Kitab Suci
Alma 8


Bab 8

Alma berkhutbah dan membaptis di Melek—Dia ditolak di Amoniha dan pergi dari situ—Seorang malaikat memerintahkannya agar kembali dan menyerukan pertaubatan kepada umat itu—Dia diterima oleh Amulek, dan mereka berdua berkhutbah di Amoniha. Kira-kira 82 tahun S.M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa Alma kembali dari anegeri Gideon, setelah mengajar orang Gideon banyak hal yang tidak dapat dituliskan, setelah menegakkan tatatertib gereja, menurut seperti yang telah dia sebelumnya lakukan di negeri Zarahemla, ya, dia kembali ke rumahnya sendiri di Zarahemla untuk mengistirahatkan dirinya daripada kerja yang telah dia laksanakan.

2 Dan demikianlah berakhir tahun kesembilan pemerintahan para hakim atas bangsa Nefi.

3 Dan terjadilah pada permulaan tahun kesepuluh pemerintahan para hakim atas bangsa Nefi, bahawa Alma berangkat dari sana dan mengadakan perjalanannya ke negeri Melek, di barat aSungai Sidon, di barat dekat perbatasan padang belantara.

4 Dan dia mula mengajar orang di negeri Melek menurut atarekat kudus Tuhan, yang melaluinya dia telah dipanggil; dan dia mula mengajar orang di seluruh negeri Melek.

5 Dan terjadilah bahawa orang datang kepadanya dari semua sempadan negeri yang berada di dekat tepi padang belantara. Dan mereka dibaptis di seluruh negeri;

6 Jadi apabila dia telah menyelesaikan pekerjaannya di Melek dia berangkat dari sana, dan melakukan tiga hari perjalanan di utara negeri Melek; dan dia datang ke sebuah kota yang dipanggil Amoniha.

7 Sekarang, adalah kebiasaan bangsa Nefi untuk menamakan negeri-negeri mereka, dan kota-kota mereka, dan desa-desa mereka, ya, bahkan semua desa kecil mereka, menurut nama dia yang pertama kali menguasainya; dan demikianlah halnya dengan negeri Amoniha.

8 Dan terjadilah bahawa ketika Alma telah tiba di kota Amoniha dia mula mengkhutbahkan firman Tuhan kepada mereka.

9 Sekarang, Setan telah memiliki apengaruh yang besar atas hati orang di kota Amoniha; oleh itu mereka tidak mahu mendengar perkataan-perkataan Alma.

10 Walaupun demikian Alma banyak abekerja di dalam roh, bbergelut dengan Tuhan dalam cdoa yang membara, agar Dia akan mencurahkan Roh-Nya ke atas orang yang berada di kota itu; agar Dia akan juga mengabulkan bahawa dia boleh membaptis mereka untuk pertaubatan.

11 Walaupun demikian, mereka mengeraskan hati mereka, mengatakan kepadanya: Lihatlah, kami tahu bahawa engkau adalah Alma; dan kami tahu bahawa engkau adalah imam tinggi atas gereja yang telah engkau tegakkan di banyak bahagian di negeri ini, menurut adatmu; dan kami bukanlah daripada gerejamu, dan kami tidak percaya pada adat bodoh seperti itu.

12 Dan sekarang, kami tahu bahawa kerana kami bukanlah daripada gerejamu, kami tahu bahawa engkau tidak memiliki kuasa atas kami; dan engkau telah menyerahkan kerusi penghakiman kepada aNefiha; oleh itu engkau bukanlah hakim utama atas kami.

13 Sekarang, ketika orang itu telah mengatakan ini, dan menahan segala perkataannya, dan mencaci makinya, dan meludahinya, dan memerintahkan agar dia hendaknya diusir dari kota mereka, dia pergi dari sana dan membuat perjalanannya menuju kota yang dipanggil Harun.

14 Dan terjadilah bahawa semasa dia sedang melakukan perjalanan ke sana, tertekan oleh dukacita, menempuh banyak akesukaran dan kepedihan jiwa, kerana kejahatan orang yang berada di kota Amoniha, terjadilah semasa Alma sedemikian tertekannya oleh dukacita, lihatlah seorang bmalaikat Tuhan menampakkan diri kepadanya, mengatakan:

15 Diberkatilah engkau, Alma; oleh itu, angkatlah kepalamu dan bersukacitalah, kerana engkau mempunyai alasan yang besar untuk bersukacita; kerana engkau telah setia dalam mentaati perintah-perintah Tuhan sejak waktu engkau menerima pesan pertamamu dari-Nya. Lihatlah, aku adalah dia yang amenyampaikannya kepadamu.

