Kitab Suci
Eter 13


Bab 13

Eter berbicara tentang sebuah Yerusalem Baru yang akan dibina di Amerika oleh keturunan Yusuf—Dia bernubuat, diusir, menuliskan sejarah bangsa Yared, dan meramalkan kehancuran bangsa Yared—Peperangan mengganas di seluruh negeri itu.

1 Dan sekarang, aku, Moroni, meneruskan untuk menghabiskan catatanku tentang kehancuran bangsa itu berkenaan mereka yang sedang aku tuliskan.

2 Kerana lihatlah, mereka menolak semua perkataan Eter; kerana dia benar-benar memberitahu mereka tentang semua hal, sejak dari permulaan manusia; dan bahawa setelah air asurut dari permukaan negeri ini, ia telah menjadi negeri pilihan yang melebihi semua negeri yang lain, negeri yang dipilih oleh Tuhan; oleh itu Tuhan menghendaki agar semua orang harus bmelayani-Nya yang tinggal di atas permukaannya;

3 Dan bahawa ia adalah tempat aYerusalem Baru, yang akan bturun dari syurga, dan tempat kudus Tuhan.

4 Lihatlah, Eter melihat masa kehidupan Kristus, dan dia berbicara tentang sebuah aYerusalem Baru di atas negeri ini.

5 Dan dia juga berbicara tentang bani Israel, dan aYerusalem iaitu tempat dari mana bLehi datang—setelah ia dihancurkan ia akan dibina kembali, sebuah ckota yang kudus bagi Tuhan; oleh itu, ia tidak dapat menjadi Yerusalem baru kerana ia telah lama wujud; tetapi ianya akan dibina kembali, dan akan menjadi sebuah kota Tuhan yang kudus; dan ia akan dibina bagi bani Israel—

6 Dan sebuah aYerusalem Baru akan dibina di atas negeri ini, bagi keturunan bYusuf yang selebihnya, kerana ada ccontoh bagi hal-hal ini.

7 Kerana seperti Yusuf membawa ayahnya turun ke dalam negeri aMesir, bahkan juga dia mati di sana; oleh itu, Tuhan membawa keturunan Yusuf yang selebihnya keluar dari negeri Yerusalem, agar Dia dapat berbelas kasihan kepada keturunan Yusuf supaya mereka tidak akan bbinasa, bahkan seperti Dia penuh berbelas kasihan kepada ayah Yusuf supaya dia tidak binasa.

8 Oleh itu, bani Yusuf yang selebihnya akan dibangunkan di atas anegeri ini; dan ia akan menjadi negeri warisan mereka; dan mereka akan membangunkan sebuah kota yang kudus bagi Tuhan, seperti Yerusalem zaman dahulu; dan mereka btidak akan lagi dicelarukan, sehinggalah hari terakhir itu tiba apabila bumi akan berakhir.

9 Dan akan terdapat langit yang abaru dan sebuah bumi yang baru; dan ianya akan menjadi seperti yang lama kecuali yang lama telah berlalu, dan segala sesuatu telah menjadi baru.

10 Dan kemudian datanglah Yerusalem Baru; dan diberkatilah mereka yang tinggal di dalamnya, kerana pakaian mereka adalah aputih melalui darah Anak Domba; dan merekalah yang dihitung di kalangan keturunan Yusuf yang selebihnya, yang merupakan dari bani Israel.

11 Dan pada waktu itu datanglah juga Yerusalem zaman dahulu; dan para penduduknya, diberkatilah mereka, kerana mereka telah dicuci di dalam darah Anak Domba; dan merekalah yang telah dicerai-beraikan dan adikumpulkan dari keempat-empat penjuru bumi, dan dari negeri-negeri butara, dan merupakan orang yang mengambil bahagian dalam penggenapan perjanjian yang Tuhan telah buat dengan bapa mereka, cAbraham.

12 Dan apabila hal-hal ini tiba, mengabulkan tulisan suci yang berkata, terdapat mereka yang apertama, yang akan menjadi terakhir; dan terdapat mereka yang terakhir, yang akan menjadi pertama.

13 Dan aku hampir menulis lebih banyak, tetapi aku dilarang; tetapi besar dan menakjubkanlah nubuat-nubuat Eter; tetapi mereka menganggap dia sia-sia, dan mengusirnya; dan dia menyembunyikan dirinya di dalam lubang sebuah batu pada siang hari, dan pada malam hari dia keluar melihat hal-hal yang akan datang kepada orang itu.

14 Dan semasa dia tinggal di dalam lubang batu dia telah membuat catatan ini yang selebihnya, melihat kehancuran yang datang kepada orang itu, pada malam hari.

