Kitab Suci
Alma 5


Perkataan yang Alma, seorang Imam Tinggi menurut tarekat kudus Tuhan, telah sampaikan kepada rakyat di kota dan desa-desa di seluruh negeri itu.

Permulaan dengan bab 5.

Bab 5

Untuk memperoleh keselamatan, manusia mesti bertaubat dan mentaati perintah-perintah, dilahirkan kembali, membersihkan pakaian mereka melalui darah Kristus, menjadi rendah hati dan melucuti diri mereka daripada keangkuhan dan rasa iri hati, dan melakukan kerja-kerja kesolehan—Gembala Yang Baik memanggil umat-Nya—Mereka yang melakukan pekerjaan jahat adalah anak-anak iblis—Alma bersaksi tentang kebenaran ajarannya dan memerintahkan manusia agar bertaubat—Nama orang yang soleh akan ditulis dalam kitab kehidupan. Kira-kira 83 tahun S.M.

1 Sekarang, terjadilah bahawa Alma mula amenyampaikan firman bTuhan kepada umat itu, pertama di negeri Zarahemla, dan dari sana ke seluruh negeri.

2 Dan inilah perkataan-perkataan yang dia ucapkan kepada umat di gereja yang ditegakkan di kota Zarahemla, menurut catatannya sendiri, mengatakan:

3 Aku, Alma, setelah aditahbiskan oleh ayahku, Alma, untuk menjadi bimam tinggi atas gereja Tuhan, dia memiliki kuasa dan cwewenang daripada Tuhan untuk melakukan hal-hal ini, lihatlah, aku berkata kepadamu bahawa dia mula menegakkan sebuah gereja di dnegeri yang berada di sempadan Nefi; ya, negeri yang dipanggil negeri Mormon, ya, dan dia membaptis saudara-saudaranya di Perairan Mormon.

4 Dan lihatlah, aku berkata kepadamu, mereka adibebaskan daripada tangan rakyat raja Nuh, oleh belas kasihan dan kuasa Tuhan.

5 Dan lihatlah, setelah itu, mereka dibawa ke dalam aperhambaan oleh tangan bangsa Laman di padang belantara; ya, aku berkata kepadamu, mereka berada dalam penawanan, dan sekali lagi Tuhan membebaskan mereka daripada bperhambaan oleh kuasa firman-Nya; dan kita dibawa ke negeri ini, dan di sini kita mula menegakkan gereja Tuhan di seluruh negeri ini juga.

6 Dan sekarang, lihatlah, aku berkata kepadamu, saudara-saudaraku, kamu yang menganggotai gereja ini, adakah kamu telah cukup menyimpan dalam ingatan penawanan nenek moyangmu? Ya, dan adakah kamu telah cukup menyimpan dalam ingatan belas kasihan dan panjang sabar-Nya terhadap mereka? Dan di samping itu, sudahkah kamu cukup menyimpan dalam ingatan bahawa Dia telah membebaskan jiwa mereka dari neraka?

7 Lihatlah, Dia mengubahkan hati mereka; ya, Dia membangunkan mereka dari tidur yang nyenyak, dan mereka terbangun kepada Tuhan. Lihatlah, mereka berada di tengah-tengah kegelapan; walaupun demikian, jiwa mereka diterangi oleh cahaya firman yang berkekalan; ya, mereka dikelilingi oleh aikatan kematian, dan brantai neraka, dan kehancuran yang berkekalan menunggu mereka.

8 Dan sekarang, aku bertanya kepadamu, saudara-saudaraku, adakah mereka dihancurkan? Lihatlah, aku berkata kepadamu, Tidak, mereka tidak dihancurkan.

9 Dan lagi aku bertanya, adakah ikatan kematian diputuskan, dan rantai neraka yang mengelilingi mereka, adakah ia dilepaskan? Aku berkata kepadamu, Ya, ia dilepaskan, dan jiwa mereka mengembang, dan mereka menyanyikan kasih penebusan. Dan aku berkata kepadamu bahawa mereka diselamatkan.

10 Dan sekarang, aku bertanya kepadamu dengan syarat apakah mereka adiselamatkan? Ya, atas dasar apakah mereka harus berharap untuk penyelamatan? Apakah sebabnya mereka dilepaskan daripada ikatan kematian, ya, dan juga rantai neraka?