16 Dan lihatlah, aku diutus untuk memerintahkan engkau agar engkau kembali ke kota Amoniha, dan berkhutbah sekali lagi kepada orang di kota itu; ya, berkhutbahlah kepada mereka. Ya, katakanlah kepada mereka, kecuali mereka bertaubat Tuhan Raja akan amenghancurkan mereka.

17 Kerana lihatlah, mereka merancang pada waktu ini agar mereka boleh menghancurkan kemerdekaan bangsamu, (kerana demikianlah firman Tuhan) yang bertentangan dengan peraturan, dan penghakiman, dan perintah yang telah Dia berikan kepada umat-Nya.

18 Sekarang, terjadilah bahawa setelah Alma menerima pesanannya daripada malaikat Tuhan, dia cepat kembali ke negeri Amoniha. Dan dia memasuki kota melalui jalan lain, ya, melalui jalan yang berada di selatan kota Amoniha.

19 Dan sewaktu dia memasuki kota dia lapar, dan dia berkata kepada seorang lelaki: Akankah kamu memberikan kepada aku seorang hamba Tuhan yang rendah hati sesuatu untuk makan?

20 Dan lelaki itu berkata kepadanya: Aku bangsa Nefi, dan aku tahu bahawa engkau adalah seorang nabi kudus Tuhan, kerana engkaulah lelaki yang seorang amalaikat katakan dalam suatu penglihatan: Engkau hendaknya terima. Oleh itu, pergilah bersamaku ke dalam rumahku dan aku akan memberi kepadamu makananku; dan aku tahu bahawa engkau akan menjadi berkat bagiku dan seisi rumahku.

21 Dan terjadilah bahawa lelaki itu menerimanya ke dalam rumahnya; dan lelaki itu bernama aAmulek; dan dia membawa roti dan daging dan meletakkannya di hadapan Alma.

22 Dan terjadilah bahawa Alma memakan roti dan dikenyangkan; dan dia amemberkati Amulek dan seisi rumahnya, dan dia bersyukur kepada Tuhan.

23 Dan setelah dia makan dan dikenyangkan dia berkata kepada Amulek: Aku adalah Alma, dan aku aimam tinggi atas gereja Tuhan di seluruh negeri.

24 Dan lihatlah, aku telah dipanggil untuk mengkhutbahkan firman Tuhan di kalangan seluruh bangsa ini, menurut roh wahyu dan nubuat; dan aku berada di negeri ini dan mereka tidak mahu menerimaku, tetapi mereka amengusirku dan aku hampir memalingkan belakangku terhadap negeri ini selamanya.

25 Tetapi lihatlah, aku telah diperintahkan agar aku hendaknya kembali lagi dan bernubuat kepada bangsa ini, ya, dan untuk bersaksi menentang mereka berkenaan kederhakaan mereka.

26 Dan sekarang, Amulek, kerana engkau telah memberiku makan dan mengizinkanku menginap, engkau diberkati; kerana aku lapar, kerana aku telah berpuasa berhari-hari.

27 Dan Alma tinggal banyak hari bersama Amulek sebelum dia mula berkhutbah kepada bangsa itu.

28 Dan terjadilah bahawa bangsa itu menjadi lebih teruk dalam kederhakaan mereka.

29 Dan firman datang kepada Alma, mengatakan: Pergilah; dan juga katakanlah kepada hamba-Ku Amulek, pergi dan bernubuatlah kepada bangsa ini, mengatakan—aBertaubatlah kamu, kerana demikianlah firman Tuhan, kecuali kamu bertaubat Aku akan mengunjungi bangsa ini dalam kemurkaan-Ku; ya, dan Aku tidak akan memalingkan kemurkaan dahsyat-Ku.

30 Dan Alma pergi, dan juga Amulek, di kalangan bangsa itu, untuk memaklumkan firman Tuhan kepada mereka; dan mereka dipenuhi dengan Roh Kudus.

31 Dan akuasa telah diberikan kepada mereka, sedemikian rupa sehingga mereka tidak dapat dikurungkan di dalam penjara bawah tanah; tidak juga adalah mungkin bahawa sesiapa pun dapat membunuh mereka; walaupun demikian mereka tidak menggunakan bkuasa mereka sampai mereka diikat dalam ikatan dan dilemparkan ke dalam penjara. Sekarang, ini terjadi agar Tuhan boleh memperlihatkan kuasa-Nya dalam mereka.

32 Dan terjadilah bahawa mereka pergi dan mula berkhutbah dan untuk bernubuat kepada bangsa itu, menurut roh dan kuasa yang telah Tuhan berikan kepada mereka.