Kitab Suci
Eter 11


Bab 11

Peperangan, pembelotan, dan kejahatan menguasai kehidupan bangsa Yared—Para nabi meramalkan kehancuran bangsa Yared yang sepenuhnya kecuali mereka bertaubat—Bangsa itu menolak perkataan para nabi.

1 Dan juga pada masa Kom datanglah ramai nabi, dan bernubuat tentang kehancuran bangsa yang besar itu kecuali mereka akan bertaubat, dan berpaling kepada Tuhan, dan meninggalkan pembunuhan dan kejahatan mereka.

2 Dan terjadilah bahawa para nabi itu telah ditolak oleh bangsa itu, dan mereka melarikan diri kepada Kom untuk perlindungan, kerana bangsa itu berusaha untuk menghancurkan mereka.

3 Dan mereka menubuatkan banyak hal kepada Kom; dan dia telah diberkati sepanjang sisa kehidupannya.

4 Dan dia hidup sehingga usia tuanya yang baik, dan melahirkan Siblom; dan Siblom memerintah sebagai penggantinya. Dan saudara lelaki Siblom memberontak terhadapnya, dan mulailah terdapat peperangan yang sangat besar di seluruh negeri itu.

5 Dan terjadilah bahawa saudara lelaki Siblom telah menyebabkan agar semua nabi yang bernubuat tentang kehancuran bangsa itu harus dihukum mati;

6 Dan terdapat kecelakaan yang besar di dalam seluruh negeri itu, kerana mereka telah bersaksi bahawa kutukan yang besar akan datang pada negeri itu, dan juga kepada penduduknya, dan bahawa akan terdapat kehancuran yang besar di kalangan mereka, seperti yang belum pernah terjadi di atas muka bumi, dan tulang-tulang mereka akan menjadi seperti atimbunan tanah di atas permukaan negeri itu kecuali mereka akan bertaubat di atas kejahatan mereka.

7 Dan mereka tidak mendengarkan firman Tuhan, kerana komplot-komplot jahat mereka; oleh itu, mulailah terdapat peperangan dan pertikaian di seluruh negeri itu, dan juga banyak kebuluran dan wabak penyakit, sedemikian rupa sehingga terdapatnya kehancuran yang hebat, seperti yang belum pernah diketahui di atas muka bumi ini; dan semua ini terjadi di dalam riwayat Siblom.

8 Dan bangsa itu mula bertaubat di atas kederhakaan mereka; dan selagi mereka melakukannya maka Tuhan aberbelas kasihan kepada mereka.

9 Dan terjadilah bahawa Siblom telah dibunuh, dan Set telah ditawan, dan tinggal di dalam penawanan sepanjang hidupnya.

10 Dan terjadilah bahawa Aha, anak lelakinya, telah mendapatkan kerajaan tersebut; dan dia memerintah ke atas rakyat itu sepanjang hidupnya. Dan dia melakukan bermacam-macam kederhakaan pada masa kehidupannya, dan dengan itu dia telah menyebabkan pertumpahan darah yang banyak; dan singkatlah masa kehidupannya.

11 Dan Etem, yang merupakan keturunan Aha, mendapatkan kerajaan itu; dan dia juga melakukan perkara yang jahat pada masa kehidupannya.

12 Dan terjadilah bahawa pada masa Etem datanglah banyak nabi, dan bernubuat sekali lagi kepada bangsa itu; ya, mereka bernubuat bahawa Tuhan akan menghancurkan mereka sepenuhnya dari muka bumi kecuali mereka bertaubat di atas kederhakaan mereka.

13 Dan terjadilah bahawa bangsa itu telah mengeraskan hati mereka, dan tidak mahu amendengarkan perkataan mereka; dan para nabi berduka dan menarik diri dari kalangan bangsa itu.

14 Dan terjadilah bahawa Etem telah menjalankan penghakiman di dalam kejahatan sepanjang kehidupannya; dan dia melahirkan Moron. Dan terjadilah bahawa Moron memerintah sebagai penggantinya; dan Moron melakukan perkara yang jahat di hadapan Tuhan.

15 Dan terjadilah bahawa timbul suatu apemberontakan di kalangan rakyat, disebabkan oleh komplot rahsia yang dibangunkan untuk mendapatkan kekuasaan dan keuntungan itu; dan muncullah seorang lelaki perkasa di antara mereka dalam kederhakaan, dan bertempur dengan Moron, dan dengan itu dia telah menjatuhkan separuh daripada kerajaan tersebut; dan dia telah mempertahankan separuh daripada kerajaan itu selama bertahun-tahun.

16 Dan terjadilah bahawa Moron telah menjatuhkan dia, dan mendapatkan kerajaan itu kembali.

17 Dan terjadilah bahawa muncul seorang lagi lelaki perkasa; dan dia merupakan keturunan saudara lelaki Yared.

18 Dan terjadilah bahawa dia menjatuhkan Moron dan mendapatkan kerajaan tersebut; oleh itu, Moron tinggal di dalam penawanan sepanjang sisa kehidupannya; dan dia melahirkan Koriantor.

19 Dan terjadilah bahawa Koriantor tinggal di dalam penawanan sepanjang kehidupannya.

20 Dan dalam riwayat Koriantor datanglah juga banyak nabi, dan bernubuat tentang hal-hal yang besar dan menakjubkan, dan menyerukan pertaubatan kepada bangsa tersebut, dan kecuali mereka bertaubat Tuhan Raja akan menjalankan apenghakiman terhadap mereka sehingga kehancuran mereka yang sepenuhnya;

21 Dan bahawa Tuhan Raja akan mengutuskan atau membawa bangsa yang alain untuk memiliki negeri itu, dengan kuasa-Nya, seperti cara Dia membawa nenek moyang mereka.

22 Dan mereka telah menolak semua perkataan para nabi, disebabkan oleh kumpulan rahsia mereka dan kekejian mereka yang jahat.

23 Dan terjadilah bahawa Koriantor melahirkan aEter, dan dia meninggal, setelah tinggal di dalam penawanan sepanjang hidupnya.