Kitab Suci
Helaman 14


Bab 14

Samuel meramalkan keterangan sepanjang malam dan sebuah bintang baru semasa kelahiran Kristus—Kristus menebus manusia daripada kematian duniawi dan rohani—Tanda-tanda kematian-Nya termasuklah tiga hari kegelapan, pemecahan batu-batan, dan pergolakan alam yang dahsyat. Kira-kira 6 tahun S.M.

1 Dan sekarang terjadilah bahawa aSamuel, si bangsa Laman, telah bernubuat lebih banyak hal lagi yang tidak dapat dituliskan.

2 Dan lihatlah, dia berkata kepada mereka: Lihatlah, aku memberi kepadamu suatu tanda; kerana lima tahun lagi akan datang, dan lihatlah, kemudian datanglah Putera Tuhan untuk menebus mereka semua yang akan percaya kepada nama-Nya.

3 Dan lihatlah, ini akan aku berikan kepadamu untuk suatu atanda pada waktu kedatangan-Nya; kerana lihatlah, akan terdapatlah keterangan yang benderang di langit, sedemikian rupa sehingga pada malam sebelum Dia datang tidak akan ada kegelapan, sedemikian rupa sehingga akan muncul kepada manusia seolah-olah ia adalah hari siang.

4 Oleh kerana itu, akan ada satu siang dan satu malam dan satu siang, seolah-olah adalah dalam satu hari dan tidak ada malam; dan ini akan menjadi suatu tanda bagimu; kerana kamu akan mengetahui terbitnya matahari dan juga terbenamnya; oleh kerana itu mereka akan mengetahui dengan suatu kepastian bahawa akan ada dua siang dan satu malam; walaupun demikian malam itu tidak akan digelapkan; dan itu akan menjadi malam sebelum aDia dilahirkan.

5 Dan lihatlah, akan muncul sebuah abintang baru, seperti yang belum pernah kamu lihat; dan ini juga akan menjadi suatu tanda bagimu.

6 Dan lihatlah ini belumlah semuanya, akan terdapat banyak tanda dan keajaiban di langit.

7 Dan akan terjadilah bahawa kamu semua akan kagum, dan terpegun, sedemikian rupa sehingga kamu akan ajatuh ke atas tanah.

8 Dan akan terjadilah bahawa sesiapa yang akan apercaya kepada Putera Tuhan, merekalah yang akan memperoleh kehidupan abadi.

9 Dan lihatlah, demikianlah Tuhan telah memerintahkan aku, melalui malaikat-Nya, agar aku harus datang dan memberitahukan hal ini kepadamu; ya, Dia telah memerintahkan agar aku harus menubuatkan hal-hal ini kepadamu; ya, Dia telah berfirman kepadaku: Berserulah kepada orang-orang ini, bertaubatlah dan persiapkanlah jalan Tuhan.

10 Dan sekarang, kerana aku adalah seorang bangsa Laman, dan telah mengucapkan kepadamu firman-firman yang telah Tuhan perintahkan kepadaku, dan kerana ia keras menentangmu, kamu marah terhadapku dan berusaha untuk menghancurkan aku, dan telah amengusirku dari kalanganmu.

11 Dan kamu akan mendengar perkataanku, kerana, untuk tujuan inilah aku telah naik ke atas tembok dinding kota ini, agar kamu boleh mendengar dan mengetahui tentang penghakiman Tuhan yang sedang menunggumu kerana kederhakaanmu, dan juga agar kamu boleh mengetahui syarat-syarat pertaubatan;

12 Dan juga agar kamu boleh mengetahui tentang kedatangan Yesus Kristus, Putera Tuhan, aBapa segala langit dan bumi, Pencipta segala sesuatu sejak dari permulaan; dan agar kamu boleh mengetahui tentang tanda-tanda kedatangan-Nya, untuk tujuan agar kamu boleh percaya kepada nama-Nya.

13 Dan jika kamu apercaya kepada nama-Nya kamu akan bertaubat atas segala dosamu, agar dengan demikian kamu boleh memperoleh suatu pengampunan daripadanya melalui bjasa-Nya.

14 Dan lihatlah, sekali lagi, satu tanda yang lain aku berikan kepadamu, ya, suatu tanda tentang kematian-Nya.

15 Kerana lihatlah, Dia pastinya harus mati agar akeselamatan dapat datang; ya, adalah perlu bagi-Nya dan penting bahawa Dia mati, untuk mendatangkan bkebangkitan orang mati, agar dengan demikian manusia dapat dibawa ke dalam hadirat Tuhan.

16 Ya, lihatlah, kematian ini mendatangkan kebangkitan, dan amenebus seluruh umat manusia dari kematian pertama—kematian rohani itu; kerana seluruh umat manusia, melalui bkejatuhan Adam cdisingkirkan daripada hadirat Tuhan, dianggap bagaikan dmati, baik dalam hal-hal duniawi mahupun hal-hal rohani.

