Kitab Suci
Helaman 12


Bab 12

Manusia tidak stabil dan bodoh dan cepat untuk melakukan yang jahat—Tuhan menghukum umat-Nya—Ketidakberertian manusia dibandingkan dengan kuasa Tuhan—Pada hari penghakiman, manusia akan memperoleh kehidupan abadi atau kelaknatan abadi. Kira-kira 6 tahun S.M.

1 Dan demikianlah kita dapat melihat betapa palsunya, dan juga ketidakstabilan hati anak-anak manusia; ya, kita dapat melihat bahawa Tuhan di dalam kebaikan-Nya yang tak terbatas memberkati dan amemakmurkan mereka yang meletakkan bkepercayaan mereka kepada-Nya.

2 Ya, dan kita dapat melihat pada saat ketika Dia memakmurkan umat-Nya, ya, di dalam peningkatan ladang mereka, kawanan domba mereka dan kawanan ternakan mereka, dan di dalam emas, dan di dalam perak, dan di dalam pelbagai benda berharga dari setiap jenis dan kesenian; membiarkan mereka hidup, dan membebaskan mereka daripada tangan musuh mereka; melembutkan hati musuh mereka agar mereka tidak mengisytiharkan peperangan terhadap mereka; ya, dan kesimpulannya, melakukan segala hal demi kesejahteraan dan kebahagiaan umat-Nya; ya, dan pada waktu itulah saatnya mereka amengeraskan hati mereka, dan melupakan Tuhan Raja mereka, dan bmemijak-mijak di bawah kaki mereka si Yang Kudus—ya, dan ini disebabkan oleh kesenangan mereka, dan kemakmuran mereka yang sangat besar.

3 Dan demikianlah kita melihat bahawa kecuali Tuhan amenghukum umat-Nya dengan banyak kesengsaraan, ya, kecuali Dia mengunjungi mereka dengan kematian dan dengan kengerian, dan dengan kebuluran dan dengan pelbagai jenis wabak penyakit, mereka tidak akan bmengingati-Nya.

4 Ah, betapa bodohnya, dan betapa sombongnya, dan betapa jahatnya, dan seperti iblisnya, dan betapa acepatnya untuk melakukan kederhakaan, dan betapa perlahannya untuk melakukan kebaikan, anak-anak manusia ini; ya, betapa cepatnya untuk mendengar perkataan si jahat, dan untuk meletakkan bhati mereka ke atas hal-hal dunia yang sia-sia!

5 Ya, betapa cepatnya untuk terangkat di dalam akeangkuhan; ya, betapa cepatnya untuk bermegah, dan melakukan pelbagai perkara yang merupakan kederhakaan; dan betapa perlahannya mereka untuk mengingati Tuhan Raja mereka, dan untuk memasang telinga kepada nasihat-nasihat-Nya, ya, betapa perlahannya untuk bberjalan di dalam jalan kebijaksanaan!

6 Lihatlah, mereka tidak berhasrat agar Tuhan Raja mereka, yang telah amenciptakan mereka, seharusnya bberkuasa dan memerintah ke atas diri mereka; walaupun kebaikan dan belas kasihan-Nya yang besar terhadap mereka, mereka mensia-siakan nasihat-nasihat-Nya, dan mereka tidak menginginkan agar Dia seharusnya menjadi pembimbing mereka.

7 Ah, betapa besarnya aketidakberertian anak-anak manusia; ya, bahkan mereka lebih rendah daripada debu bumi.

8 Kerana lihatlah, debu bumi bergerak ke sana dan ke mari, sehingga terpisah-pisah, di atas perintah Tuhan kita yang agung dan abadi.

9 Ya, lihatlah kerana pada suara-Nya bukit dan gunung-ganang bergegar dan abergoncang.

10 Dan melalui akuasa suara-Nya bukit dan gunung terpecah-belah, dan menjadi rata, ya, bahkan seperti sebuah lembah.

11 Ya, melalui kuasa suara-Nya aseluruh bumi bergoncang;

12 Ya, melalui kuasa suara-Nya, landasan bergoncang, bahkan sehingga pada pusatnya.

13 Ya, dan jika Dia berfirman kepada bumi—Bergeraklah—ia digerakkan.

14 Ya, jika Dia berfirman kepada abumi—Engkau akan bberundur, agar ia cmemanjangkan hari untuk berjam-jam—ia akan terjadi;

15 Dan demikianlah, menurut firman-Nya bumi berundur, dan kelihatannya bagi manusia bahawa matahari tetap tidak bergerak; ya, dan lihatlah, begitulah jadinya; kerana sememangnya bumilah yang bergerak dan bukannya matahari.

16 Dan lihatlah, juga, jika Dia berfirman pada aperairan-perairan yang sangat dalam—bJadilah engkau kering—maka ia terjadi.

17 Lihatlah, jika Dia berfirman pada gunung ini—Terangkatlah engkau, dan adatanglah ke mari dan jatuhlah ke atas kota itu, agar ia terkubur—lihatlah maka ia terjadi.

18 Dan lihatlah, jika seseorang amenyembunyikan harta benda di dalam tanah, dan Tuhan akan berfirman—Biarlah ia bdikutuk, kerana kederhakaan dia yang telah menyembunyikannya—lihatlah, ia akan dikutuk.

19 Dan jika Tuhan akan berfirman—Dikutuklah engkau, agar tidak seorang pun akan menemui engkau sejak dari waktu ini dan selamanya—lihatlah, tidak seorang pun akan mendapatkannya sekarang dan selamanya.

20 Dan lihatlah, jika Tuhan akan berfirman kepada seseorang—Kerana kederhakaanmu, engkau akan dikutuk selamanya—maka ia akan terjadi.

21 Dan jika Tuhan akan berfirman—Kerana kederhakaanmu engkau akan disingkirkan daripada hadirat-Ku—Dia akan memastikan agar itu terjadi.

22 Dan celakalah dia yang kepadanya akan Dia firmankan sebegini, kerana ia akan terjadi kepada dia yang akan melakukan kederhakaan, dan dia tidak dapat diselamatkan; oleh kerana itu, untuk sebab ini, supaya manusia boleh diselamatkan, pertaubatan telah dimaklumkan.

23 Oleh kerana itu, diberkatilah mereka yang akan bertaubat dan mendengar kepada suara Tuhan Raja mereka; kerana mereka inilah yang akan adiselamatkan.

24 Dan semoga Tuhan mengabulkan, dalam kegenapan-Nya yang besar, agar manusia boleh dibawa kepada pertaubatan dan pekerjaan yang baik, agar mereka dapat dipulihkan pada rahmat untuk arahmat, menurut pekerjaan mereka.

25 Dan aku menginginkan agar semua orang dapat diselamatkan. Tetapi kita terbaca bahawa pada hari yang besar dan terakhir itu terdapat beberapa yang akan diusir, ya, yang akan disingkirkan daripada hadirat Tuhan;

26 Ya, mereka yang akan dimasukkan ke dalam suatu keadaan kegetiran tanpa akhir, menggenapi firman-firman yang mengatakan: Mereka yang telah melakukan kebaikan akan memperoleh akehidupan abadi; dan mereka yang telah melakukan kejahatan akan memperoleh bkelaknatan abadi. Dan demikianlah halnya. Amin.