Kitab Suci
Alma 54


Bab 54

Amoron dan Moroni berunding untuk pertukaran orang tawanan—Moroni menuntut agar bangsa Laman menarik diri dan menghentikan serangan-serangan mereka yang bersifat membunuh—Amoron menuntut agar bangsa Nefi meletakkan senjata mereka dan tunduk kepada bangsa Laman. Kira-kira 63 tahun S.M.

1 Dan sekarang, terjadilah pada permulaan tahun kedua puluh dan sembilan zaman pemerintahan hakim-hakim, bahawa aAmoron mengutus kepada Moroni menghasratkan agar dia akan bertukar-tukar orang tawanan.

2 Dan terjadilah bahawa Moroni berasa amat bersukacita atas permintaan ini, kerana dia menghasratkan bekalan yang diberikan untuk tunjangan para tawanan bangsa Laman untuk tunjangan bangsanya sendiri; dan dia juga menghasratkan bangsanya sendiri untuk memperkuatkan tenteranya.

3 Sekarang, bangsa Laman telah menangkap banyak wanita dan anak, dan tidak ada wanita tidak juga anak di kalangan para tawanan Moroni, atau para tawanan yang telah Moroni tangkap; oleh itu Moroni memutuskan suatu tipu muslihat untuk mendapatkan sebanyak tawanan bangsa Nefi dari bangsa Laman yang mungkin.

4 Oleh itu dia menulis sepucuk surat, dan mengirimkannya melalui orang suruhan Amoron, orang yang sama yang telah membawa sepucuk surat kepada Moroni. Sekarang, inilah perkataan-perkataan yang dia tulis kepada Amoron, berbunyi:

5 Lihatlah, Amoron, aku telah menulis kepadamu sedikit berkenaan peperangan ini yang telah kamu cetuskan melawan bangsaku, atau lebih tepat yang asaudaramu telah cetuskan melawan mereka, dan yang kamu masih bertekad untuk teruskan setelah kematiannya.

6 Lihatlah, aku mahu memberitahu kamu sedikit berkenaan akeadilan Tuhan, dan pedang kemurkaan maha kuasa-Nya, yang mengancam dirimu kecuali kamu bertaubat dan menarik balik tentera-tenteramu ke negerimu sendiri, atau negeri penguasaanmu, iaitu negeri Nefi.

7 Ya, aku akan memberitahu kamu hal-hal ini jika kamu mampu mendengarnya; ya, aku akan memberitahu kamu berkenaan aneraka yang menyeramkan itu yang menunggu untuk menerima bpara pembunuh seperti engkau dan saudaramu, kecuali kamu bertaubat dan menarik balik maksudmu yang bersifat membunuh, dan kembali bersama tentera-tenteramu ke negerimu sendiri.

8 Tetapi kerana engkau pernah satu kali menolak hal-hal ini, dan telah berperang melawan umat Tuhan, bahkan demikian pula aku boleh menyangka bahawa engkau akan melakukannya lagi.

9 Dan sekarang, lihatlah, kami sedia untuk menyambutmu; ya, dan kecuali engkau menarik balik maksudmu, lihatlah, engkau akan menjatuhkan kemurkaan daripada Tuhan itu yang telah engkau tolak, pada dirimu, bahkan sehingga kehancuranmu sepenuhnya.

10 Tetapi, sebagaimana Tuhan hidup, tentera-tentera kami akan menyerangmu kecuali kamu menarik diri, dan kamu akan segera dikunjungi oleh kematian, kerana kami akan mempertahan kota-kota kami dan wilayah-wilayah kami; ya, dan kami akan mempertahan agama kami dan perjuangan Tuhan kami.

11 Tetapi lihatlah, aku kira bahawa aku berbicara kepadamu berkenaan hal-hal ini dengan sia-sia; atau aku kira bahawa engkau aanak neraka; oleh itu aku akan menutup suratku dengan memberitahu engkau bahawa aku tidak akan bertukar-tukar orang tawanan, kecuali dengan syarat bahawa kamu akan menyerahkan seorang lelaki dan isterinya dan anak-anaknya, untuk seorang tawanan; jika ini keadaannya bahawa kamu akan melakukannya, aku akan membuat pertukaran.