17 Tetapi lihatlah, kebangkitan Kristus amenebus umat manusia, ya, bahkan seluruh umat manusia, dan membawa mereka kembali ke dalam hadirat Tuhan.

18 Ya, dan ia mendatangkan syarat pertaubatan, agar sesiapa yang bertaubat mereka tidak ditebang dan dilemparkan ke dalam api; tetapi sesiapa yang tidak bertaubat ditebang dan dilemparkan ke dalam api; dan datanglah ke atas diri mereka lagi suatu kematian rohani, ya, kematian kedua, kerana mereka disingkirkan lagi dari hal-hal yang berkaitan dengan kebenaran.

19 Oleh kerana itu bertaubatlah kamu, bertaubatlah kamu, kalau-kalau dengan mengetahui hal-hal ini dan tidak melakukannya kamu akan membiarkan dirimu datang ke bawah penghukuman, dan kamu dibawa turun pada kematian kedua ini.

20 Tetapi lihatlah, seperti yang aku katakan kepadamu tentang satu atanda lain, suatu tanda tentang kematian-Nya, lihatlah, pada hari itu ketika Dia akan menderita kematian matahari akan bdigelapkan dan enggan untuk memberikan cahayanya kepadamu; dan juga bulan dan bintang-bintang; dan tidak akan ada cahaya di atas permukaan tanah ini, bahkan dari saat Dia akan menderita kematian, dalam tempoh waktu ctiga hari, sehinggalah pada saat Dia akan bangkit kembali dari yang telah mati.

21 Ya, pada saat Dia akan menyerahkan roh akan terdapatlah apetir dan kilat untuk tempoh waktu berjam-jam, dan tanah akan bergoncang dan bergegar; dan batu-batan yang berada di atas permukaan bumi ini, yang terdapat di atas tanah mahupun di bawahnya, yang kamu ketahui pada waktu ini adalah padat, atau sebahagian besar darinya adalah satu kepejalan yang padat, akan bterpecah belah;

22 Ya, batu-batan itu akan terbelah menjadi dua, dan akan sentiasa buat selamanya aditemui dalam lapisan dan dalam retakan, dan dalam serpihan-serpihan yang terpecah belah di atas permukaan seluruh bumi, ya, baik di atas tanah mahupun di bawahnya.

23 Dan lihatlah, akan terjadilah angin ribut yang dahsyat, dan akan terdapat banyak gunung direndahkan, menjadi seperti sebuah lembah, dan akan terdapat banyak tempat yang sekarang ini disebut lembah yang akan menjadi gunung-ganang, yang begitu tinggi ketinggiannya.

24 Dan banyak jalan-jalan besar akan terpecah belah, dan banyak akota akan menjadi terbiar.

25 Dan banyak akuburan akan terbuka, dan akan menyerahkan banyak orang matinya; dan banyak orang suci akan muncul kepada banyak orang.

26 Dan lihatlah, demikianlah amalaikat telah berbicara kepadaku; kerana dia berkata kepadaku bahawa akan terdapat petir dan kilat untuk tempoh waktu berjam-jam.

27 Dan dia berkata kepadaku bahawa semasa petir dan kilat berlangsung, dan angin ribut, bahawa hal-hal ini harus terjadi, dan bahawa akegelapan akan menutupi permukaan seluruh bumi untuk tempoh waktu tiga hari.

28 Dan malaikat berkata kepadaku bahawa banyak yang akan melihat hal-hal yang lebih hebat daripada ini, untuk tujuan agar mereka boleh percaya bahawa atanda-tanda ini dan keajaiban ini akan terjadi di atas seluruh permukaan negeri ini, untuk tujuan agar tidak akan ada alasan untuk ketidakpercayaan di kalangan anak-anak manusia—

29 Dan ini untuk tujuan agar sesiapa yang akan percaya boleh diselamatkan, dan bahawa sesiapa yang tidak akan percaya, suatu apenghakiman yang benar akan datang ke atas diri mereka; dan juga jika mereka dihukum merekalah yang mendatangkan penghukuman ke atas diri mereka sendiri.

30 Dan sekarang ingatlah, ingatlah, saudara-saudaraku, bahawa sesiapa pun yang binasa, binasa bagi dirinya sendiri; dan sesiapa pun yang melakukan kederhakaan, melakukannya terhadap dirinya sendiri; kerana lihatlah, kamu abebas; kamu diizinkan untuk bertindak bagi dirimu sendiri; kerana lihatlah, Tuhan telah memberi kepadamu suatu bpengetahuan dan Dia telah menjadikanmu bebas.

31 Dia telah memberikan kepadamu agar kamu boleh amengetahui yang baik dari yang jahat, dan Dia telah memberikan kepadamu agar kamu boleh bmemilih kehidupan atau kematian; dan kamu boleh melakukan yang baik dan cdipulihkan kepada yang baik, atau memperoleh apa yang baik dipulihkan kepadamu; atau kamu boleh melakukan yang jahat, dan memperoleh apa yang jahat dipulihkan kepadamu.