Kitab Suci
Eter 5


Bab 5

Tiga saksi dan kitab itu sendiri akan berdiri sebagai sebuah kesaksian tentang kebenaran Kitab Mormon.

1 Dan sekarang, aku, Moroni, telah menuliskan kata-kata yang telah diperintahkan kepadaku, menurut ingatanku; dan aku telah memberitahu kamu hal-hal yang telah aku ameteraikan; oleh itu janganlah menyentuhnya supaya kamu boleh menterjemahkan; kerana hal itu dilarang bagimu, kecuali suatu saat nanti ianya akan menjadi kebijaksanaan di dalam Tuhan.

2 Dan lihatlah, kamu boleh diberi peluang agar kamu boleh menunjukkan kepingan-kepingan itu kepada amereka yang akan membantu mendatangkan pekerjaan ini;

3 Dan kepada atiga orang akan diperlihatkan melalui kuasa Tuhan; oleh itu mereka akan bmengetahui dengan suatu kepastian bahawa hal-hal ini adalah cbenar.

4 Dan di dalam mulut tiga orang asaksi hal-hal ini akan ditegakkan; dan kesaksian daripada tiga orang, dan pekerjaan ini, yang di dalamnya akan diperlihatkan kuasa Tuhan dan juga firman-Nya, yang mana Bapa, dan Putera, dan Roh Kudus memberikan kesaksian tentangnya—dan semua ini akan berdiri sebagai sebuah kesaksian terhadap dunia pada hari terakhir.

5 Dan jika demikian halnya bahawa mereka bertaubat dan adatang kepada Bapa dalam nama Yesus, mereka akan diterima ke dalam kerajaan Tuhan.

6 Dan sekarang, jika aku tidak memiliki wewenang untuk hal-hal ini, kamu pertimbangkanlah sendiri; kerana kamu akan mengetahui bahawa aku memiliki wewenang apabila kamu akan melihatku, dan kita akan berdiri di hadapan Tuhan pada hari terakhir. Amin.