12 Dan lihatlah, jika engkau tidak melakukan ini, aku akan datang melawanmu bersama tentera-tenteraku; ya, bahkan aku akan mempersenjatai para wanitaku dan anakku, dan aku akan datang melawanmu, dan aku akan mengikutimu bahkan ke negerimu sendiri, iaitu negeri warisan akami yang pertama; ya, dan akan terjadi darah ganti darah, ya, nyawa ganti nyawa; dan aku akan memerangimu bahkan sampai engkau dihancurkan dari muka bumi.

13 Lihatlah, aku berasa marah, dan juga bangsaku; engkau telah berupaya untuk membunuh kami, dan kami hanya berupaya untuk mempertahan diri kami sendiri. Tetapi lihatlah, jika engkau berupaya untuk menghancurkan kami lagi kami akan berupaya untuk menghancurkanmu; ya, dan kami akan berusaha memperoleh negeri kami, negeri warisan kami yang pertama.

14 Sekarang, aku menutup suratku. Aku Moroni; aku pemimpin bangsa Nefi.

15 Sekarang, terjadilah bahawa Amoron, ketika dia telah menerima surat ini, berasa marah; dan dia menuliskan sepucuk surat lagi kepada Moroni, dan inilah kata-kata yang dia tuliskan, mengatakan:

16 Aku Amoron, raja bangsa Laman; aku saudara Amalikia yang telah engkau abunuh. Lihatlah, aku akan membalas darahnya ke atas dirimu, ya, dan aku akan menyerangmu bersama tentera-tenteraku kerana aku tidak takut akan ancamanmu.

17 Kerana lihatlah, nenek moyangmu berbuat tidak adil terhadap saudara-saudara mereka, sedemikian rupa sehingga mereka merampas daripada mereka ahak mereka untuk memerintah padahal hak itu secara sah hak kepunyaan mereka.

18 Dan sekarang, lihatlah, jika engkau akan meletakkan senjatamu, dan menundukkan dirimu untuk diperintahkan oleh mereka yang merupakan pemerintah yang sah kerajaan ini, maka akanlah aku menyuruh agar rakyatku akan meletakkan senjata mereka dan tidak akan berperang lagi.

19 Lihatlah, engkau telah menghembuskan banyak ancaman terhadapku dan rakyatku; tetapi lihatlah, kami tidak takut akan ancamanmu.

20 Walaupun demikian, aku akan mengabulkan untuk bertukar-tukar orang tawanan menurut permintaanmu, dengan gembira, agar aku boleh menyimpan makananku bagi orangku yang berperang; dan kita akan mencetuskan perang yang akan abadi, sama ada sampai ditundukkannya bangsa Nefi pada wewenang kami atau sampai kepupusan abadi mereka.

21 Dan berkenaan Tuhan itu yang kamu katakan telah kami tolak, lihatlah, kami tidak kenal makhluk seperti itu; engkau juga tidak; tetapi jika demikian halnya bahawa ada makhluk seperti itu, kami tidak tahu sama ada Dia telah menjadikan kami seperti juga engkau.

22 Dan jika demikian halnya ada iblis dan neraka, lihatlah tidakkah Dia akan menghantarmu ke sana untuk berdiam bersama saudaraku yang telah engkau bunuh, yang telah engkau ngilat-ngilatkan bahawa dia telah pergi ke sebuah tempat seperti itu? Tetapi lihatlah hal-hal ini tidaklah penting.

23 Aku Amoron, dan keturunan aZoram, yang nenek moyangmu desak dan bawa keluar dari Yerusalem.

24 Dan lihatlah sekarang, aku bangsa Laman yang berani; lihatlah, peperangan ini telah dicetuskan untuk menuntut bela terhadap ketidakadilan yang dikenakan pada mereka, dan untuk mempertahan dan untuk mendapatkan hak-hak mereka untuk memerintah; dan aku menutup suratku kepada Moroni.