11 Lihatlah, aku dapat memberitahu kamu—bukankah ayahku Alma percaya kepada kata-kata yang disampaikan oleh mulut aAbinadi? Dan bukankah dia seorang nabi kudus? Tidakkah dia mengucapkan firman Tuhan, dan ayahku Alma mempercayainya?

12 Dan menurut imannya ada aperubahan yang hebat ditempa dalam hatinya. Lihatlah aku berkata kepadamu bahawa ini semuanya benar.

13 Dan lihatlah, dia amengkhutbahkan firman itu kepada nenek moyangmu, dan perubahan yang hebat juga ditempa dalam hati mereka, dan mereka merendahkan hati mereka dan menaruh bkepercayaan mereka kepada cTuhan yang hidup dan sejati. Dan lihatlah, mereka setia sampai dakhir; oleh itu mereka diselamatkan.

14 Dan sekarang, lihatlah, aku bertanya kepadamu, saudara-saudaraku di dalam gereja, adakah kamu secara rohani telah adilahirkan daripada Tuhan? Adakah kamu telah menerima rupa-Nya pada air mukamu? Adakah kamu telah mengalami bperubahan yang hebat ini dalam hatimu?

15 Adakah kamu menjalankan iman pada penebusan daripada Dia yang amenciptakanmu? Adakah kamu menanti-nantikan dengan mata iman, dan memandang tubuh fana ini dibangkitkan dalam kebaqaan, dan kereputan ini bdibangkitkan dalam ketidakreputan, untuk berdiri di hadapan Tuhan untuk cdihakimi menurut perbuatan yang telah dilakukan dalam tubuh fana?

16 Aku berkata kepadamu, dapatkah kamu membayangkan kepada dirimu sendiri bahawa kamu mendengar suara Tuhan, memfirmankan kepadamu, pada hari itu: Datanglah kepada-Ku kamu yang adiberkati, kerana lihatlah, pekerjaanmu adalah pekerjaan kesolehan di atas muka bumi?

17 Atau adakah kamu membayangkan kepada dirimu sendiri bahawa kamu dapat berdusta kepada Tuhan pada hari itu, dan aberkata—Tuhan, pekerjaan kami adalah pekerjaan kesolehan di atas muka bumi—dan bahawa Dia akan menyelamatkanmu?

18 Atau jika tidak, dapatkah kamu membayangkan dirimu dibawa ke hadapan kerusi pengadilan Tuhan dengan jiwamu dipenuhi dengan rasa bersalah dan penyesalan, memiliki ingatan akan segala kesalahanmu, ya, aingatan yang sempurna akan segala kejahatanmu, ya, ingatan bahawa kamu telah menentang perintah-perintah Tuhan?

19 Aku berkata kepadamu, dapatkah kamu memandang kepada Tuhan pada hari itu dengan hati yang murni dan tangan yang bersih? Aku berkata kepadamu, dapatkah kamu memandang ke atas, memiliki arupa Tuhan terukir pada wajahmu?

20 Aku berkata kepadamu, dapatkah kamu berfikir untuk diselamatkan ketika kamu telah menyerahkan dirimu untuk menjadi atunduk kepada iblis?

21 Aku berkata kepadamu, kamu akan mengetahui pada hari itu bahawa kamu tidak dapat adiselamatkan; kerana tidak ada seorang pun dapat diselamatkan kecuali bpakaiannya dibasuh hingga putih; ya, pakaiannya mesti cdimurnikan sampai dibersihkan daripada segala noda, melalui darah Dia yang telah dibicarakan oleh nenek moyang kita, yang akan datang untuk menebus umat-Nya daripada dosa-dosa mereka.

22 Dan sekarang, aku bertanya kepadamu, saudara-saudaraku, bagaimana perasaan siapa pun di antara kamu, jika kamu akan berdiri di hadapan susur penghakiman Tuhan, dengan pakaianmu dinodai dengan adarah dan segala macam bkekotoran? Lihatlah, apa yang akan hal-hal ini persaksikan menentangmu?

23 Lihatlah tidak akankah ia abersaksi bahawa kamu adalah pembunuh, ya, dan juga bahawa kamu bersalah atas segala macam kejahatan?

24 Lihatlah, saudara-saudaraku, adakah kamu mengira bahawa orang yang demikian dapat memperoleh tempat untuk duduk di dalam kerajaan Tuhan, bersama aAbraham, bersama Ishak, dan bersama Yakub, dan juga semua nabi kudus, yang pakaiannya dibersihkan dan tanpa noda, murni dan putih?