15 Dan terjadilah bahawa di dalam tahun yang sama di mana dia telah diusir dari kalangan bangsa itu bermulalah sebuah peperangan yang besar di kalangan bangsa itu, kerana terdapat ramai yang bangkit, yang merupakan lelaki-lelaki perkasa, dan berusaha untuk menghancurkan Koriantumr melalui rancangan-rancangan rahsia mereka yang jahat, seperti yang telah dikatakan.

16 Dan sekarang, Koriantumr, setelah mempelajari, sendiri, semua kemahiran peperangan dan semua kelicikan duniawi, oleh itu dia bertempur dengan mereka yang berusaha untuk menghancurkannya.

17 Tetapi dia tidak bertaubat, begitu juga para puteranya ataupun para puterinya yang rupawan; begitu juga para putera dan puteri Kohor yang rupawan; begitu juga dengan para putera dan puteri Korihor yang rupawan; dan kesimpulannya, tidak ada seorang pun daripada para putera dan puteri yang rupawan di atas permukaan seluruh bumi tersebut yang bertaubat di atas dosa-dosa mereka.

18 Oleh itu, terjadilah bahawa pada tahun pertama Eter tinggal di dalam lubang batu, terdapat banyak orang yang telah dibunuh dengan pedang akomplot-komplot rahsia itu, melawan menentang Koriantumr supaya mereka boleh mendapatkan kerajaan itu.

19 Dan terjadilah bahawa anak-anak lelaki Koriantumr telah banyak bertempur dan berdarah dengan banyak.

20 Dan pada tahun kedua firman Tuhan datang kepada Eter, agar dia harus pergi dan bernubuat kepada aKoriantumr bahawa, jika dia akan bertaubat, dan juga seluruh isi rumahnya, Tuhan akan memberikan kepadanya kerajaannya dan membiarkan bangsa tersebut hidup—

21 Jika tidak, mereka akan dihancurkan, dan seluruh isi rumahnya kecuali dirinya sendiri. Dan dia hanya akan hidup untuk melihat penggenapan nubuat-nubuat yang telah diucapkan tentang sebuah bangsa alain yang akan menerima negeri itu sebagai warisan mereka; dan Koriantumr akan menerima sebuah pengebumian daripada mereka; dan setiap jiwa akan dihancurkan kecuali bKoriantumr.

22 Dan terjadilah bahawa Koriantumr tidak bertaubat, tidak juga seisi rumahnya, tidak juga bangsa itu; dan peperangan tidak berhenti; dan mereka berusaha untuk membunuh Eter, tetapi dia melarikan diri dari hadapan mereka dan bersembunyi kembali di dalam lubang batu itu.

23 Dan terjadilah bahawa Sared bangkit, dan dia juga bertempur dengan Koriantumr; dan dia mengalahkannya, sedemikian rupa sehingga pada tahun ketiga dia menawannya.

24 Dan anak-anak lelaki Koriantumr, dalam tahun keempat, telah mengalahkan Sared, dan telah mendapatkan kerajaan tersebut kembali untuk ayah mereka.

25 Sekarang mulailah terdapat sebuah peperangan di atas seluruh permukaan negeri itu, setiap lelaki bersama kumpulannya bertempur untuk perkara yang dia hasratkan.

26 Dan terdapat perompak-perompak, dan kesimpulannya, segala jenis kejahatan berada di atas seluruh permukaan negeri itu.

27 Dan terjadilah bahawa Koriantumr amat marah terhadap Sared, dan dia pergi melawannya bersama bala tenteranya untuk bertempur; dan mereka bertemu di dalam kemarahan yang besar, dan mereka bertemu di Lembah Gilgal; dan pertempuran itu menjadi amat parah.

28 Dan terjadilah bahawa Sared berperang melawannya selama tiga hari. Dan terjadilah bahawa Koriantumr mengalahkannya, dan mengejarnya sehingga dia tiba di padang rumput Heslon.

29 Dan terjadilah bahawa Sared bertempur dengannya lagi di atas padang itu; dan lihatlah, dia mengalahkan Koriantumr, dan menghalaunya kembali ke Lembah Gilgal.

30 Dan Koriantumr bertempur dengan Sared lagi di dalam Lembah Gilgal, di mana dia telah mengalahkan Sared dan membunuhnya.

31 Dan Sared telah mencederakan Koriantumr di pahanya, sehingga dia tidak lagi pergi bertempur selama dua tahun, yang mana dalam waktu itu semua orang di atas permukaan negeri tersebut menumpahkan darah, dan tidak ada seorang pun yang dapat menghentikan mereka.