Kitab Suci
Helaman 2


Bab 2

Helaman, anak lelaki Helaman, menjadi hakim utama—Gadianton memimpin gerombolan Kiskumen—Orang suruhan Helaman membunuh Kiskumen, dan gerombolan Gadianton melarikan diri ke padang belantara. Kira-kira 50–49 tahun S.M.

1 Dan terjadilah pada tahun keempat puluh dua zaman pemerintahan para hakim, setelah Moroniha menegakkan kembali perdamaian antara bangsa Nefi dan bangsa Laman, lihatlah tidak ada seorang pun mengisi kerusi penghakiman; oleh kerana itu bermulalah suatu pertikaian lagi di antara rakyat tentang siapa yang seharusnya mengisi kerusi penghakiman.

2 Dan terjadilah bahawa Helaman, yang merupakan anak lelaki Helaman, telah dilantik untuk mengisi kerusi penghakiman, oleh suara rakyat.

3 Tetapi lihatlah, aKiskumen, yang telah membunuh Pahoran, menunggu kesempatan untuk menghancurkan Helaman juga; dan dia disokong oleh gerombolannya, yang telah masuk ke dalam sebuah perjanjian agar tidak seorang pun harus mengetahui kejahatannya.

4 Kerana ada seorang aGadianton, yang amat mahir dalam banyak perkataan, dan juga dalam kelicikannya, untuk melaksanakan pekerjaan pembunuhan dan rompakan secara rahsia; oleh kerana itu dia menjadi pemimpin gerombolan Kiskumen.

5 Oleh kerana itu dia mengangkat-angkat mereka, dan juga Kiskumen, bahawa jika mereka akan menempatkannya di atas kerusi penghakiman dia akan mengabulkan bagi mereka yang masuk dalam gerombolannya bahawa mereka akan ditempatkan ke dalam kekuasaan dan wewenang di kalangan rakyat; oleh kerana itu Kiskumen berikhtiar untuk menghancurkan Helaman.

6 Dan terjadilah sewaktu dia pergi menuju ke kerusi penghakiman untuk menghancurkan Helaman, lihatlah salah seorang orang suruhan Helaman, yang pernah keluar pada malam hari, dan telah mendapatkan, melalui penyamaran, suatu pengetahuan tentang rancangan-rancangan yang telah disusun oleh gerombolan ini untuk menghancurkan Helaman—

7 Dan terjadilah bahawa dia menemui Kiskumen, dan dia memberi kepadanya suatu tanda; oleh kerana itu Kiskumen telah mendedahkan kepadanya sasaran keinginannya, menginginkan agar dia akan membawanya ke kerusi penghakiman supaya dia dapat membunuh Helaman.

8 Dan apabila orang suruhan Helaman telah mengetahui segala isi hati Kiskumen, dan bahawa sasarannya adalah untuk membunuh, dan juga bahawa sasaran mereka semua yang masuk dalam gerombolannya adalah untuk membunuh, dan untuk merompak, dan untuk memperoleh kekuasaan, (dan inilah rancangan arahsia mereka, dan komplot mereka) orang suruhan Helaman berkata kepada Kiskumen: Marilah kita pergi ke kerusi penghakiman.

9 Sekarang, ini amat menyenangkan Kiskumen, kerana dia menyangka bahawa dia akan melaksanakan rancangannya; tetapi lihatlah, orang suruhan Helaman, sewaktu mereka sedang maju ke kerusi penghakiman, telah menikam Kiskumen bahkan pada jantungnya, sehingga dia jatuh mati tanpa rintihan. Dan dia telah berlari dan memberitahu Helaman segala yang telah dia lihat, dan dengar, dan lakukan.

10 Dan terjadilah bahawa Helaman telah menghantar untuk menangkap gerombolan perompak dan pembunuh-pembunuh rahsia ini, agar mereka boleh dihukum menurut hukum.

11 Tetapi lihatlah, ketika Gadianton telah mendapati bahawa Kiskumen tidak kembali dia berasa takut bahawa dia akan dihancurkan; oleh kerana itu dia menyuruh agar gerombolannya untuk mengikutinya. Dan mereka melarikan diri dari negeri itu, melalui suatu jalan rahsia, ke dalam padang belantara; dan demikianlah ketika Helaman menghantar untuk menangkap mereka, mereka tidak dapat ditemui di mana-mana pun.

12 Dan lebih banyak tentang Gadianton ini akan diperkatakan selepas ini. Dan demikianlah berakhirnya tahun keempat puluh dua zaman pemerintahan para hakim ke atas bangsa Nefi.

13 Dan lihatlah, pada penghujung kitab ini kamu akan melihat bahawa aGadianton ini membuktikan penggulingan, ya, kehancuran hampir seluruh bangsa Nefi.

14 Lihatlah aku tidak bermaksudkan penghujung kitab Helaman, tetapi aku bermaksudkan penghujung kitab Nefi, yang mana darinya telah aku ambil seluruh laporan yang telah aku tuliskan.