25 Aku berkata kepadamu, Tidak; kecuali kamu menjadikan Pencipta kita pendusta sejak awal, atau membayangkan bahawa Dia adalah pendusta sejak awal, kamu tidak dapat membayangkan bahawa orang yang demikian dapat memperoleh tempat di dalam kerajaan syurga; tetapi mereka akan dicampak keluar kerana mereka adalah aanak-anak kerajaan iblis.

26 Dan sekarang, lihatlah, aku berkata kepadamu, saudara-saudaraku, jika kamu telah mengalami suatu aperubahan hati, dan jika kamu telah merasakan untuk menyanyikan bnyanyian kasih penebusan, aku mahu bertanya, cdapatkah kamu merasakan demikian sekarang?

27 Adakah kamu telah berjalan, menjaga dirimu atanpa salah di hadapan Tuhan? Dapatkah kamu berkata, jika kamu dipanggil untuk mati pada waktu ini, di dalam dirimu sendiri, bahawa kamu telah cukup brendah hati? Bahawa pakaianmu telah dibersihkan dan dijadikan putih melalui darah Kristus, yang akan datang untuk cmenebus umat-Nya daripada dosa-dosa mereka?

28 Lihatlah, adakah kamu telah dilucuti akeangkuhan? Aku berkata kepadamu, jika kamu belum kamu tidak siap untuk bertemu Tuhan. Lihatlah kamu mesti bersiap dengan cepat; kerana kerajaan syurga segera tiba, dan orang yang demikian tidak memiliki kehidupan abadi.

29 Lihatlah, aku berkata, adakah seseorang di antara kamu yang tidak dilucuti rasa airi hati? Aku berkata kepadamu bahawa orang yang demikian belumlah siap; dan aku menghendaki agar dia hendaknya bersiap dengan cepat, kerana waktunya dekat di depan mata, dan dia tidak tahu bila masanya akan datang; kerana orang yang demikian tidak didapati tak bersalah.

30 Dan lagi aku berkata kepadamu, adakah seseorang di antara kamu yang menjadikan saudaranya asasaran ejekan, atau yang menimpakan ke atas dirinya penganiayaan?

31 Celakalah orang yang demikian, kerana dia belum siap, dan waktunya di depan mata bahawa dia mesti bertaubat atau dia tidak dapat diselamatkan!

32 Ya, bahkan celakalah kamu semua apekerja kederhakaan; bertaubatlah, bertaubatlah, kerana Tuhan Raja telah memfirmankannya!

33 Lihatlah, Dia mengirimkan ajakan kepada asemua orang, kerana blengan belas kasihan dihulurkan kepada mereka, dan Dia berfirman: Bertaubatlah, dan Aku akan menerimamu.

34 Ya, Dia berfirman: aDatanglah kepada-Ku dan kamu akan makan bbuah dari pokok kehidupan; ya, kamu akan makan dan minum, croti dan air kehidupan ddengan bebas;

35 Ya, datanglah kepada-Ku dan hasilkan pekerjaan kesolehan, dan kamu tidak akan ditebang dan dilemparkan ke dalam api—

36 Kerana lihatlah, waktunya di depan mata bahawa barang siapa amenghasilkan buah yang tidak baik, atau barang siapa tidak melakukan pekerjaan kesolehan, orang yang sama memiliki alasan untuk meratap dan berduka nestapa.

37 Wahai kamu pekerja kederhakaan; kamu yang bongkak dalam aapa yang sia-sia daripada dunia, kamu yang telah mendakwa mengetahui jalan kebenaran tetapi telah btersesat, bagaikan cdomba yang tanpa gembala, sekalipun seorang gembala telah dmemanggil kepadamu dan masih memanggil kepadamu, tetapi kamu tidak mahu emendengar suara-Nya!

38 Lihatlah, aku berkata kepadamu, bahawa agembala yang baik memanggilmu; ya, dan dalam nama-Nya sendiri Dia memanggilmu, yang adalah nama Kristus; dan jika kamu tidak mahu bmendengar suara cgembala yang baik, kepada dnama yang dengannya kamu dipanggil, lihatlah, kamu bukanlah domba gembala yang baik.

39 Dan sekarang, jika kamu bukan domba gembala yang baik itu, dari akawanan manakah kamu? Lihatlah, aku berkata kepadamu, bahawa biblis adalah gembalamu, dan kamu adalah dari kawanannya; dan sekarang, siapakah yang dapat menyangkal ini? Lihatlah, aku berkata kepadamu, barang siapa menyangkal ini adalah cpendusta dan danak iblis.

