laut barat, bahkan ke timur; itu adalah perjalanan sehari bagi seorang bangsa Nefi, merupakan garis sempadan yang telah mereka kubui dan tempatkan para tentera mereka untuk mempertahankan negara utara mereka.

8 Dan demikianlah para pembelot bangsa Nefi itu, dengan pertolongan sejumlah besar tentera bangsa Laman, telah mendapatkan seluruh pemilikan bangsa Nefi yang berada di negeri sebelah selatan. Dan semuanya ini terjadi pada tahun kelima puluh lapan dan sembilan zaman pemerintahan para hakim.

9 Dan terjadilah pada tahun keenam puluh zaman pemerintahan para hakim, Moroniha berjaya bersama para tenteranya dalam mendapatkan banyak bahagian dari negeri itu; ya, mereka mendapatkan kembali banyak kota yang telah jatuh ke dalam tangan bangsa Laman.

10 Dan terjadilah pada tahun keenam puluh satu zaman pemerintahan para hakim mereka berjaya dalam mendapatkan kembali bahkan setengah dari seluruh pemilikan mereka.

11 Sekarang kehilangan besar bangsa Nefi ini, dan pembunuhan hebat di antara mereka, tidak akan terjadi jika bukan kerana kejahatan mereka dan kekejian mereka yang ada di antara mereka; ya, dan ianya ada di antara mereka yang mengakui dirinya masuk dalam gereja Tuhan.

12 Dan ianya adalah kerana akeangkuhan hati mereka, kerana bkekayaan mereka yang banyak, ya, ianya adalah kerana penindasan mereka terhadap yang cmiskin, menahan makanan mereka dari yang lapar, menahan pakaian mereka dari yang telanjang, dan menampar pipi saudara-saudara mereka yang rendah hati, membuat ejekan akan apa yang kudus, menyangkal roh nubuat dan wahyu, membunuh, menjarah, berdusta, mencuri, berbuat zina, bangkit dalam pertikaian yang hebat, dan keluar pergi ke negeri Nefi, di antara bangsa Laman—

13 Dan kerana kejahatan mereka yang besar ini, dan akemegahan mereka dalam kekuatan mereka sendiri, mereka dibiarkan dalam kekuatan mereka sendiri; oleh kerana itu mereka tidak makmur, tetapi sengsara dan diserang, dan dihalau dari hadapan bangsa Laman, sehingga mereka telah kehilangan pemilikan ke atas hampir seluruh negeri mereka.

14 Tetapi lihatlah, Moroniha mengkhutbahkan banyak hal kepada mereka kerana kederhakaan mereka, dan juga aNefi dan Lehi, yang merupakan anak-anak lelaki Helaman, mengkhutbahkan banyak hal kepada mereka, ya, dan menubuatkan banyak hal kepada mereka tentang kederhakaan mereka, dan apa yang akan datang kepada mereka jika mereka tidak bertaubat dari dosa-dosa mereka.

15 Dan terjadilah bahawa mereka bertaubat, dan oleh sebab mereka telah bertaubat mereka mulai makmur.

16 Kerana apabila Moroniha melihat bahawa mereka telah bertaubat dia berani mencuba untuk memimpin mereka dari suatu tempat ke suatu tempat, dan dari kota ke kota, bahkan sehingga mereka telah mendapatkan kembali setengah daripada harta mereka dan setengah daripada seluruh negeri mereka.

17 Dan demikianlah berakhir tahun keenam puluh satu zaman pemerintahan para hakim.

18 Dan terjadilah pada tahun keenam puluh dua zaman pemerintahan para hakim, bahawa Moroniha tidak lagi dapat memperoleh lebih pemilikan ke atas bangsa Laman.

19 Oleh kerana itu mereka meninggalkan rancangan mereka untuk mendapatkan negeri-negeri mereka yang selebihnya, kerana begitu banyaknya bangsa Laman sehingga ianya menjadi mustahil bagi bangsa Nefi untuk mendapatkan kekuasaan yang lebih besar ke atas mereka; oleh kerana itu Moroniha mengerahkan seluruh tenteranya untuk mempertahankan bahagian-bahagian yang telah diambilnya.

20 Dan terjadilah, kerana besarnya jumlah bangsa Laman, bangsa Nefi berada dalam ketakutan yang besar, jangan sampai mereka dikalahkan, dan diinjak-injak, dan dibunuh, dan dihancurkan.

21 Ya, mereka mulai mengingati nubuat-nubuat Alma, dan juga kata-kata Mosia; dan mereka melihat bahawa mereka telah menjadi orang-orang yang degil, dan bahawa mereka telah mensia-siakan perintah-perintah Tuhan;

22 Dan bahawa mereka telah mengubah dan memijak-mijak di bawah kaki mereka ahukum-hukum Mosia, atau perkara yang Tuhan perintahkan kepada dia untuk diberikan kepada mereka; dan mereka melihat bahawa hukum-hukum mereka telah menjadi cemar, dan bahawa mereka telah menjadi orang-orang yang jahat, sedemikian rupa sehingga kejahatan mereka bahkan seperti bangsa Laman.

23 Dan kerana kederhakaan mereka gereja telah mulai amerosot; dan mereka mulai tidak percaya di dalam roh nubuat dan di dalam roh wahyu; dan penghakiman Tuhan telah menatap tajam pada muka mereka.

24 Dan mereka melihat bahawa mereka telah menjadi alemah, seperti saudara-saudara mereka, bangsa Laman, dan bahawa Roh Tuhan tidak lagi memelihara mereka; ya, ia telah menarik diri daripada mereka kerana bRoh Tuhan tidak berdiam di dalam bait suci yang ctidak kudus

25 Oleh kerana itu Tuhan telah berhenti untuk memelihara mereka dengan kuasa-Nya yang ajaib dan tiada bandingan, kerana mereka telah jatuh ke dalam suatu keadaan aketidakpercayaan dan kejahatan yang dahsyat; dan mereka melihat bahawa bangsa Laman jauh lebih banyak daripada mereka, dan kecuali mereka harus bkembali setia kepada Tuhan mereka, mereka mestilah tidak dapat mengelak dari kebinasaan.

26 Kerana lihatlah, mereka melihat bahawa kekuatan bangsa Laman adalah sebesar kekuatan mereka, bahkan dalam satu lawan satu. Dan demikianlah mereka telah jatuh ke dalam pelanggaran yang besar ini; ya, demikianlah mereka telah menjadi lemah, kerana pelanggaran mereka, dalam tempoh waktu atidak sampai bertahun-tahun.