Kitab Suci
Eter 4


Bab 4

Moroni diperintahkan untuk memeteraikan tulisan saudara lelaki Yared—Ianya tidak akan didedahkan sehinggalah manusia mempunyai iman bahkan seperti saudara lelaki Yared—Kristus memerintahkan manusia untuk mempercayai firman-Nya dan perkataan para pengikut-Nya—Manusia diperintahkan untuk bertaubat, mempercayai Injil, dan diselamatkan.

1 Dan Tuhan memerintahkan saudara lelaki Yared untuk turun dari gunung daripada hadirat Tuhan, dan amenuliskan apa yang telah dia lihat; dan ianya dilarang untuk pergi kepada anak-anak manusia bsehinggalah Dia telah diangkat ke atas salib; dan untuk sebab inilah raja Mosia menyimpannya, agar ia tidak harus keluar ke dunia sehinggalah setelah Kristus memperlihatkan diri-Nya kepada umat-Nya.

2 Dan setelah Kristus benar-benar memperlihatkan diri-Nya kepada umat-Nya Dia memerintahkan agar ianya haruslah dinyatakan.

3 Dan sekarang, selepas itu, mereka semua telah merosot dalam ketidakpercayaan; dan tidak ada seorang pun kecuali bangsa Laman, dan mereka telah menolak Injil Kristus; oleh itu aku diperintahkan agar aku harus amenyembunyikannya di dalam bumi sekali lagi.

4 Lihatlah, aku telah menulis di atas kepingan-kepingan ini bahkan hal-hal yang saudara lelaki Yared lihat; dan tidak pernah ada hal-hal yang lebih besar dinyatakan daripada yang telah dinyatakan kepada saudara lelaki Yared.

5 Oleh itu Tuhan telah memerintahkanku untuk menuliskannya; dan aku telah menuliskannya. Dan Dia memerintahkanku agar aku harus amemeteraikannya; dan Dia juga telah memerintahkan agar aku harus memeteraikan terjemahannya; oleh itu aku telah memeteraikan balat-alat tafsir itu, menurut perintah Tuhan.

6 Kerana Tuhan berfirman kepadaku: Ianya tidak akan tersebar luas kepada bangsa bukan Israel sehinggalah hari tersebut bahawa mereka akan bertaubat dari kederhakaan mereka, dan menjadi bersih di hadapan Tuhan.

7 Dan pada hari itu apabila mereka akan menjalankan iman di dalam-Ku, firman Tuhan, bahkan seperti yang saudara lelaki Yared telah lakukan, agar mereka dapat adikuduskan di dalam Aku, kemudian Aku akan menyatakan kepada mereka hal-hal yang telah dilihat oleh saudara lelaki Yared, bahkan sehingga membentangkan kepada mereka semua wahyu-Ku, firman Yesus Kristus, Putera Tuhan, bBapa segala langit dan bumi, dan semua hal yang ada di dalamnya.

8 Dan dia yang akan amenentang firman Tuhan, biarlah dia dikutuk; dan dia yang akan bmenyangkal hal-hal ini, biarlah dia dikutuk; kerana kepada mereka Aku tidak akan memperlihatkan chal-hal yang lebih besar, firman Yesus Kristus; kerana Akulah Dia yang berfirman.

9 Dan di atas perintah-Ku langit dibukakan dan aditutup; dan di atas firman-Ku bbumi akan bergegar; dan di atas perintah-Ku para penduduknya akan meninggal, bahkan juga dengan api.

10 Dan dia yang tidak mempercayai firman-Ku tidak mempercayai para pengikut-Ku; dan jika demikian halnya bahawa Aku tidak berfirman, kamu pertimbangkanlah sendiri; kerana kamu akan tahu bahawa Akulah yang berfirman, pada ahari terakhir.

11 Tetapi dia yang amempercayai hal-hal ini yang telah Aku firmankan, dialah yang akan Aku kunjungi dengan pernyataan Roh-Ku, dan dia akan mengetahui dan memberikan kesaksian. Disebabkan oleh Roh-Ku dia akan btahu bahawa hal-hal ini adalah cbenar; kerana ia mendorong manusia untuk melakukan kebaikan.

12 Dan apa-apa pun yang mendorong manusia untuk melakukan kebaikan adalah daripada-Ku; kerana akebaikan tidak datang daripada sesiapa pun kecuali daripada-Ku. Akulah orang yang sama yang menuntun manusia kepada segala kebaikan; dia yang btidak mahu mempercayai firman-Ku tidak akan mempercayai-Ku—bahawa Aku ada; dan dia yang tidak mahu mempercayai-Ku tidak akan mempercayai Bapa yang telah mengutus-Ku. Kerana lihatlah, Akulah Bapa, Akulah ccahaya, dan dkehidupan, dan kebenaran dunia.

13 aDatanglah kepada-Ku, Wahai kamu bangsa bukan Israel, dan Aku akan memperlihatkan kepadamu hal-hal yang lebih besar, pengetahuan yang telah disembunyikan kerana ketidakpercayaan.

14 Datanglah kepadaKu, Wahai kamu bani Israel, dan akan adinyatakan kepadamu betapa besarnya hal-hal yang telah Bapa sediakan bagimu, sejak pengasasan dunia; dan ia belum datang kepadamu, disebabkan ketidakpercayaan.

15 Lihatlah, apabila kamu akan mengoyakkan tirai ketidakpercayaan itu yang menyebabkan kamu tetap tinggal di dalam keadaan kejahatanmu yang dahsyat, dan kekerasan hati, dan kebutaan fikiran, maka hal-hal yang besar dan menakjubkan yang telah adisembunyikan daripadamu sejak pengasasan dunia—ya, apabila kamu akan menyeru kepada Bapa dalam nama-Ku, dengan hati yang hancur dan jiwa yang menyesal, maka kamu akan mengetahui bahawa Bapa mengingati perjanjian yang Dia telah buat kepada nenek moyangmu, Wahai bani Israel.

16 Dan kemudian awahyu-wahyu-Ku yang telah Aku arahkan untuk dituliskan oleh hamba-Ku Yohanes akan didedahkan kepada mata semua orang. Ingatlah, apabila kamu melihat hal-hal ini, kamu akan mengetahui bahawa waktunya di depan mata apabila ianya akan dinyatakan dalam dunia yang nyata.

17 Oleh itu, aapabila kamu akan menerima catatan ini kamu dapat mengetahui bahawa pekerjaan Bapa telah bermula di atas seluruh permukaan negeri.

18 Oleh itu, abertaubatlah kamu hujung-hujung bumi, dan datanglah kepada-Ku, dan percayalah pada Injil-Ku, dan bdibaptiskanlah dalam nama-Ku; kerana dia yang percaya dan dibaptiskan akan diselamatkan; tetapi dia yang tidak percaya akan dilaknati; dan ctanda-tanda akan mengiringi mereka yang percaya pada nama-Ku.

19 Dan diberkatilah dia yang didapati asetia pada nama-Ku pada hari terakhir, kerana dia akan diangkat untuk tinggal di dalam kerajaan yang disediakan baginya bsejak pengasasan dunia. Dan lihatlah Akulah yang telah memfirmankannya. Amin.