40 Kerana aku berkata kepadamu bahawa apa pun yang abaik datang daripada Tuhan, dan apa pun yang jahat datang daripada iblis.

41 Oleh itu, jika seseorang menghasilkan apekerjaan yang baik dia mendengar suara gembala yang baik, dan dia mengikuti-Nya; tetapi barang siapa menghasilkan pekerjaan yang jahat, orang yang sama menjadi banak iblis, kerana dia mendengar suaranya, dan mengikutinya.

42 Dan barang siapa melakukan ini mestilah menerima aupahnya dari dia; oleh itu, sebagai bupahnya dia menerima ckematian, berkaitan dengan apa yang berhubungan dengan kebenaran, kerana mati berkaitan dengan semua pekerjaan yang baik.

43 Dan sekarang, saudara-saudaraku, aku menghendaki agar kamu hendaknya mendengarku, kerana aku berbicara dalam tenaga jiwaku; kerana lihatlah, aku telah berbicara kepadamu dengan jelas agar kamu tidak dapat khilaf, atau telah berbicara menurut perintah-perintah Tuhan.

44 Kerana aku dipanggil untuk berbicara menurut cara ini, menurut atarekat kudus Tuhan, yang ada pada Kristus Yesus; ya, aku diperintahkan untuk berdiri dan bersaksi kepada umat ini apa yang telah diucapkan oleh nenek moyang kita berkenaan apa yang akan datang.

45 Dan ini bukanlah kesemuanya. Tidakkah kamu mengira bahawa aku amengetahui hal-hal ini diriku sendiri? Lihatlah, aku bersaksi kepadamu bahawa aku tahu bahawa hal-hal ini yang berkenaannya telah aku ucapkan adalah benar. Dan bagaimanakah kamu mengira bahawa aku mengetahui akan kepastiannya?

46 Lihatlah, aku berkata kepadamu itu adisingkapkan kepadaku oleh Roh Kudus Tuhan. Lihatlah, aku telah bberpuasa dan berdoa berhari-hari agar aku boleh mengetahui hal-hal ini bagi diriku sendiri. Dan sekarang, aku tahu bagi diriku sendiri bahawa itu adalah benar; kerana Tuhan Raja telah menyatakannya kepadaku oleh Roh Kudus-Nya; dan ini adalah roh cwahyu yang ada dalam diriku.

47 Dan lebih-lebih lagi, aku berkata kepadamu bahawa itu telah demikian diungkapkan kepadaku, bahawa perkataan-perkataan yang telah diucapkan oleh nenek moyang kita adalah benar, bahkan demikian menurut roh nubuat yang ada dalam diriku, yang adalah juga melalui pernyataan Roh Tuhan.

48 Aku berkata kepadamu, bahawa aku tahu bagi diriku sendiri bahawa apa pun yang akan aku katakan kepadamu, berkenaan apa yang akan datang, adalah benar; dan aku berkata kepadamu, bahawa aku tahu bahawa Yesus Kristus akan datang, ya, Putera, Anak Tunggal Bapa, penuh rahmat, dan belas kasihan, dan kebenaran. Dan lihatlah, adalah Dia yang datang untuk mengambil pergi dosa-dosa dunia, ya, dosa-dosa setiap orang yang dengan tabah percaya pada nama-Nya.

49 Dan sekarang, aku berkata kepadamu bahawa ini adalah aimamat yang menurutnya aku dipanggil, ya, untuk berkhutbah kepada saudara-saudaraku yang dikasihi, ya, dan setiap orang yang berdiam di negeri ini; ya, untuk berkhutbah kepada semua orang, baik tua mahupun muda, baik tertawan mahupun bebas; ya, aku berkata kepadamu yang lanjut usia, dan juga yang pertengahan umur, dan generasi yang meningkat dewasa; ya, untuk berseru kepada mereka bahawa mereka mesti bertaubat dan bdilahirkan kembali.

50 Ya, demikianlah firman Roh: Bertaubatlah, kamu segenap hujung bumi, kerana kerajaan syurga segera tiba; ya, Putera Tuhan datang dalam akemuliaan-Nya, dalam kekuatan, keagungan, kuasa, dan kekuasaan-Nya. Ya, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku berkata kepadamu, bahawa Roh berfirman: Lihatlah kemuliaan bRaja seluruh bumi; dan juga Raja syurga akan sangat segera bersinar di kalangan semua anak manusia.

51 Dan juga Roh berfirman kepadaku, ya, berseru kepadaku dengan suara yang amat kuat, berfirman: Pergi dan katakanlah kepada bangsa ini—Bertaubatlah, kerana kecuali kamu bertaubat kamu sama sekali tidak dapat mewarisi kerajaan asyurga.

52 Dan lagi aku berkata kepadamu, Roh berfirman: Lihatlah, akapak telah diletakkan pada akar pokok; oleh itu setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan bditebang dan dilemparkan ke dalam api, ya, api yang tidak dapat dimusnahkan, bahkan api yang tidak dapat dipadamkan. Lihatlah, dan ingatlah, Yang Kudus telah memfirmankannya.

53 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku berkata kepadamu, dapatkah kamu bertahan terhadap penyataan-penyataan ini; ya, dapatkah kamu mengesampingkan hal-hal ini, dan amemijak-mijak Yang Kudus di bawah kakimu; ya, dapatkah kamu bongkak dalam bkeangkuhan hatimu; ya, akankah kamu masih berkeras dalam mengenakan pakaian cmahal dan menaruh hatimu pada apa yang sia-sia daripada dunia, pada dkekayaanmu?

54 Ya, akankah kamu berkeras dalam mengira bahawa kamu orang yang lebih baik daripada yang lain; ya, akankah kamu berkeras dalam penganiayaan terhadap saudara-saudaramu, yang merendahkan hati mereka dan berjalan menurut tarekat kudus Tuhan, yang dengannya mereka telah dibawa ke dalam gereja ini, setelah adikuduskan oleh Roh Kudus, dan mereka menghasilkan pekerjaan yang sesuai untuk pertaubatan—

55 Ya, dan akankah kamu berkeras dalam memalingkan belakangmu kepada yang amiskin, dan yang memerlukan, dan dalam menahan harta kekayaanmu daripada mereka?

56 Dan akhirnya, kamu semua yang akan berkeras dalam kejahatanmu, aku berkata kepadamu bahawa inilah mereka yang akan ditebang dan dilemparkan ke dalam api kecuali mereka lekas bertaubat.

57 Dan sekarang, aku berkata kepadamu, kamu semua yang berhasrat untuk mengikuti suara aGembala yang baik, keluarlah kamu daripada yang jahat, dan basingkanlah dirimu, dan janganlah menyentuh benda mereka yang tidak bersih; dan lihatlah, nama mereka akan cdipadamkan, sehingga nama orang yang jahat tidak akan terbilang di antara nama orang yang soleh, agar firman Tuhan boleh digenapi, yang mengatakan: Nama orang yang jahat tidak akan berbaur dengan nama umat-Ku;

58 Kerana nama orang yang soleh akan ditulis dalam akitab kehidupan, dan kepada merekalah akan Aku berikan warisan di sisi kanan-Ku. Dan sekarang, saudara-saudaraku, apa yang akan kamu katakan menentang ini? Aku berkata kepadamu, jika kamu berbicara menentangnya, tidaklah masalah, kerana firman Tuhan mesti digenapi.

59 Kerana gembala manakah yang ada di kalanganmu yang memiliki banyak domba tidak mengawasi mereka, agar serigala tidak masuk dan melahap kawanan dombanya? Dan lihatlah, jika seekor serigala memasuki kawanan dombanya tidakkah dia menghalaunya keluar? Ya, dan pada akhirnya, jika dia boleh, dia akan menghancurkannya.

60 Dan sekarang, aku berkata kepadamu bahawa Gembala yang baik memanggil kepadamu; dan jika kamu akan mendengar suara-Nya Dia akan membawamu ke kawanan-Nya, dan kamu adalah domba-domba-Nya; dan Dia memerintahkanmu agar kamu tidak membiarkan serigala yang rakus masuk di kalanganmu, agar kamu boleh tidak dihancurkan.

61 Dan sekarang, aku, Alma, memerintahkanmu dalam bahasa aDia yang telah memerintahkanku, agar kamu berusaha kuat untuk melakukan perkataan-perkataan yang telah aku ucapkan kepadamu.

62 Aku berucap secara perintah kepadamu yang menganggotai gereja; dan kepada mereka yang tidak menganggotai gereja aku berucap secara jemputan, mengatakan: Datanglah dan dibaptislah untuk pertaubatan, agar kamu juga boleh menjadi pemakan buah apokok kehidupan.